Pages

Showing posts with label Syawal. Show all posts
Showing posts with label Syawal. Show all posts

Monday, September 20, 2010

Bunga Api Di Hati (Family Sayang Edition)


Salam & Mabuhay

Riangnya Bertemu lagi
Bagaikan bunga api di hati!
Pabila Bersua kembali
Bagaikan langit memekar
Berwarna-warni!

2-3 Syawal tahun ni aku beraya ke kampung sayang ku yang terletak di nun jauh kat Tawau!
Awal pagi 2 Syawal tu aku bertolak dari rumah dalam pukul 6.30 am ke Airport Terminal 2. Flight aku pukul 7.20 am. Aku ingat dah lambat nak check-in so terpaksalah aku bawa kereta laju. haha. Sampai sana, kaunter still buka lagi. Fuh selamat tak tutup lagi. Hehe. Kepada kengkawan aku yang berada di KL tu kalau nak tahu tempoh perjalanan darat Kota Kinabalu ke Tawau ambil masa dalam 8 Jam keatas. Lebih kurang macam KL ke Kelantan lah. Tapi harus diingatkan jalannya bukan HIGHWAY ok! haha. Memandangkan jauh sangat so aku decide naik aeroplane saja lah. haha. Tempoh perjalanan udara hanya dalam 50 minit. Takpe lah sekali sekala keluar duit kan. Bukan selalu raya ni.

Sampai airport Tawau, insan tersayang yang ambil aku. Then gerak ke rumah family nya kat Muhibbahraya. Aku stay sini untuk 3 hari 2 malam saja. Hehe. Aku kat sini memang raya sakan. Satu hari nak 10 rumah!!~ Nak pecah perut dibuatnya tapi nasib baik lah storage perut ku sekarang agak banyak space! hehe.


Ini lah ibu sayang ku. Cantik kan? hehe


2 Syawal: Beraya kat rumah Mak Tipah & Kak Rina. Mak Maria (tudung biru) memang pandai berpose betul.
Ada saja aksi-aksinya. Best ambil gambar dengan dia!


2 Syawal: Sorry sayang kalau fie bad mood sikit masa kat rumah Mak Mas.
Terdengar lagu-lagu sedih yang menyentuh hati & kisah lama. Memang dah tak tahan masa tu. Emosi sekejap masa tu. haha. No hurt feeling ar.


3 Syawal: Mak Tipah. Beraya kat rumah Mak Mas sambil sambut Birthday party anaknya.


Mak Maria & Bapa Din. Very loving husband & wife!!~ Romantic nya aku tengok dorang ni.


3 Syawal: Beraya ke rumah boyfriend adik ku. Kami wakil dia je beraya ke rumah boy dia ni!
Makan Soto lagi!!~ hehe


Maaf lah yer adik ipar ku. Dah jumpa abang mu ni kena lah bergambar. Haha.
Mesti terpaksa je ikut tu kan. haha.


3 Syawal: Berkunjung ke rumah adik ku Nashrul. Makan nasi dagang & sup
(alamak aku lupa nama sup tu tapi yang penting memang sedap!!)


Thanks to seluruh family sayang kerana sudi terima kehadiran fie sekali lagi untuk raya tahun ini.
Love u all!!~

Inilah Sebuah Aidilfitri 2010 (Kengkawan Edition)

Salam & Mabuhay semua.

Inilah sebuah Aidilfitri
yang sering menjadi penantian bermusim
anak-anak kecil
ataukah kita yang masih dewasa
pun masih sama jua
Tak kira tua atau muda
Aidilfitri tetap disambut dengan meriah.

Raya tahu ni memang sangat best! Raya tahun ini juga aku berpeluang beraya bersama rakan-rakan baru ku. Best dapat beraya bersama dorang ni. Walaupun kami semua ni baru saja kenal tapi persahabatan kami macam dah lama. Sayang korang semua!


1 Syawal: Rumah kawan pertama di serang adalah rumah kawan ku sorang ni yang berbaju serba hitam! Pijie namanya. Bertempat di Pasir Putih, Putatan.


Rumah seterusnya adalah rumah Leon si baju cream yang berkaca mata. Kat sini makan soto! Dia yang masak tau. Bak kata kakak-kakak nya dia Cinderella di rumah tu. haha. Masa kat sini si Piji tak senang duduk dah sebab mak dia dah suruh dia pergi rumah family nya di Papar. hehe.


Lepas saja dari rumah Leon, kami bergegas pergi ke rumah family Pijie kat Benoni, Papar. Best beraya kat sini. Family dia sangat meriah & sporting habis! Lagi pun adik-adiknya semua cantik-cantik tercuci mata sekejap. Kirim salam ar adik ko Piji!!~ Open house paling meriah & paling best untuk raya tahun ini! Aku tak makan banyak di sini sebab dah kekenyangan. Hanya En. Leon saja wakil kami makan. Maklum lah dia baru rumah pertama ni. Aku dah masuk rumah ke-7 ini!!~


4 Syawal: Beraya ke rumah Aunty Ramlah (Aunty si Pijie) Makanan di sini ala-ala western food so ada kelainan lah kan. Best!!~ By the way 2-3 Syawal aku tak ikut dorang beraya. Aku pergi beraya ke Tawau (Tu Entry yang seterusnya pula)


7 Syawal: Open House rumah ku. Ni pun baru balik dari Poring, Kundasang. Masing-masing muka dah penat. Aku pula memang demam panas. Pening kepala lagi. Bertahan saja demi kengkawan ku ini. Thanks guys sudi datang. Walaupun makanan tak seberapa. hehe. Lepas saja dorang balik, aku terus pengsan di dalam bilik. Memang dah tak mampu nak bergerak mana-mana. Keesokkannya aku ambil MC. hehe.


8 Syawal: Beraya di rumah kakak Leon. Kat sini kami beraya sambil berkaraoke. hehe.
Si Leon tak habis-habis menanya tetamu kalau dorang pandai menari ke tak.
Pelik aku. haha. Ko saja lah bah menari Leon!!~ Malu-malu lagi ko di sana ar!~


9 Syawal: Beraya ke rumah kawan ku Fazrul. Aku memang impressed betul dengan kawan aku sorang ni. Aku sungguh terkesima! Kagum pun ada. hehe. Anyway thanks Fazrul sebab masak untuk aku. Sedap kau masak! Tapi malang nya aku tak dapat habiskan soto yang kau buat tu. Perut ku dah full dengan daging kambing. hahaha. Kuih raya yang kau buat pun aku suka! Sayang ku pun dah terpikat sekejap kat kau. Ehem ehem.. hahaha.


Best sangat dapat beraya dengan korang semua!!
Insha-Allah kalau umur panjang lagi next year raya sama-sama lagi ok.
Oh ya, mana duit raya untuk aku? Aku belum dapat-dapat lagi dari korang!!~

Sunday, September 19, 2010

Riang Ria Aidilfitri 2010 (Family Edition)


Salam & hye kepada semua. Hari ni aku mengigihkan diri menghupdate bloggie ni setelah sekian lama menyepi. Aku tengok blogger2 lain dah cerita pasal aidilfitri dorang. So dah tiba masanya aku pula lah menghupdate bloggie ni pasal hari raya ku. Tahun ni merupakan raya paling meriah dalam hidup aku. Aku dapat beraya dengan family, family sayang ku & kengkawan rapat. Memang best beraya! Memang raya sakan lah!~ hehe. So aku kan bagi 3 parts untuk entry raya kali ni. hehe.


Aidilfitri bertemu kembali
Mengikat kasih ukhwah yg dibina
Mengeratkan tautan kasih yg terlerai
Dalam tutur santun bicara
Tersemat seribu makna
Tersurat satu persoalan
Tersirat seribu jawapan
Hanya pandangan mata dan bisikan hati
Mengerti makna sebenar Aidilfitri...
Aidilfitri disambut bersama keluarga
Riang Ria Aidilfitri 2010


Seperti tahun-tahun sebelum ni, bangun awal & get ready untuk solat raya. Lepas solat raya bergegas pula ke tanah perkuburan untuk melawat pusara-pusara keluarga terdekat. Lepas tu baru lah mengunjungi open house saudara mara.


Adik bongsu ku Farah... Berbaju kurung warna oren macam abang nya juga. hehe


Bersama nenek kesayangan ku. Penuh dengan barang-barang kemas nenek ku ni. Tetap anggun dan bergaya di pagi raya ni. hehe. Love u so much nenek ^__^


Bersama cousin aku, Charlie. Ni tiap-tiap jumpa aku mesti nak ukur ketinggian aku dengan dia. haha. Yeah memang dia tinggi sikit dari aku. hehe


Adik lelaki ku bersama anak-anak buahnya. Bestnya dorang ni dapat banyak duit raya!


Bersama adik ku Fatheen. Tengok poket ku ada apa? hahaha. Duit raya tetap dapat tau. haha


9 Syawal beraya di rumah Ucu (yang kat tengah tu)


Best dapat makan kambing panggang!~ yummy!!~


Bersama anak-anak buah ku. Dorang ni memang kaki bergambar macam aku gak. So best kalau jumpa dorang ni. Bergambar je lah kerja kami. haha.


Bersama Kakak Maya. Senyum lebar nampak!!~ hehe