Pages

Showing posts with label Movie Review. Show all posts
Showing posts with label Movie Review. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

i'm in love...



(source: google)

Salam & Hey...

26 Februari 2011...

Hari ini akhirnya Fie dapat juga Fie tengok filem "Burlesque" ni. Dah lama rasanya Fie nak tengok filem ni since last year kot tapi malangnya tayangan kat Malaysia ni lambat!! So terpaksalah tunggu sampai bulan Februari. hurm.. Memandangkan hari ini agak kebosanan kat rumah so Fie ajak lah kawan Fie seorang tu teman Fie tengok cerita ni even sebenarnya dia dah tengok! (Tak aci betul) Before watch the movie we when to "The Spaghetti Farm". My friend cakap Spaghetti kat sana sedap so pergi saja lah tempat tu. Lagipun memang dah niat nak cuba makan tempat baru hari ini. Spaghetti kat sana ok not bad, sedap lah juga tapi Fie suka tomato soup dia! sedap! Y'all should try ok!

BURLESQUE

(source: google) Scene ni Christina tak pakai apa2 ok! tutup dengan bebulu ni je!

Filem ini jalan cerita dia simple je & senang nak faham. Kiranya takde lah berat sangat nak berfikirkan. For me cerita ini sangat BEST!!! oh my!! kagum tengok & dengar vocal Christina Aguilera sangat mantap! i wish i could go to one of her concert one day! Lakonan Christina Aguilera pun best! Tak kurang hebat juga Cher, walaupun dah berumur still suara sedap.

Pemilihan lagu-lagu dalam filem ni pun best! catchy! Tarian sangat sexy ok! Mesti ada penonton-penonton terliur tengok dorang menari, mana tak nye outfit dorang sexy ok ala-ala Victoria Secret & La Senza! The outfits are just WOW. Christina Aguilera is look so yummy! hahaha...

Filem ini Fie rasa budak-budak tak boleh tengok maklum lah aksi-aksi tarian agak menghairahkan. huhu. Wow lenggok body dorang sangat lembut dah macam takde tulang plak. Ada juga scene yang menampakkan anggota-anggota seksi para pelakon! huhuhu...

Moral of the story:

Fie perasan cerita ini menitikberatkan tentang erti pendirian & semangat tidak mudah putus asa. Jika kita ada sesuatu impian yang ingin dicapai, kita patut berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak. Jangan mudah berputus asa kerana peluang pasti ada. Kita je yang perlu mencari peluang itu dan rebut peluang yang ada. Dan sekiranya kita dalam kesusahan atau dalam situasi yang merumitkan, jangan sesekali kita berputus asa kerana setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaian. Kita hanya perlu bersabar & berusaha! :)

Jom layan 3 lagu dalam cerita Burlesque Fie paling suka dengar!

Christina Aguilera - Tough Lover



Cher - You Haven't Seen The Last Of Me



Christina Aguilera - Bound to You

5 STAR!!!~

I'm in LOVE with CHRISTINA AGUILERA!!~







Wednesday, January 19, 2011

Aku Bukan Teruna


Salam & Hey semua.

Wah tajuk nak gempak je kan!
(tajuk tu takde kena mengena dengan entri yang cuba nak disampaikan di sini yer.. hihi..propa je tu)

Actually tadi Fie layan cerita "Aku Masih Dara", dah adik Fie pasang so layan je la kan. (Alamak ketinggalan zaman betul Fie ni kan sebab baru nak tengok filem ni) Mula-mula tak nak tengok sebab Farid Kamil ada dalam cerita tu! Opss sorry Fie tak suka Farid Kamil ok. Tak tahu lah kenapa. Tapi memang tak suka tengok cerita yang ada dia berlakon!~ :)

Masa keluar kat panggung takde lah pula Fie rasa nak tengok sebab tajuk filem tu macam mengarut je tapi bila tengok dvd cerita ni, wow.... jalan cerita sangat2x menarik ok!~ Even pelakon2x wanita dia berpakaian seksi dan ada aksi agak keterlaluan sedikit tapi ada "sesuatu" yang buat Fie tertarik untuk tengok cerita ini. Fie sangat2x suka lakonan Ashraf Muslim & Raja Farah dalam cerita ni. Sangat2x berkesan lakonan dorang!~ Terkesan seyh tengok cerita ini. Rasa sedih, rasa sayu, rasa nak menangis pun ada! Filem ni kira berjayalah juga beri kesedaran pada Fie. Alhamdulilah, tetiba rasa bersyukur. Rasa belum terlambat lagi untuk memperbaiki diri Fie ni.

Sesiapa yang belum tengok cerita ni, jemputlah tengok ok. Manalah tahu dapat melahirkan kesedaran pada diri anda juga :) Fie bagi 4 BINTANG untuk cerita ni. Nak bagi 5 sebenarnya tapi iyerlah ada FARID KAMIL kan so tolak 1 bintang. haha

Sunday, January 16, 2011

Khurafat... Bikin PANAS!!~


Salam & Hey...

Khurafat... Bikin PANAS? (eh takde lah, just ada something yang buat Fie PANAS tengok cerita ni)

Khurafat: Perjanjian dengan syaitan merupakan cerita yang boleh memberikan kita tauladan tentang perkara-perkara yang boleh menduakan Allah. Syamsul Yusof, Liyana Jasmin Sabrina Ali dan Fauziah Nawi antara pelakon yang membintangi filem Khurafat ini. Khurafat juga diarahkan oleh Syamsul Yusof.

Sinopsis:

Johan (Syamsul Yusof) bekerja di sebuah hospital kerajaan yang mengendalikan mayat. Johan baru sahaja berkahwin dengan Aishah (Liyana Jasmin), kehidupan rumahtangga mereka sangat bahagia tetapi secara tiba-tiba kehidupan mereka berubah setelah diganggu oleh makluk halus.

Anna (Sabrina Ali) merupakan bekas kekasih Johan. Anna merupakan gadis sosial yang sangat cintakan Johan sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Johan kembali. Anna sanggup berdepan dengan Aishah untuk memberitahu yang dia masih menyintai Johan.

Nak tahu cerita selanjutnya? Korang kena lah tengok cerita ini ok. Jalan cerita filem ini sangat best! Syamsul Yusof merupakan pengarah dan pelakon yang sangat-sangat berbakat! Fie sangat suka lakonan dia dalam filem ini. To be honest sebelum ni Fie tak suka tengok lakonan Syamsul Yusof tapi dia sekarang banyak improvement! Tahniah Syamsul Yusof! Lakonan Syamsul Yusof dalam filem ini sangat-sangat berkesan!

Kepada sesiapa yang belum menonton cerita ini, cepat-cepatlah ke pawagam berhampiran anda ok! Filem ini sangat-sangat berbaloi untuk tengok! Sound effect pun best! Hantu-hantu tu pun best! hehe. 5 Stars for this film!!~

Oh ya! Yang tak best masa Fie tengok filem ini, ada lah sepasang couple ni duduk sebelah Fie, dari awal sampailah habis cerita ni mulut dorang tak pandai senyap! buat-buat sound effect hantu keluar lah, pastu dia pula macam director! boleh plak persoalkan macam-macam pasal filem tu. Eeeee BIKIN PANAS!!!~ Lepas tu ada plak suara bayi menangis dalam panggung tu! (Oh akak kalau nak tengok cerita hantu jangan lah bawa baby tu, terkejut kang!)

Wednesday, August 11, 2010

Tekken the movie.


Hari tu aku tengok Tekken: The King of Iron Fist Tournament bersama kengkawan ku di CP. Yup cerita ini diadaptasi dari game. Aku memang suka main game Tekken ni sejak kecil lagi tapi tidak lah sefanatik mana pun. hehe. Sebenarnya aku tak menetap harapan yang tinggi untuk filem ni sebab bila aku tengok trailer cerita ni di youtube bagi aku cerita ni membosankan, sama seperti cerita Dragon Ball tu. Filem Dragon Ball memang sangat-sangat menghampakan! Hampeh!~


Berbalik kepada cerita Tekken ni, cerita ini diarahkan oleh Dwight Little dan dibintangi barisan pelakon seperti John Foo (Jin Kazama), Kelly Overton (Christie Montiero) dan ramai lagi tapi dua orang ni saja yang hot TERUTAMANYA CHRISTIE!!. haha. Filem ini menceritakan bagaimana Jin memasuki Iron Fist tournament. Jin masuk tournament ini disebabkan untuk membalas dendam terhadap kematian ibunya. Jin menyangka Cary-Hiroyuki Tagawa yang membunuh ibunya. Disini lah bermulanya Jin memasuki tournament itu sebagai "The People's Choice" setelah mengalahkan Marshall Law di Anvil tournament.

Semasa berada di Tekken City, Jin Kazama tertarik dengan kecantikan Christie Montiero [bukan Jin sahaja, aku pun teruja melihatnya! kenapa terkesima? tengoklah cerita ni ok.. haha] Bermula detik perkenalan Jin & Christie, keadaaan semakin hangat.. fuhh...hehe.. Selain plot mereka berdua ni, ada yang plot yang best untuk disaksikan seperti perlawanan dalam Iron Fist tu. Memang best!!!~ Jin Kazama layak kepusingan akhir [biasalah hero kan. tak kan pula semi-final dah kalah.. nanti cerita tak best la kan. haha..] Pasal perlawanan tu aku tak nak cerita, korang tengok lah sendiri ok. Nanti cerita lebih-lebih tak best pula korang tengok filem tu sebab dah tahu cerita kan. hehe. Pengakhiran cerita tu sangat lah menghampakan. Tetiba cerita tu habis tanpa motif. haha..

Setakat ini sahaja lah ulasan aku tentang filem ini. Ini hanya pandangan aku tentang filem ni. Pandangan korang aku tak tahu lah. hehe

Monday, July 12, 2010

Eclipse.

The Twilight Saga: Eclipse

8 July bermula lah tayangan Eclipse di Malaysia ni. Aku pun tak sabar-sabar untuk menonton cerita ini. So aku pada hari khamis lalu aku pergi lah menonton eclipse di Suria Sabah dengan my lalink pukul 7pm. Agak ramai lah orang di sana.

Ni lah filem yang aku nanti-nantikan untuk tahun ini selain Harry Potter yang bakal ditayangkan November nanti. Aku memang suka dengan twilight saga ni. Aku pun dah baca semua buku-buku hasil karya Stephenie Mayer ni. Memang best. Antara buku-buku yang aku baca, aku paling suka Book 3: Eclipse ni. Cerita dia sangat menarik. hehe

So pada hari khamis tu aku tengok eclipse untuk kali pertama. Diawal tayangan memang bikin panas sebab adakah patut tiada suara yang keluar. Orang-orang dalam cinema tu pun dah rasa bengang. Haish...

Sepanjang tengok eclipse tu, aku menghayati setiap babak-babak dalam cerita itu. Jalan cerita eclipse tu hampir sama dengan kisah hidup aku. Fuh... memang emosi betul aku tengok cerita tu. Babak yang aku paling suka adalah babak masa dorang pergi atas gunung untuk selamatkan Bella daripada dijejak oleh Victoria. Babak-babak disana cukup menarik dan buat hati aku tersentuh juga lah. Boleh pula tertiba aku rasa sedih. Memang beri impak sungguh cerita ni pada aku. hehe.

Sesiapa yang belum pergi tengok. Sila lah tengok tak rugi pun. Aku dah tengok 3 kali, tiga hari berturut-turut, pada jam yang sama. huhu.

Hari ketiga aku tengok cerita memang best. Dialog pun dah hafal lepas tu ada seorang perempuan yang duduk sebelah aku punya lah hebat dia punya reaksi. Macam-macam bunyi / perkataan keluar dari mulut dia seperti berikut;

"pucatnya si edward ni"
"P***tai"
"Ouh..Ouch..Damn..."

dan banyak lagi lah. Aku dah tergelak-gelak tengok gelagat dia. haha