Pages

Wednesday, January 12, 2011

Makan Buhh III: Sukhumvit @ Kg Baru, KL

Salam & Hey buat pembaca blog ^^

Jalan...
Jalan...
Jalan... Jalan... Mengemokkan badan!~

Sekali lagi Fie nak buat review tentang salah satu restoran kegemaran Fie untuk menikmati hidangan makanan thai. Fie memang suka makan tomyam! Kat KK ni susah nak cari tomyam yang sedap. Nama je tomyam tapi rasa langsung tak rasa tomyam! :)

Semasa berada di KL pada hujung bulan disember 2010, Fie berkesempatan untuk pergi ke thai restoran ni. Fie memang nak sangat pergi tempat ni, sebab memang mengidam nak makan tomyam sangat2x! Fie rasa restoran ni antara salah satu restoran thai yang menyediakan hidangan tomyam yang paling best kat KL. So masa kat KL, Fie ajak lah sekali my besties untuk teman Fie makan kat sana. Takkan lah nak makan sorang2x je kan. Makan ramai2x lah best. So my besties Muiz, Zue & Zul temankan Fie pergi Shukhumvit kat area Kg Baru.

(Pose2x jup dengan makanan. hehe)

Fie rasa happy sangat sebab dapat pergi restoran ni! Dah lama tak jejak kaki kat sini. Dulu masa belajar kat KL selalu gak makan kat sini with my friends & lecturer. Oh ya kalau nak tahu, ada 1 lagi restoran tomyam yang sedap kat area Kg Baru, "Restoran Kak Mah" terletak bertentangan dengan bangunan UniKL city campus (tempat study Fie dulu). Tomyam kat sana TERBAIK!!~

Muiz (tudung hitam), Zue (shawl grey) & Zul

Fie with my besties! Banyak tak kami order makanan? Menu malam tu adalah Sukhumvit Tomyam, Kerabu Mangga, Kerabu Sotong, Telur Bistik, Baby Kailan & Ikan kerapu steam. Makanan kat sini memang sedap! :)

Overall:
Food: 4/5
Service: 3.5/5
Place: 4/5
Price: $-$$ (Berbaloi!!~)

3 comments:

Anonymous said...

mkn mkn mkn..
BESTNYE!~~

kyoo reza said...

wah sedapnya!!!
makan!!!

Gembira Sedih Suka said...

terliur fie, tgok makanan kite makan rie tu....wehh, jap lagi dh bulan 3..ko dh wat baju ke??