Pages

Monday, January 31, 2011

Contest One Only: Budak Fashion Police!

Salam & Hey

Kali ini sekali lagi Fie dipanggil (tagged) untuk mengikuti kontest oleh En. Qarl. Baiknya hati dia tagged Fie kan. (hihi) Kontest kali ini dianjurkan oleh Reza (pemilik blog fashion Only One). What a interesting contest! Dari sini boleh lah juga kenali fashion or style Fie gayakan & my sense of fashion kan.

Fashion ni bukan sesuatu yang asing buat kita semua kan? Macam-macam fashion kita boleh lihat di sekeliling kita, macam-macam gaya ada. Kekadang tu sakit mata juga nak melihatnya tapi nak buat macam mana kalau orang tu dah suka pakai macam tu kan, kena lah terima hakikat walaupun sebenarnya TAK NAK!.

Fashion ni for me tak perlu lah ikut peredaran masa sangat sebab ia akan berlalu dengan cepat. Try to make your own statement! try to create your own style! that's more lasting right! For me, fashion icon yang boleh dibanggakan adalah Victoria Beckham! I love her so much! She got her own style. Setiap apa yang dia pakai akan menjadi ikutan orang di seluruh dunia.

Lagi satu kalau berfashion ni, CONFIDENT itu merupakan KEYWORD nya yer! Tanpa rasa confident, korang akan rasa apa sahaja korang pakai tu ada sahaja tak kena. I'm always said to my "Just be confident whatever you wear. It's not about cloth but the way u carry yourself to represent the cloths".

Jom tengok style Fie yang pernah Fie gayakan. Kalau yang tak nak tengok tu boleh lah tutup mata yer! :) Style Fie ni ikut mood.


Fashion Budak Tepi Pantai: Nak pergi pantai kena gak bergaya ok! Maklum lah ramai awek2 sedang bersantaikan...ala-ala baywatch gitu...


Fashion Budak Depan Pintu: Fie sebenarnya ikut mood kalau nak pakai baju t-shirt collar ni. Fie suka warna-warna ceria. Fie juga tidak takut WARNA. Kan ada segelintir lelaki takut pada warna specially warna PINK! Fie pakai je! Biarlah orang nak kata ape! Fie CONFIDENT WEAR IT! Lagi pun nampak sweet kan kalau pakai pink. hahaha


Fashion Budak Atas Bumbung: Fie juga suka pakai "Plaid Shirt" atau lebih dikenali sebagai baju kotak-kotak. Tak silap Fie fashion ni dah lama. "zaman cowboy2" kan tapi still dapat menarik minat untuk orang pakai lagi.


Fashion Budak Dalam Bilik: Gaya mutu keunggulan ni adalah untuk pergi kerja yer. Fie lebih selesa untuk mengayakan baju kemeja berserta vest. Nampak lebih kemas dan sangat exclusive. (Exclusive ke? macam biasa2 je kan?)


Fashion Budak Tutup Muka: Bangels antara accessory yang Fie perlu pakai untuk menutup kekurusan tangan ini. Kalau cover dengan bangles ni, takde lah tangan ni nampak kurus sangat. Selain tu Fie selalu juga pakai jam tangan yang agak besar.


Fashion Budak Kaca Mata: Selain bangles, Fie juga suka pakai glasses pelbagai bentuk. My latest glasses yang warna kuning tu just ada frame je. huhu. Pakai glasses ni bukan sebab nak elak cahaya matahari actually Fie guna sebab nampak stylo kononnye la!


Fashion Budak Nak Terjatuh: Fashion seperti ini sesuai untuk pergi lepak-lepak dengan kengkawan. Simple je kan. T-shirt & Jeans je ni. Masa untuk bersiap pun kejap je. Tak perlu buat2 rambut bagai just pakai topi enough! (macam pemalas lah pula..hihi)


Fashion Budak Annual Dinner: Concept nye black & white tapi lari tema skit yer! Pakai tema black & grey. Penampilan ni just mix & match je. Rambut & mata itu penting ok! Tu salah satu element dalam fashion juga tu. Tak gitu en. Reza? Kamu kan pakar fashion. :)


Fashion Budak Kenduri Kendara: Fie akan memakai busana baju melayu setiap kali ada kenduri. Lebih selesa berpakaian sebegini untuk majlis-majlis yang ada unsur keagamaan & kerohanian. Tak kisah lah pakai baju melayu lengkap atau pakai baju melayu bersama jeans.


Fashion Budak Photogedik: Outfit terakhirnya Fie akan pakai kalau terasa nak feel2 lagi rock star konon nya. Jaket ini sangat best & cantik buat Fie lah. Tak tahu lah bagi orang lain. My most expensive jacket i ever bought! Giler bila difikirkan balik. Tapi nak buat macam mana. Dah jatuh hati dengan jacket ni! My first love kot. haha


Fashion Budak Gila Rambut: Rambut juga memainkan peranan yang penting ketika hendak ber"fashion". Tak kira lah kalau baju korang tu pakai smart giler! tapi rambut korang sangat serabai macam tak shampoo berbulan2. Still nampak buruk juga penampilan tu kan! Kalau boleh biarlah seimbang. Bak kata Tyra Bank "from head to toe" semua kena nampak perfect!

Oklah sampai disini sahaja sembang-sembang kita tentang Fashion bersama Budak Fashion Police. So Fie nak tagged 4 orang blogger lelaki untuk join contest ini. Calon-calon nya adalah:-




Sunday, January 30, 2011

Maher Zain! Nyanyi Melayu!

(Resource: google)

Salam & Hey

Maher Zain. Siapalah tak kenal kan? Lagu-lagu ketuhanan beliau sangat best ok!
Semua lagu dalam album Maher Zain best!
Fie just found out Maher Zain nyanyi "InshaAllah" versi MELAYU!
Jom dengar! Best!


New Year Greetings

Salam & Hey.

I just want to make quick update.

I just want to wish to all Malaysian, Happy Chinese New Year & Happy holiday!

For those who is going back to "Kampung", drive safely & have a safe journey to your hometown!

Don't forget to spend your precious moments with your beloved family :)


May the dawning of this New Year, fill your heart with new hopes,
open up new horizons and bring for you promises of brighter tomorrows.
May you have a great New Year!

Tuesday, January 25, 2011

GIVEAWAY DANIEL ADIE: Diary Motivation 2011

Salam & Hey

Kali ini Fie terpanggil untuk join contest yang dianjurkan oleh one of my blogger friends Daniel Adie. Bila lagi nak support kawan-kawan nye contest kan. Bagi Fie, Adie ni baik orangnya. Sangat-sangat caring terhadap rakan-rakan dia. Bertuah siapa dapat kawan dengan dia ni. (ops macam dah lari topik plak ni. Eh tapi tu salah satu sumber "inspirasi" yang boleh memotivasikan diri jadi seperti beliau kan?)

Wah sangat thoughtful betul kan Adie ni nak share diary motivation kat pembaca blogger yang bertuah kan! Permulaan tahun 2011 Fie takde lah seberapa baik seperti yang disangkakan. Dah macam seperti roda yang berputar-putar dengan laju yang terlanggar pembagi jalan lepas tu dah jadi tak tentu arah. Sekarang ni berasa di bawah. Terasa down sangat-sangat. I just want to be motivated again. I want my good friends to be around me. Maybe dapat diary motivation ni serba sedikit dapat membantu life Fie yang kucar sikit kan... Menang atau kalah Fie itu semua tak penting, kalau menang Alhamdulilah, kalau tak pun boleh lagi cuba lagi kan. Janji Fie ikhlas join contest ni because of Adie! (Korang mampu ke? huhu)

Fie nak tag 3 blogger
1. Nabil Aizat
2. Rashid
3. Zoey Zau Yah

P/s: Kepada yang belum join tu, boleh lah join contest ni cepat-cepat tau! Contest ni tamat 27 Jan 2011 ni!

Mampukah aku?

Mampukah aku menghadapi hari mendatang tanpa kamu?
Mampukah aku mengubati hati aku sekiranya kau pergi tinggalkan ku?
Mampukah aku bahagia lagi selepas ini?
Mampukah........?

Jangan kau cuba sakiti aku
Jangan lupakanku
Jangan tinggalkanku
Percayalah cintaku hanya untukmu

Friday, January 21, 2011

Mummy Anugerah Terindah Buat Ku

Salam & Hey semua.

Kali ini Fie tergerak hati nak ikut kontes yang dianjurkan oleh En.Sudirman. Kontes ini agak istimewa sebab perlu buat entri pasal ibu.

Fie nak tulis entri tentang insan yang Fie paling sayang di muka bumi ini.
Fie panggil ibu Fie dengan panggilan "Mummy"

Nama beliau adalah Nornifah Binti Suffian Koroh. Dilahirkan pada tanggal 12 Disember 1965 dan dilahirkan di Kinarut, Sabah. Beliau merupakan anak ke-7 daripada 9 orang adik beradik. Nama panggilan beliau semasa kecil adalah Momo tetapi mummy Fie tidak suka dengan nama timangan itu. Tidak silap Fie, mummy dapat nama timangan sebab arwah nenek Fie tengok kartun "Momo & Trusang". Kartun jepun masa zaman 70an. Beliau mendapat pendidikan daripada Sekolah Menengah St.Francis Convent iaitu merupakan salah satu sekolah perempuan yang agak terkenal di negeri Sabah ini. Beliau hanya dapat menuntut ilmu sehingga SRP atau lebih dikenali sebagai PMR pada masa kini. Beliau juga sempat mengikuti kursus bahasa inggeris semasa tinggal bersama kakak beliau di United Kingdom untuk beberapa bulan sebelum balik ke Malaysia. Beliau menamatkan zaman bujang beliau bersama ayah Fie, Hj. Omar Bin Hj Latip pada 4 April 1984 ketika itu beliau berumur 20 tahun . Pengenalan beliau dengan ayah Fie bermula ketika berada di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Masa itu ayah Fie bekerja dengan Malaysia Airlines.

(Fie bersama mummy & adik Fie)


(Keluarga Fie: Shafi, Nadia, Efie, anak buah Fie, Aishah Nurkasih)

Fie pernah tengok video perkahwinan mummy dan daddy Fie, perkahwinan mereka sangat-sangat meriah. Ramai tetamu terhormat datang menghadiri majlis perkahwinan mereka. Sepanjang perkahwinan mereka, mereka dianugerahkan 4 orang cahaya mata yang comel-comel belaka terdiri daripada 3 orang lelaki dan seorang perempuan. Fie merupakan anak pertama. Fie dilahirkan pada 19 Jun 1985.

(Fie bersama Mummy dan Daddy Fie. Masa ini mummy mengandung anak kedua)

Amat menyedihkan buat kami adik beradik apabila perkahwinan ibubapa kami tidak kekal lama. Fie masih ingat lagi masa itu Fie baru berumur 5 tahun tapi nak buat macam mana sudah tiada jodoh antara mereka. Mungkin perpisahan cara terbaik, hanya mereka yang tahu. Fie bersyukur sebab Fie dapat menerimanya dengan baik. Dari saat itu, mummy jadi ibu tunggal. Fie dan adik perempuan Fie ikut tinggal dengan mummy, manakala 2 orang adik lelaki Fie ikut dengan daddy Fie. Mummy lah menjaga kami dua beradik dalam keadaan susah dan senang. Mummy banyak berkorban untuk kami. Mummy sentiasa berada disamping kami di saat kami memerlukan. Mummy sentiasa hadir ke mana-mana majlis kami sertai. Mummy juga mengajar kami erti berdikari. Sejak dari kecil lagi, kami telah diajar untuk mengemas rumah, basuh baju sendiri serta memasak. Kehidupan kami tidaklah semewah yang disangkakan oleh rakan-rakan Fie. Mummy Fie memang anak orang berada tapi mummy Fie lebih suka tinggal di rumah sendiri dan buat hal sendiri tanpa mengganggu orang lain. Ada ketika itu, kami memang tak cukup makanan tetapi mummy sanggup bagi makanan dia kepada kami supaya kami tidak kelaparan.

(Mummy dengan arwah nenek. Rindu sangat-sangat dengan arwah nenek)

Perkara yang paling nakal Fie pernah buat masa Fie kecil dulu ialah Fie suka bermain di kawasan rumah nenek Fie sebab luas sangat-sangat. Kawasan rumah nenek Fie itu juga ada dusun buah-buahan. Cakap sahaja nak buah apa, semua buah-buahan tempatan ada di dusun itu. Fie selalu bermain-main dengan anak pekebun nenek Fie di kawasan dusun itu, keadaan dusun tu agak curam maklumlah kawasan berbukit lepas itu banyak pula binatang-binatang liar di situ seperti ular! Fie juga pernah pergi ke rumah kosong di sebelah rumah nenek Fie. Rumah itu baru siap, belum ada penghuni lagi. Fie dan kawan-kawan Fie tadi memanjat pagar rumah kosong itu lalu keluar masuk dalam rumah itu. Sempat lagi kami bermain-main dalam rumah itu. Bila ada orang datang kami cepat-cepat lari dan panjat pagar balik ke kawasan rumah nenek.
Masa Fie kecil juga Fie pernah masuk hospital disebabkan ada penyakit Apendiks, masa itu mummy Fie sangat-sangat risau dan sedih. Fie hampir nak dibuat pembedahan tetapi syukur alhamdulilah keadaan Apendiks Fie tidak seteruk mana. Sejak dari itu kalau Fie sakit, Fie tidak akan beritahu mummy Fie sebab Fie tidak mahu mummy Fie berasa risau dan sedih. Biarlah Fie sahaja yang tahu.

(Fie dengan mummy)

(Fie dengan mummy. Masa ini berada di Thailand)

Fie berasa bertuah kerana Fie mempunyai seorang mummy yang sangat penyayang, bertanggungjawab serta menjaga kami dengan baik. Pengorbanan beliau memang tiada nilainya. Fie berazam untuk membawa mummy ke mana sahaja Fie berada, Fie akan menjaga mummy selagi hayat Fie masih ada. Fie hanya nak yang terbaik buat beliau. Alhamdulilah Fie sudah memberi sedikit hadiah buat mummy Fie dengan pencapaian akademik Fie yang cemerlang. Semoga Fie dapat menjalankan tugas Fie sebagai anak dengan baik. Amin.

Sampai disini sahaja entri khas buat mummy tercinta!
Fie sangat-sangat menyayangi mummy!
Fie nak minta maaf sekiranya ada sakiti hati mummy.
Mummy merupakan ibu yang terbaik di muka bumi ini buat Fie!

ibu, ibu...
engkau la ratu hatiku
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu...


Situasi di Kedai Gambar

Salam & Hey semua.
Just nak kongsi behind the scene gambar kat atas tu :)

Situasi kat kedai gambar tadi antara Fie dengan Perempuan yang jaga kedai...
Masa: 4pm-430pm

Penjaga kedai: Lengchai2..mau apa? (senyum dgn riang)

Fie: (dalam hati berkata.."Eh muka aku cm cina ke?") Nak ambil gambar passport lor(senyum2)

Penjaga kedai: gambar ini utk apa?

Fie: (blurr jup...x tau ckp apa)..hrmmm....

Penjaga kedai: untuk sekolah?

Fie: (dalam hati berkata..."Eh muka ku macam budak sekolah lagi ke?")

Penjaga kedai: gambar ini untuk apa?

Fie: Untuk kerja bah!~

Penjaga kedai: ...ooohh (senyum2 lagi) ..ok duduk di sana...

Fie: (pelik..ambil tempat & start give my best pose! hahaha)

Penjaga kedai: ok dalam 30 minit gambar akan siap.

Fie: orait...(beredar dari kedai tu & menuju ke supermarket beli apa yang patut)

Selepas 20 minit..

Fie: siap dah gambar saya?

Penjaga kedai: Belum! Esok baru siap!

Fie: ha? (dalam hati berkata..."Eeee! Esok aku nak pakai gambar tu untuk interview lah!)

Penjaga kedai: Sudah bah..Kalau tak siap nanti ko nangis pula.

Fie: (senyum2 lagi..amboi2x nak kena kan aku yer..)

Penjaga kedai: mana resit..?

Fie: (buat muka seperti kehilangan resit..baru korang tau..nak main2x lagi dengan aku..)... ni bah!!~ hihihi..

Penjaga kedai: isk ko ni kan..(senyum2 lagi)

Fie: (senyum balik...ceria sungguh pekerja2x kedai tu nampak aku ni..pelik!)

Fie puas hati dengan gambar tadi...kacak n cute (cute ke?...ahhh biarlah)..hihi


P/s: Daniel Adie... Cukup skema tak gambar tu? Tak pacak kan rambut Fie... huhu..

Wednesday, January 19, 2011

Aku Bukan Teruna


Salam & Hey semua.

Wah tajuk nak gempak je kan!
(tajuk tu takde kena mengena dengan entri yang cuba nak disampaikan di sini yer.. hihi..propa je tu)

Actually tadi Fie layan cerita "Aku Masih Dara", dah adik Fie pasang so layan je la kan. (Alamak ketinggalan zaman betul Fie ni kan sebab baru nak tengok filem ni) Mula-mula tak nak tengok sebab Farid Kamil ada dalam cerita tu! Opss sorry Fie tak suka Farid Kamil ok. Tak tahu lah kenapa. Tapi memang tak suka tengok cerita yang ada dia berlakon!~ :)

Masa keluar kat panggung takde lah pula Fie rasa nak tengok sebab tajuk filem tu macam mengarut je tapi bila tengok dvd cerita ni, wow.... jalan cerita sangat2x menarik ok!~ Even pelakon2x wanita dia berpakaian seksi dan ada aksi agak keterlaluan sedikit tapi ada "sesuatu" yang buat Fie tertarik untuk tengok cerita ini. Fie sangat2x suka lakonan Ashraf Muslim & Raja Farah dalam cerita ni. Sangat2x berkesan lakonan dorang!~ Terkesan seyh tengok cerita ini. Rasa sedih, rasa sayu, rasa nak menangis pun ada! Filem ni kira berjayalah juga beri kesedaran pada Fie. Alhamdulilah, tetiba rasa bersyukur. Rasa belum terlambat lagi untuk memperbaiki diri Fie ni.

Sesiapa yang belum tengok cerita ni, jemputlah tengok ok. Manalah tahu dapat melahirkan kesedaran pada diri anda juga :) Fie bagi 4 BINTANG untuk cerita ni. Nak bagi 5 sebenarnya tapi iyerlah ada FARID KAMIL kan so tolak 1 bintang. haha

Sunday, January 16, 2011

Khurafat... Bikin PANAS!!~


Salam & Hey...

Khurafat... Bikin PANAS? (eh takde lah, just ada something yang buat Fie PANAS tengok cerita ni)

Khurafat: Perjanjian dengan syaitan merupakan cerita yang boleh memberikan kita tauladan tentang perkara-perkara yang boleh menduakan Allah. Syamsul Yusof, Liyana Jasmin Sabrina Ali dan Fauziah Nawi antara pelakon yang membintangi filem Khurafat ini. Khurafat juga diarahkan oleh Syamsul Yusof.

Sinopsis:

Johan (Syamsul Yusof) bekerja di sebuah hospital kerajaan yang mengendalikan mayat. Johan baru sahaja berkahwin dengan Aishah (Liyana Jasmin), kehidupan rumahtangga mereka sangat bahagia tetapi secara tiba-tiba kehidupan mereka berubah setelah diganggu oleh makluk halus.

Anna (Sabrina Ali) merupakan bekas kekasih Johan. Anna merupakan gadis sosial yang sangat cintakan Johan sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Johan kembali. Anna sanggup berdepan dengan Aishah untuk memberitahu yang dia masih menyintai Johan.

Nak tahu cerita selanjutnya? Korang kena lah tengok cerita ini ok. Jalan cerita filem ini sangat best! Syamsul Yusof merupakan pengarah dan pelakon yang sangat-sangat berbakat! Fie sangat suka lakonan dia dalam filem ini. To be honest sebelum ni Fie tak suka tengok lakonan Syamsul Yusof tapi dia sekarang banyak improvement! Tahniah Syamsul Yusof! Lakonan Syamsul Yusof dalam filem ini sangat-sangat berkesan!

Kepada sesiapa yang belum menonton cerita ini, cepat-cepatlah ke pawagam berhampiran anda ok! Filem ini sangat-sangat berbaloi untuk tengok! Sound effect pun best! Hantu-hantu tu pun best! hehe. 5 Stars for this film!!~

Oh ya! Yang tak best masa Fie tengok filem ini, ada lah sepasang couple ni duduk sebelah Fie, dari awal sampailah habis cerita ni mulut dorang tak pandai senyap! buat-buat sound effect hantu keluar lah, pastu dia pula macam director! boleh plak persoalkan macam-macam pasal filem tu. Eeeee BIKIN PANAS!!!~ Lepas tu ada plak suara bayi menangis dalam panggung tu! (Oh akak kalau nak tengok cerita hantu jangan lah bawa baby tu, terkejut kang!)

Wednesday, January 12, 2011

Makan Buhh III: Sukhumvit @ Kg Baru, KL

Salam & Hey buat pembaca blog ^^

Jalan...
Jalan...
Jalan... Jalan... Mengemokkan badan!~

Sekali lagi Fie nak buat review tentang salah satu restoran kegemaran Fie untuk menikmati hidangan makanan thai. Fie memang suka makan tomyam! Kat KK ni susah nak cari tomyam yang sedap. Nama je tomyam tapi rasa langsung tak rasa tomyam! :)

Semasa berada di KL pada hujung bulan disember 2010, Fie berkesempatan untuk pergi ke thai restoran ni. Fie memang nak sangat pergi tempat ni, sebab memang mengidam nak makan tomyam sangat2x! Fie rasa restoran ni antara salah satu restoran thai yang menyediakan hidangan tomyam yang paling best kat KL. So masa kat KL, Fie ajak lah sekali my besties untuk teman Fie makan kat sana. Takkan lah nak makan sorang2x je kan. Makan ramai2x lah best. So my besties Muiz, Zue & Zul temankan Fie pergi Shukhumvit kat area Kg Baru.

(Pose2x jup dengan makanan. hehe)

Fie rasa happy sangat sebab dapat pergi restoran ni! Dah lama tak jejak kaki kat sini. Dulu masa belajar kat KL selalu gak makan kat sini with my friends & lecturer. Oh ya kalau nak tahu, ada 1 lagi restoran tomyam yang sedap kat area Kg Baru, "Restoran Kak Mah" terletak bertentangan dengan bangunan UniKL city campus (tempat study Fie dulu). Tomyam kat sana TERBAIK!!~

Muiz (tudung hitam), Zue (shawl grey) & Zul

Fie with my besties! Banyak tak kami order makanan? Menu malam tu adalah Sukhumvit Tomyam, Kerabu Mangga, Kerabu Sotong, Telur Bistik, Baby Kailan & Ikan kerapu steam. Makanan kat sini memang sedap! :)

Overall:
Food: 4/5
Service: 3.5/5
Place: 4/5
Price: $-$$ (Berbaloi!!~)

Saturday, January 8, 2011

3 Suara : It's a Beautiful Life!


Salam & Hey buat pembaca blog Fie

Oh hari sabtu indah. Apa khabar korang semua?
Korang mesti banyak plan hari ni kan? huhu
Hari ni Fie nak duduk rumah saja. Malas pula nak keluar.
Hari ni nak layan blog & dvd je.

Oh ya entri kali ni special sikit sebab
Fie buat entri untuk join satu contest ni "3 Suara : It's a Beautiful Life!" yang dianjurkan oleh seorang blogger ni, Adi Luqman.

Fie memang nak sangat album ni. Suara 3 artis ni memang mantap!
Perh lagu2x dalam album ni dasyat2x!!~ best!!~ Dari semalam lagi dah round2 kat kedai2x cd di KK untuk cari CD ni tapi hampeh tak jumpa pun! Belum release kat sini lah tu kan.
Orait Fie just nak bagi tahu serba sedikit tentang contest ni!~


*(sila baca macam baca pantun tau..even tak macam pantun pun. haha)

3 Suara : It's a Beautiful Life! Contest nama yang diberi,
Yang diberikan oleh Adi Luqman,
Adi Luqman menyediakan 5 soalan,
5 soalan perludijawab dengan betul.

3 Suara : It's a Beautiful Life! Contest,
Bila dah jawab semua soalan,
Boleh lah hantar ke email beliau,
Mana lah tahu boleh menang!

(opss..pantun apakah ini! tak sedap langsungkan..ngee)

Untuk keterangan lanjut boleh lah layari blog "Adi Luqman"


3 Blogger baru yang kena tag!
3. Hakim Mansor

Hope i'm gonna win & get this album!~ ngee

Preview lagu2x dalam album 3 SUARA!!~

Best tak lagu2x dalam album ni?
Superb kan! Apa lagi joinlah contest ni, tak pun belilah yang original kat kedai ye! :)

Saturday, January 1, 2011

Makan Buhh II: Bumbu Desa @ KLCC

Salam & Hey!!~

Jalan... Jalan... Jalan2x... Cari... Makan...

Kali ni Fie explore lah pula satu restoran ni kat KLCC. Memandangkan kawan Fie sorang ni dah janji nak belanja Fie makan. Apa lagi, Fie cari lah restoran nak di explore kat KLCC tu. Asyik pergi western restoran je so Fie decide nak try Indonesian Cuisine lah pulak! So Fie nampak Bumbu Desa kat tingkat 4 so Fie bagitau kawan Fie (Wan) nak try makan kat sana then dia cakap okey je! Tapi sebelum tu kena lah tunggu member dia sorang ni sampai, Eddy namanya. Tak sabar lah pula Fie nak melantak.. Opss gelojoh lah pula.. hahaha...

Budak ni lah kawan si Wan tu. Eddy namanya. Baru first time jumpa dia.
Kepada awek2x yang nak berkenalan dengan dia ni, Fie boleh tolong kenalkan.. haha
(dah macam ejen cari jodoh lah pulak)
*Alamak gambar Wan takde lah pula. Terlupa snap gambar dengan dia. Yang ada just gambar dia kat saloon tapi dia tak benarkan dipublish kat blog ni. So atas hormati keputasan dia, Fie tak upload lah gambar tu ye


The menu... Buka je menu ni, kitorang tak tahu apa nak order!! So nasib baik lah waiter tu bagi cadangan suruh kitorang terus ke tempat lauk2x tu tengok sendiri apa yang berkenan.


Ha ni lah tempat lauk2x tu. Banyak betul hidangan!!~ Pilih je mana korang suka. Boleh rambang mata tengok lauk2x ni.


Nasi Indonesia. Nasi ni macam nasi lemak cuma takde santan je.
(Waitress tu lah yang cakap)
Sedap nasi ni.


Ayam Bakar bersalut sos tiram (yer2 je Fie ni kan)


Sotong masak lemak. Dalam sotong ni ada dorang sumbat telur dadar.


Sambal Udang dengan sambal2x sekalian (sambal bebanyak tu, Wan je yang makan!)
Udang sedap tapi agak pedas!!~


Sayur Cendawan. Yang ni Eddy yang pilih. Dia suka makan cendawan kot.


Overall:
Food: 4/5
Service: 3.5/5
Place: 4/5
Price: $-$$ (Berbaloi!!~)

Makan Buhh I: Delicious @ Mid Valley

Salam & Hey buat semua pembaca & followers blog Fie ni.

Amacam korang hari ni? Sihat tak? Tahun 2011 mesti korang ada azam baru kan? hehe.
Tapi entri kali ini Fie tak nak lagi sentuh pasal azam2x baru ni. Lagipun Fie belum set lagi azam untuk tahun ni. Opss.. hehe. Kali ni Fie nak buat review pasal makanan lah pula. Dah lama rasanya tak update pasal makanan kan.

Baru2x ini Fie bercuti ke KL, Motif Fie ke KL kali ini adalah untuk bertemu my besties (rindu sangat kat dorang), shopping (of course!), amek hadiah kat Qarl (tapi x sempat jumpa) & Jalan2x cari aweks..eh BUKANLAH Jalan2x cari makan lahhh!

Fie berkesempatan untuk jalan2x cari makan sekitar KL & Damansara. Memang puas hati dapat makan kat area KL & Damansara. Maklumlah Fie ni kan suka explore tempat2x makanan menarik & cuba sesuatu yang baru. Alhamdulilah tercapai juga hajat Fie. Thanks to my besties sebab bawa Fie pergi tempat2x tu!

Sampai saja Fie menjejak kaki kat KL, Fie terus ajak kawan Fie ke Mid Valley. Fie memang nak sangat ke Kafe Delicious yang terletak di Mid Valley. Yela asyik tengok blogger tu pergi sana je, jelas tau. haha. Ops Qarl adakah anda yang Fie maksudkan tu. haha..So Fie paksa kawan Fie bawa Fie pergi sana (tak paksa sebenarnya. hehe)


Sampai saja kat Delicious tu, teruja tengok deco kedai tu. Ada sangkar2x burung bagai! Sangat menarik. Hehe. Nak gak bergambar dekat sangkar2x tu tapi masa tu ramai sangat orang. So tak sampai hajat Fie tu. :) Snap gambar sangkar2x tu pun dah cukup ar. Janji ada kan! hehe

So buka lah menu, tengok2 menu semua nama makanan tu nampak macam sedap! Fie tak tahu nak pilih yang mana satu, so Fie pilih la English Fish & Chips dengan Death Chocolate Milk (nama dia menarik tu yang pilih minuman ni, yang lain nampak biasa je. ngee).

Services kat sini memang bagus, tak perlu tunggu lama untuk makanan tu sampai! Pastu kalau nak pesan apa2x pun pelayan dia senang je untuk dipanggil!~ Ok lah Fie malas nak tulis panjang lebar lagi, biar korang tengok gambar2x kat Delicious ni ok. ^__^

Tadahhhhh!!~
Makanan dah sampai! English Fish & Chips.
Sedap ohh! Isi ikan ni sangat2x lembut & fresh!
Harga: $$

Minuman Fie, Death Chocolate Milk (kalau tak silap lah mana minuman ni)
Sedap! Tak manis sangat pun!
Harga: $$

Spaghetti Meatballs. Ni makanan kawan Fie order.
Harga: $$

And for dessert, Fie ordered After 8 Cupcake!
Fie ni agak obsess dengan After 8! hehe
Kawan Fie berkata "kau ni tak kenyang2x lagi ke?"
Fie respon "Belum.. Kalau boleh banyak lagi aku nak order! haha"
Opss nafsu makan Fie memang tinggi. haha!~
Harga: $


Overall
Service: 4/5
Place: 4/5 (tak bagi 5 sebab tak dapat duduk kat tempat yang ada bantal2x. haha)
Price: $-$$ (Berpatutan & Berbaloi)

Saya Blogger Sabah



Salam & Hey buat pembaca blog Fie!~
Fie blogger dari Sabah!!~ ^__^ ngee

Entry kali ini just nak memeriahkan majlis kat "blog pilihan malaysia".
Fie ingin memberi sokongan padu ke atas blog pilihan malaysia ini. Maklum lah blog ni telah men"kategori"kan blog mengikut negeri blogger masing. So reader boleh lah tahu blogger tu dari mana kan. hehe. Tapi sebelum tu kena lah jawab beberapa soalan yang telah disediakan bagi memudahkan pihak blog pilihan malaysia untuk men"kategori"kan blogger.

Ok ni soalan2x dari pihak blog pilihan malaysia berserta jawapan dari Fie :)

NAMA ANDA?
  • Fie Omar. Just call me Fie!~ ^__^
STATUS ANDA?
  • Fie single lagi. Belum kahwin2x pun lagi. hehe
CARA HUBUNGI?
DAERAH?
  • Fie berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Dah memang dari kecil dibesarkan di sini. Tapi after SPM berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menuntut ilmu :)
TEMPAT TINGGAL
  • Fie tinggal di area2x Kota Kinabalu juga. Tempat? Rahsia.. haha.
APA YANG MENARIK TENTANG ANDA?
  • Wow soalan ni agak menarik, kalau puji2x diri sendiri nanti ada pula yang meluat atau cakap angkat baldi sendiri kan. Tapi lantak lah orang nak kata apa. So Fie jawab saja lah ok. Apa yang menarik? Fie ni orang yang HANTU BERGAMBAR (camwhore) haha. Fie memang suka bergambar. Fie memang tak tahu malu kalau bab2x bergambar ni. hehe.
  • Fie SUKA MAKAN! Yup! Fie suka pergi jalan2x cari makan!
  • Nak tahu lebih pasal Fie, boleh lah tengok entry ni --> my 15 <--
Fuhhh... Dah penat jawab soalan... masa untuk berehat... ^__^ Selamat tahun baru 2011!!~