Pages

Monday, July 12, 2010

The One.

Entry kali ini aku karang specially untuk memperkenalkan insan yang berada di hati ku selama ini. NOOR HAFIZAH BINTI AHMAD atau lebih dikenali dengan nama momoy dikalangan orang-orang yang rapat dengannya. But i already gave her one special nickname which is Lippy. Why Lippy? Only me & her know. (^_^) ngee...

Aku kenal my lippy since form 6. So kira dah nak masuk 7 tahun lah ni kan. Maklum la after SPM tak tahu mahu buat apa so masuk lah form 6 di Maktab Sabah tapi kejap saja sebab aku dapat offer further study di KL. So masa form 6 itu lah aku kenal dia. Masa itu aku duduk belakang, dia pula di depan. Rasanya aku tak banyak cakap pun dengan dia masa itu. Lepas itu kami jadi kawan, then dia pula suka kawan aku yang duduk sebelah aku. (Isk isk isk.. aku yang handsome ni tak dipandang pun) wakaka!!~ Jangan marah ye dear. Untuk dipendekkan cerita, aku ini jadi orang tengah dorang lah. Masa tu aku tiada feeling pun lagi dengan dia. Memandangkan dia kena reject (opss..haha) aku pun boleh lah masuk line kan.. (huhu) So bila dua-dua orang ada feeling yang sama so couple lah kami (Doi macam tak romantik pula aku bercerita ni..sorry dear..malas mau tulis panjang-panjang bah... haha)

After dapat tawaran further study aku pun pergi lah ke KL, tinggal lah lalink ku di kk. But percintaan itu tidak kekal lama. Maybe masa itu darah muda kan. So kami putus. Siapa minta putus? (Biar lah aku & dia tahu..ngee) After putus tu kami mula lost contact. Aku ada juga cari dia, aku selalu tanya kawan-kawan sekolah dia dulu si momo & zaza. Tu dua orang yang akan ku cari bila mahu tanya khabar dia :)

So nak pendekkan cerita lagi. Kami lost contact selama 6 tahun! Sadis tapi dalam 6 tahun tu aku tak lah single pun ada lah juga bercinta and jadi "buaya" sikit (Sikit saja pun) hehe.. All my relationships tak kekal (All? macam banyak pula..haha..) Before aku jumpa balik dengan kekasih ku sekarang ini. Ada lah juga aku minat with one girl ini (Sorry dear... Cerita lama ini..haha... Honesty is the best policy kan... ) Budak sekolah but sekarang dia di Uitm rasanya tapi dah lupa which state lah.. Tinggi itu budak.. hehe.. Ok lupakan semua itu. :)

Akhirnya aku jumpa dia kembali. Tapi masa tu dia belum single lagi. hehe. But it's ok kan jumpa ex masa zaman-zaman sekolah. Tak juga aku mahu rampas hak orang. So aku jumpa lah dia. Sebab aku rindu sangat dengan dia ni. Aku tak pernah pun lupakan dia. Masa aku jumpa dia malu-malu kunun dia.. (aku pun malu juga tp aku kan memang jenis pemalu. haha) Memang nampak different lah kan dia masa aku kenal dia zaman sekolah & zaman dewasa (wah dewasa lah sangat..ops mcm tua pula..hehe) Rambut dia nampak ok dari aku last nampak dia. Maklum lah zaman muda-muda rambut dia rebonding (kutuk kejap ya dear. Ndapa kan? hehe - Jahat pula aku) Anyway i'm glad i met her again after 6 years!!! Setiap kali aku balik semula ke KL mesti rindu aku pada dia sangat kuat! But nak buat macam mana aku cari rezeki di KL kan. hehe. Tapi sekarang aku dah kembali ke Sabah. Ok sikit lah walaupun satu negeri tapi lain daerah. Jauh juga tu. Arghh aku rindu gila dengan dia ni. Tak sabar nak jumpa budak ni (budak kah lagi..eh macam dengar orang sebut "hellOoooOo!!~") huhuhu.. MISS YOU SO MUCH!!~ I want to hug u!!~


SAYA SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT!!
&
I WILL NEVER GIVE UP!!!~


1 comments:

Seri Emas said...

wah... romantic nyer... masa blaja kat iim pun ko memang dak baik... tak ngorat sana sini.. apa nama aweks ko momoy? ha momoy fie ni bdk baik... nerd pun ada skit.. ngee..