Jelajah Asia : Edisi Bali (30 Mac - 02 April 2012)
Kali ini aku jelajah Bali bersama Sahabat Terbaik saya Azrie Azhar
30 Mac 2012:
Yay! Hari ini ke Bali! Excited nya! Flight kami pukul 925 pagi dari LCCT ke Ngurah Rai Airport, Bali. Tempoh penerbangan mengambil masa selama 3 jam. Sampai saja di Bali kami disambut oleh Pak Totok. Pak Totok kemudiannya bawa kami ke menjamu selera di kedai makan area airport tu juga. Lepas makan terus pergi check-in hotel dan bersiap sedia untuk ke Garuda Wisnu Kencana (GWK). GWK terletaknya patung Dewa Vishnu & patung Burung Garuda yang besar. Bak kata Pak Totoh, kalau patung ni siap sepenuhnya ia dapat mengalahkan statue of liberty.
Perjalanan seterusnya pula ke Uluwatu Temple. Agak tergamam seketika bila melihat pemandangan di sini. Indah sungguh ciptaan Allah. Warna air laut biru kehijauan seperti di alam fantasi! Sangat cantik! Saya sangat suka tempat ini! Tempat ini juga terdapat banyak monyet-monyet liar yang berkeliaran. Saya hanya suka monyet yang gemuk sebab monyet tu lagi mesra daripada monyet yang kurus-kurus sebab ganas! Menakutkan!
Selepas melawat Uluwatu Temple kami dibawa makan ke pantai area Jimbaran. Nama restauran tu "Furama Bumbu Bali". Makan tepi laut ok! Romantik sangat ala-ala candle light dinner. Erghh pengsan jap sebab terkejut sebab pelik kot untuk kami berdua makan seperti tu. Awkward! Makanan yang dihidangkan adalah makanan laut. Sedapnya! Selesai makan kami kembali ke hotel dan terus terlena. Penat sangat rasanya hari itu.
31 Mac 2012:
Hari kedua di Bali. Misi kali ini adalah ke Kintamani, sebelum ke Kintamani kami ke Ubud. untuk melawat tempat mencanting batik. Ubud terkenal dengan penghasilan barang-barang yang berunsur kesenian seperti batik, perak, seni ukiran kayu dan sebagainya. Setiap kampung berbeza-beza jenis barang yang dijual & sangat teratur.
Selepas Batik, kami pergi melawat Bali Bird Park kerana masih terlalu awal untuk kami ke Kintamani. Harga tiket dalam Rp240k seorang tak silap. Wah mahalnya! Terkejut kejap tapi nak buat macam mana dah bayar so kami masuk saja lah. Taman burung tu agak cantik. Malaysia patut ada zoo macam ni! Ok lah tu dengan harga bayaran seperti itu. *sedapkan hati je. Hakikatnya menyesal sebab harga tiket mahal. huhu*
Destinasi seterusnya pula adalah Pura Tirtha Empul. Salah satu tempat sembahyang orang Hindu yang popular dengan Holy Water. Terdapat juga satu kolam yang orang ramai boleh mandi untuk menyucikan diri.Sejuk airnya *Macam mandi padahal celup-celup tangan je*
Jalan-Jalan cari makan ke Kintamani/Batur Volcano. Pemandangan Gunung Berapi Batur sangat WOW! Suasana sini pun agak tenang. Agak ye! Tak tenang sangat sebab ramai penjual-penjual yang akan sentiasa berada disamping kita. Penat nak melayannya!
Bersambung...






