Pages

Sunday, September 4, 2011

Salam Aidilfitri.

Assalamualaikum w.b.t

Raya tahun ni berbeza dengan raya-raya sebelum ini sebab tahun ini aku beraya kat KL & Pahang. Jauh dari semua ahli keluarga ku yang berada kat Sabah tu. Walaubagaimanapun aku tidak beraya seorang diri, alhamdulilah tahun ini aku beraya dengan keluarga angkat aku. 

Disini aku hanya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada insan-insan yang aku sayang & yang pernah hadir dalam hidup aku. Ampun maaf dipinta kalau aku ada buat salah silap sepanjang perkenalan aku dengan korang semua. Halal kan makan minum aku. 

Aku juga maafkan segala kesalahan korang & kepada yang suka buat cerita pasal aku / stalker, aku juga maafkan segala perbuatan korang yang lepas-lepas itu, so kalau buat lagi lepas ini aku serah kan segalanya kepada Allah untuk menghukum korang :)

Sunday, August 14, 2011

Self-Cam session

Assalamualaikum.


Alhamdulilah hari ini dah masuk hari ke-14 berpuasa. Rasa dah lama aku tak update blog ini, dah hampir dua bulan kot. Entah lah kenapa sekarang tiada mood sangat nak update. *Bukan ada orang baca pun kan. huhu.


Raya tahun ini pun tidak ada mood nak beraya, aku pun masih tidak tahu kenapa tiada mood. It's ok mungkin dah dekat-dekat Syawal tu, insyaAllah akan ada mood kan. 


Entri kali ini saja nak menggedik tunjuk gambar-gambar "self-camwhoring" semalam. Aku bosan sangat pagi tu, jadi aku ambil keputusan mengeluarkan kamera & tripod aku yang dah lama tak keluar dari beg tu. Kesian pula aku tengok kamera tu dah macam berhabuk-habuk *Kesian katanya.. hehe.


Ok lah aku, aku pun tak nak tulis panjang lebar sangat biar lah gambar-gambar ini menerangkan segalanya. 







.Sekian.

Thursday, June 23, 2011

The Darkness.

Salam Mr. Bloggie & you.

* sambil dengar lagu Adele - Someone Like You.

Haihhhh... (mengeluh panjang) Aku sebenarnya tak tahu apa yang aku nak tulis kat blog ni. Yang pasti aku nak update blog ni setelah beberapa minggu tak update. Dah berhabuk-habuh dah. Hurm. Aku hanya nak update sediikit pasal kehidupan aku. Rasa dah lama tak kongsi dengan kau Mr. Bloggie. 

19 Jun 2011 - Nothing much happened that day even that day was my birthday tapi aku tidak ada mood nak meraihkannya. Yup i'm 26 years old dah! Dah dewasa tapi still cute kan! (sila gelak or muntah kalau nak! Kang aku Pijak juga muka kau kang) *ops terganas sekejap. Huhu. Hari itu memang aku berdiam diri dari semua orang termasuk kengkawan rapat ku. Nak buat macam mana emosi agak terganggu kan. Sorry semua. Aku yang salah. Korang semua okey je. Aku yang tengah bertarung dengan diri sendiri.

Aku pun tidak tahu kenapa emosi aku agak terganggu sekarang. Mungkin keadaan sekeliling aku yang memaksa aku untuk merasakan sedemikian. Mungkinkah aku yang tidak faham akan situasi di sekeliling aku? Ah! aku pening dengan semua ini. Bilakah ia akan berakhir? Apa-apa pun aku harus kuatkan semangat untuk menghadapi cabaran hidup yang mencabar. Aku pasti! Aku yakin! Aku boleh! 

Aku berharap hari-hari yang mendatang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Aku tak pentingkan kemewahan dalam dunia ini. Aku bersyukur apa yang aku ada. Paling penting bagi aku ialah kebahagiaan. Apa-apa pun aku tetap akan berusaha untuk memperbaiki semua kelemahan aku. 

* Aku sayang kau. Aku sayang diri aku.

Tuesday, May 17, 2011

mereka.keji


Assalamualaikum w.b.t

* kedengaran laungan azan asar sedang berkumandang.

Buruk. Baik.

Aku pun sendiri tidak paham kenapa "insan-insan" seperti ini nak menceritakan perkara-perkara yang tidak baik pasal seseorang. Kenapa perlu memburukkan atau menjatuhkan orang lain dengan perkara-perkara yang si dia pernah lakukan sebelum ini? Bagi aku tiada seorang pun insan dalam dunia ini sempurna ok!

* kau paham tak?!

Past is past.

Ha! Past is past! Dah tahu pun cerita lama, yang kau nak bangkitkan semula itu kenapa? Sebab marah? sebab dendam? sebab apa yang kau tak dapat dari seseorang tu? Ah! Growth up la wey! Tak kan lah kau nak jajah semua cerita lama orang tu kat semua orang kot! Kau ingat kau sempurna sangat lah! Kau pun ada buat silap kan! Kenapa perlu menyeksa, merosakkan atau menjatuhkan hidup orang lain? Perlu kah semua itu? Perlu?

* tetiba aku rasa sangat beremosi dan panas!!~ BIKIN PANAS jak!

Aku sangat tidak suka dengan "insan-insan" seperti ini. Mereka tiada kehidupan sendiri kah? Kenapa mereka perlu ganggu orang lain? Aku hanya boleh berdoa kepada Allah supaya mereka ini dapat berubah. Semoga mereka insaf satu hari nanti. Mereka patut berfikir seketika, apa perasaan bila diri mereka sendiri diperlakukakan seperti itu!

.OkThxBye.

Saturday, May 14, 2011

For you... you...you... and you...

I know you guys (stalkers) read my blog . 
This entry is specially for you guys. 
Enjoy. I love you.
.
.
.
"If others have to say bad things about you, they obviously have nothing good to say about themselves."
..
"Haters only hate the people they can't have or the people they can't be."

Wednesday, May 4, 2011

For you.

I Love You
I Love You
I Love You
I Love You
I Love You
I Love You
I Love You
I Love You
I Love You
I Love You
-fie omar-     

Friday, April 22, 2011

Jumaat itu Indah.

Salam Mr. Bloggie

Hari jumaat nan ceria. Disenari pula dengan cahaya matahari yang indah sambil dibuai-buai dengan angin sepoi-sepoi manja. Memang sungguh nyaman & tenang rasanya hari ini.

Hari ini memang agak kemalasan lah juga aku nak bangun. Rasa macam tak cukup tidur pula. Huhu. Aku bangkit dari tidur dalam pukul 6.50 pagi. Aku mengambil masa dalam 15 minit untuk bersiap, maklum lah nak mengejar bus pukul 7.30 pagi kalau tidak mesti sampai lambat ke pejabat.

* Grr Grrr Kedengaran bunyi perut yang sedang berdansa dengan riang gembira

Aku sangat-sangat lapar! Semalam makan 3 bun gardenia saja sebab semalam OT sampai pukul 9.30 malam so aku dah malas makan nasi memalam macam ni nanti perut buncit pula makan memalam ni

* Perut ini harus lah di jaga! Nanti "saham" jatuh pula!


* Buka mata luas-luas sambil buat muka comel. Sekarang tengok gambar kat sebelah ini. (Apalah pula yang cuba disampaikannya ni?)

Dear Mr. Bloggie kalau kau nak tahu itu lah kerja yang membuatkan aku overtime! Memang boleh nangis buat kerja ini, lagi-lagi masa buat benda ni mood aku berubah-ubah. Benda yang aku maksud kan ini adalah Multimedia Project untuk client (Video Presentation)

Aku menggunakan software "Adobe After Effects". Ini PERTAMA kali okay aku guna software ini. Memang mula-mula tu memang menangis berdarah kot! Maklum lah ZERO knowledge tentang software ni. So aku pergi lah meng"Google" templates yang ada kat dunia cyber tu. Bapak susah nak cari!~ Tapi dapat lah satu dua aku berkenan so aku gunalah templates untuk memudahkan kerja dan memudahkan aku untuk belajar dan mengenali software ini. Omigod! Aku jatuh cinta dengan software ini ok!~ Dah feeling2 nak buat video letak gegambar aku sambil menambahkan effect-effect keBaBoom! Perhh memang terbaik!~

* Jejeling kat gambar sebelah jup. Yup desktop wallpaper aku gambar resort kat pantai! Memang tenang tengok gambar ini.

Kertas yang ada atas keyboard tu adalah tiket penerbangan aku ke Kuala Terengganu.

*Yayyyy!!~ bersorak dengan penuh kegembiraan. (jangan gembira sangat Fie, kau pergi sebab urusan kerja ok!) Baiklah Mr. Bloggie (muka sedih sekejap) (T____T)

Ok esok nak gerak ke Kuala Terengganu. Video ni semua kena siapkan hari ini juga. Cayok...cayok...

Tak sabar nya aku nak jejak kaki ke Kuala Terengganu. Nak pergi pantai dan bermain dengan air laut!~ Wahhh... Excited gila dah ni.. hehe (^___^)V

Ok nak sambung buat kerja dulu. Muah muahh...

* Layan A.P.I - Pelita sambil feeling2 semangat berkobar-kobar.

Thursday, April 21, 2011

Yuna - Decorate

Salam...

I'm in love with this song!~ Hampir setiap masa akan layan lagu ni.. :) So Fie nak share lagu ni untuk semua :)


Wednesday, April 20, 2011

Omigod! #Terharu

omigod! omigod! omigod! omigod! omigod! omigod! omigod! omigod! omigod! omigod!omigod! omigod! omigod! omigod! omigod!

Wahh terharunya aku... One of my twitter friend (MAXCHUA) tetiba call aku... Tanya napa aku takde dah kat Facebook & Twitter! Tanya aku ada masalah ke tak... Wow aku tak sangka aku punya sahabat-sahabat seperti itu...

AKU SAYANG KORANG!!
~ Specially You! You! You! You! You! You! You! Yes! You!
MFH, MC, DL & AA!!!~


Opsssssssss... Entry ini agak emosi kegembiraan ok!!~ Hahaha..... Thank you so much guys!!~

*Gile HAPPY ok! Masih ada insan-insan yang ambil berat kat aku!~ :)

Khas buat sahabat.

Thursday, April 14, 2011

Alhamdulilah... TPM


Salam...

Semalam 13 April 2011 Fie ada interview kat Faculty of Art & Design . Seawal 7 pagi dah sampai kat fakulti tu sebab interview kononnya start pukul 8 pagi katanya. But you know what? Interview start pukul 10 pagi ok! Omigod lamanya tunggu tapi takpe lah kan. Before start interview tu, team interview tu suruh buat essay ok! Perhh tak pernah Fie pergi interview kena buat essay bagai ni :) So tajuk essay dia adalah "List down criteria highly effective lecturer?" Kena lah jawab since Fie apply Biasiswa jadi lecturer kan... Memang meng"goreng" lah Fie dalam essay tu. Buat ayat-ayat manis semua.. huhuhu.. Takpe janji buat daripada tinggalkan kosong kan...

After pukul 10 pagi... Nama Fie dipanggil untuk ditemuduga.. Omigod memang berdebar-debar rasanya... dup... dap.. dup.. dap... Memang nervous giler!!!!~ Masuk je bilik mesyuarat tu... Jeng jeng jeng ada 8 PANEL tengah duduk menghadap Fie.. omigod Omigod omigod!~ Bertambah-tambah nervous Fie...

So Fie duduk lah menghadap 8 panel panel tu. Yang paling penting posture duduk tu kena betul yer. hahaha.. dan mesti senyum selalu biar nampak ceria sikit. Buat-buat cover nervous. Sementara beberapa panel check my sijil-sijil & my printed artwork sorang panel yang mula bertanya soalan. So seperti yang dijangkakan soalan pertama adalah "tell me more about yourself" So Fie kenal kan lah diri.. (nama..study mana...stay mana...experience keje..and so on..) Pastu dia tanya plak "Why applied for this course? since your background study is Multimedia" Fuhh.. memang terdiam jup tapi Fie jawab je. Mengoreng je keje Fie dalam tu.. haha.. Tapi seriously Fie memang nervous & agak tergagap-gagap sebab tak prepare sangat.

Lastly dorang nak tengok projects Multimedia yang Fie pernah buat... "Yes finally ni kekuatan Fie.. hahaha.." (dalam hati berkata-kata). So Fie tunjuk lah 2 project Multimedia yang Fie pernah buat & my favourite. haha.. So Fie tunjuk "Banda Hilir E-Kiosk" & "E-Profile". Fie rasa dorang agak impressed dengan "E-Profile" yang Fie buat untuk lecturer Fie tu.. hahaha.. (Terangguk-angguk panel2 tuu.) Fie senyum je.. So sampai situ je la interview nya...

Kalau ada rezeki, insyaAllah dapat. For me rezeki kat mana-mana kan. Janji dah usaha mencari peluang yang ada. Jika rezeki ini berpihak kepada Fie, Fie akan sambung MASTER dalam Design Management! Yayyhhh.... Amin...

Tuesday, April 12, 2011

1 Day to go... TPM... TAKUT

(Nota Pagi)

Pagi semua.

Hari ni bangun awal, pukul 4 dah bangun. Pagi ini nak cari ilham nak buat slides presentation untuk interview TPM ESOK! Omigod tak siap-siap lagi. Tak tahu nak buat topic apa. Dah siap 1 topic tapi macam tak confident nak present sebab semua syllabus subjects time study dah tak ingat. Hurm... tetiba rasa takut!!~

Fie ingat nak buat topic regarding "BLOG". Macam nak terangkan pasal APA ITU BLOG...KEGUNAAN...KELEBIHAN...KEKURANGAN... (tapi macam tak releven je kan dengan course yang fie apply (DESIGN MANAGEMENT) Entah lah Fie dah blur... Apa-apa pun doakan semuanya berjalan lancar. Amin

-Fie Omar-

Monday, April 11, 2011

2 Hari lagi Interbiu TPM!


Salam & Hey...

Alhamdulilah Rabu lepas Fie dapat panggilan dari pihak UiTM yang Fie berjaya di shortlisted kan untuk biasiswa "Tenaga Pengajar Muda". So 13 April ni kena pergi UiTM di Faculty of Art & Design kat Shah Alam. :)

Wah tinggal 2 hari lagi interbiu TPM (Tenaga Pengajar Muda) kat UiTM Shah Alam. Omigod!~ Wah tak prepare apa-apa lagi ni. Tak tahu nak start dari mana. Tapi yang penting kena prepare slides "Mock Teaching". Hurm.. tak tahu lagi nak present topic apa. Maybe nak present something about design since application ni untuk Master in Design Management kan... Fuh.. Nervous! Nervous! Terpaksalah check balik nota-nota time degree aritu.

Doakan Fie dapat yang terbaik untuk interbiu...

I CAN DO THIS!!~

Wednesday, April 6, 2011

Contest : K.A.M.I. F.O.T.O.G.E.N.I.K

Salam & Hey Semua!!~
.
.
.
Kali ini Fie nak join contest yang dianjurkan oleh Mr. Vampire!
Thanks to Mr. Adie sebab tagged me :)
.
.
.
.
.
.
Sekarang disertakan 3 Gambar Fotogenik a.k.a Photogedik Fie
.
.
.
(Gambar perseorangan: Gambar ini diambil semasa trip ke Sandakan, Sabah)
.
.
.
(Gambar Duo: Bersama Sesorang)
.
.
.
(Gambar Beramai-ramai: Gambar bersama kengkawan baik kat Melaka)
.
.
.
Slogan....

"kami rasa kami patut menang contest ini kerana kami photo gedik, kami tak segan bergambar depan public, kami gembira dapat tengok kamera,kami memang GILE KAMERA dan YANG PALING penting KAMERA sayang KAMI!~
"
.
.
.
5 Blogger tersohor Malaysia!~
  1. Fanzi Ruji
  2. Ahmad Fauzi Aryaan
  3. Mra Mastura
  4. Nabil Aizat Abdul Rahman
  5. SyedGraphiX
.
.
.
Sekian Terima Kasih
.
.
.
Daripada: Saya Pencinta Kamera :)

Sunday, April 3, 2011

CAMWHORING session!

Salam & Hey...

Hari ahad kali ni agak membosankan sebab takde aktiviti yang dapat dilakukan. Memandangkan kawan aku sorang tu terpaksa bekerja hari ni. Tadi pagi beria ajak Fie teman dia shopping tapi terpaksa batalkan sebab boss dia suruh kerja plak! Haishh... Tapi takpe lah duk rumah pun ok. Dapat rilex kan diri.

So hari ni takde buat apa langsung. Baru ingat nak baca buku tapi tetiba takde mood plak nak layan novel tu. So akhirnya buat camwhoring kat lappy ni. Dah bosan tahap power ranger so ini je lah cara nya menhiburkan hati yang tengah kebosanan. Yup i do love taking my own pictures. Fie gile camera ok! haha.

So tema camwhoring hari ni adalah Fie Omar the nerdy guy. Kononnya lah... So snap-snap lah beberapa aksi yang agak terkawal ye! Ni lah hasilnya...

(please click to the image for better view. ahaks)

Jalan Kaki Pusing 1 KL!

Salam & Hey

2 April 2011 (Sabtu)

Hari ni nak cerita sedikit pasal aktiviti yang Fie buat bersama kawan Fie. Actually hari ni kami plan nak keluar jejalan tapi tak tahu nak pergi mana pun so akhirnya kami decide nak buat kelainan sedikit dari rutin seharian. Macam kalau weekend macam ni selalu nya sure je nak pergi shopping mall bagai kan.. tgk movie.. bla.. bla.. bla.. tapi this time kami round 1 KL dengan hanya berjalan KAKI tau! Eh tapi takde la 100% jalan kaki. 90% Jalan Kaki & 10% tu naik LRT lah. :) (Ruginya tak bawa camera! haishh!!~)


Dari Stesen Pasar Seni ke Central Market...

Fie met up my friend kat Stesen Pasar Seni around 3.05 PM terlambat 5 min dari masa yang dijanjikan. My Friend dah sampai 10 min lebih awal. (Sorry yer.. wink*) ... Bermula lah misi pusing 1 KL...

Tempat pertama kami pergi adalah Central Market, dah lama gile kot tak pergi tempat tu. Dah cantik dah sekarang... ada aircom plak tu! (aircon juga lah kan yang di highlight!) Takde lah rasa panas kan... hehe.. Stuffs kat sana cool lah! Macam nak beli je some stuff kat sana buat letak kat atas meja Fie kat office yang sangat kosong sekarang ni. (Boring desk). Jalan nye jalan ternampak plak one stall ni jual spek. Yes finally dapat jumpa spek nerd yang Fie dah lama nak beli kat CM ni. So beli lah satu kan! Tak mahal pun... murah je :) Boleh bargain tau kat CM ni!~ Best... Sambil jalan-jalan lagi kami makan ice cream, maklum lah tekak dah rasa nak makan sesuatu yang sejuk2.. :) nyaman!~


Dari Central Market ke Muzium Tekstil Negara
...

After CM kami jalan kaki plak ke MUZIUM TEKSTIL NEGARA kat Jalan Sultan Hishamuddin (Dekat dengan Padang Dataran Merdeka). Actually kebetulan je nampak muzium ni masa tengah jalan kaki menuju ke Padang Dataran Merdeka tu, so kami singgah lah. (yela nak buat kelainan katanya) Quite cool lah this place. Kalau u guys nak tahu tentang perkembangan tekstil kat Malaysia ni boleh lah melawat kat muzium ni. Tempat nya lawa sebab baru renovated & selesa! Macam-macam jenis tekstil terdapat kat sini. Yang paling penting masuk adalah PERCUMA! So jemput lah datang. Boleh lah dapat info serba sedikit tentang tekstil. (berilmiah lah jup, tak kan lah asyik dengan info hiburan je kan...)

(Main Entrance)

(Dalam Muzium)

(Barang perhiasan zaman dulu kala)


Dari Muzium Tekstil Negara ke Jalan Masjid India & Jalan TAR...

Bila dah puas round 1 Muzium Tekstil tu... Kaki tergerak plak nak berjalan ke Jalan Masjid India. Wah cuaca kat KL sangat PANAS! Berpeluh-peluh masa jalan kaki tapi ok gak keluar peluh kan. Bagus untuk kesihatan badan right? My friend nak pergi this place because dia tak pernah lagi jejalan kat sini. Seperti biasa keadaan kat Jln Masjid India masa weekend ni sure lah SESAK dengan para shopaholic yang gian nak shopping! Nak jalan pun terpaksa slow motion... (susahnya nak jalan slow motion sebab Fie selalu jalan laju. huhu) Kami just jejalan je kat sini tak beli apa-apa kecuali MAKANAN! (we love to eat) Wah! banyaknya makanan kat sini! HEAVEN!!~ Maklum lah sabtu memang ada banyak gerai-gerai jual pelbagai jenis makanan. Semuanya rasa nak beli je tapi hanya sempat try Crab Stick, Paru-paru dengan kuah kacang & air soya. Perjalanan bermula dari hujung ke hujung. Memang cover seluruh Jln TAR lah.

(Masa kami jejalan kat area jalan TAR tu tetiba Fie terfikir sesuatu why not my friend tu buat business since dia selalu travelling. So Fi suggest dia buat business since dia selalu cakap bila nak kaya kan. Fie pun bleh tolong promote2 barang yang dia nak jual. For me kalau nak kaya kena lah jadi usahawan sebab kalau kerja makan gaji je sure tak dapat pendapatan yang tinggi kan. I want to be a businessman in the future too!~)


Dari Jln TAR & Jln Masjid India ke Sogo...

Selepas tu dah jejalan kat Jln TAR tu kami singgah Sogo jup sebab my friend cari baju konvo dia tapi takde satu pun berkenan. Semua nampak sama & tak menarik. Kat Sogo lagi lah penuh dengan manusia! Ruang legar kat tengah Sogo tu penuh dengan Pirahna-pirahna (shopaholic) yang sedang memilih stuffs! After round 1 floor sogo tu kami pergi plak singgah Pertama Kompleks. Takde benda pun kat sini. Penuh dengan kedai-kedai handphones, kedai jahit, kasut dan lain-lain.. Tak best pun... huhu...

(Pirahna yang sedang membeli-belah)


Dari Pertama Kompleks ke Kampung Baru...

Misi seterusnya ke Kampung Baru plak tapi kali ni kami naik LRT je yer. Sebab agak jauh dari Jln TAR ke Kampung Baru kan. Lagi pun perut dah lapar. Sampai LRT Kg Baru kami jalan KAKI ke Kedai makan yang terletak kat area Pintu Gerbang Kg Baru tu sebab my friend tu suka makan kat sana. Nak makan Ikan Bakar katanya. So pergi lah tempat tu. Fie plak makanan nasi campur je. Ikan Bakar kat sana for me so-so je sebab Fie pernah makan Ikan Bakar yang best lagi kat tempat lain. Actually tempat tu kat Pasar Malam Filipin kat Kota Kinabalu. O.M.G! Sedap ok! Fresh giler semua ikan-ikan kat sana & crispy!~ Sauce pun best!

(Ikan Bakar... So-so je rasanya... huhu)

(Nasi campur lauk Ayam masak merah, Sayur masak lemak & telur masin)


Dari Kampung Baru ke Jalan Chow Kit...

Selesai saja makan kami bergerak ke Jalan Chow Kit, actually tak tahu nak pergi mana so Fie rasa destinasi yang paling dekat dengan Kg Baru masa tu adalah Chow Kit so Fie bawa lah my friend tu jalan kaki ke Chow Kit pula. Lalu lah Jalan Raja Alang yang penuh dengan gerai-gerai buah-buahan tu sampai lah ke Chow Kit. My friend tanya Fie "apa yang best kat Chow Kit ni?" (tak tahu nak jawab apa. sebab takde benda pun kat Chow Kit. Maybe barang-barang kat sini murah kot). Agak freaky je rasanya berada kat sana. hehehe. Maybe tak biasa kot kan.. hehe..


Dari Jalan Chow Kit ke Jalan Bukit Bintang...

Bila dah tak tahu nak buat apa kat Chow Kit ni akhirnya kami decide pergi ke Bukit Bintang lah pula. Lagi pun nak masuk pasar malam kat Chow Kit takut! hehe. So misi seterusnya adalah mencari Spa! Masa untuk manjakan diri setelah penat berjalan kaki!~ Survey lah tempat2 massage kat area Bukit Bintang tu... Bukan main masuk je tau, yela takut gak kang orang tu buat "services" lebih-lebih kan susah! Eeee TAK NAK jadi camtu!~ So kami nampak satu Spa ni, nama tempat tu "Serai Aromatheraphy Day Spa" kat area BB Plaza. Quite relaxing tempat tu sebab tak ramai orang sangat. Damai je rasanya tau! Hilang semua stress yang ada! Orang tu massage memang ok. Tapi bila dia dah massage kaki Fie, OMG sakitnya urat-urat kaki ku!!~ Dah nampak sangat urat-urat tu tengah stress sebab macam rasa keras & kenyal2 tapi bila dah massage jadi lembut lah plak.. terasa ringan kaki ku ini!~ ngee. Next time nak ajak my friend pergi Spa area rumah Fie. Macam best je tempat tu.

(the Spa)


Dari Serai Aromatheraphy Day Spa ke Kedai MAMAK belakang Farenheit 88...

Fie terasa lapar plak, so ajak lah my friend ni pergi kedai mamak kat area belakang Farenheit 88 tu. Fie suka makan Cheese Naan kat kedai mamak tu tapi malangnya tak habis pun sebab tetiba rasa kenyang plak!~ Makan half je sebab dah tak larat nak habiskan. (Maybe hari ni dah makan banyak sangat kot)


Dari Kedai Mamak ke Rumah Masing-Masing...

Selepas je makan kat kedai mamak tu, kami bergegas ke stesen monorail untuk balik ke rumah. My friend dah risau sebab takut tren takde. So kena lah balik cepat-cepat. Tak kan lah kami nak overnite kat Bukit Bintang tu kan! Masing-masing pun dah penat & fikir nak tidur je bila sampai rumah.

Ok sampai di sini sahaja aktiviti yang Fie nak kongsi untuk kali ini. Hope korang tak bosan lah membacanya ye :)



Saturday, April 2, 2011

Saya nak menang Album DIA... Misha

(Dia... Fie Omar)
.
.
.
Salam & Hey buat semua pembaca blog Fie

.
.
.

(Dia.. Misha Omar)
.
.
.

Entry kali ini nak join contest yang dianjurkan oleh Mr.Qarl. Memandangkan Fie minat dengan Misha Omar jadi tak nak lepaskan peluang untuk join contest ni lah kan! MISHA OMAR tu Y'ALL!!~ Senang je nak join contest ni. Apa yang anda perlu buat hanya lah mengikut apa yang Mr.Qarl suruh yer --> klik sini.

Nak dijadikan cerita.. (cerita katanya kan...) Misha antara artis wanita yang Fie minat selain Dato Siti Nurhaliza. Kemantapan suara Misha memang tiada tandingan. Vocal Misha memang Unik! That's why Misha still bertahan dalam industri ini kan! Setiap kali album Misha keluar pasti tidak akan menghampakan peminat semua. Lagu-lagu dalam album sure BERKUALITI!~ Kualiti lebih penting dari Kuantiti!


Lagu Baru?

Terdapat 3 Lagu Baru dalam album ni iaitu "Berlalu", "Detik Antara Waktu" & "Kerana". Even Fie just dengar preview kat youtube & baca some review from other blogger, Fie tahu lagu-lagu Misha pasti ada KEISTIMEWAAN & KEUNIKAN! Betul tak?


Lagu Paling Digemari / Paling Dilayan ...

Actually banyak lagu-lagu Misha yang Fie suka dengar antaranya adalah Bunga-Bunga Cinta, Dedebu Cinta, Pulangkan, Ku Seru, Tiada Lagi Tangisan dan banyak lagi.

Lagu Favourite yang Fie suka adalah TIADA LAGI TANGISAN!

.
.
.
Why?

First of all because of the lyrics ! Memang sangat sesuai layan lagu ni time down! Lirik lagu ini sangat related dengan my previous relationships (macam banyak plak kan). Lagi-lagi Misha yang nyanyi lagu ini dengan penuh penghayatan! Superb! Lagu ini juga memberi kekuatan pada Fie untuk teruskan kehidupan pada Zaman 3K (Keperitan, Kegelapan dan Kejatuhan) Fie.

Kata-kata positif dalam lirik tu yang sentiasa memberi semangat dan impak dalam hidup Fie masa tu adalah ...

"ketenangan hidup menyinariku
keperitan cinta terlerai sudah
tabah dengan hati luka nan berduri
ku mengenali siapakah diriku
yang sebenarnya"

"Dan kini tertutup jendela harapan ini
kau yang menanti ke pangkuan aku
semua takdir yang telah ku temu
akan ku rela segalanya tanpa mu "

.
.
.

Keunikan Misha terletak pada Vokal & Hairstyle!

Misha Omar merupakan artis wanita yang berani untuk mengayakan pelbagai jenis style rambut! Ada ke artis wanita yang lain yang korang tengok yang selalu tukar-tukar style rambut? Takde kan.. Semua asyik nak panjang menguraikan.. hehe.. Tapi Misha sangat berani bereksperimen dengan pelbagai style rambut.. (Eh ada persamaan plak Fie Omar dengan Misha Omar ni kan.. ) huhu.. Tak kira apa pun style rambut yang Misha buat, Fie memang Tabik lah sebab BERANI kan!~ Misha seorang yang CONFIDENT! Yeay!~ Cool!!~

.
.
.

Lastly meh dengar lagu baru dari Misha Omar. Thanks Qarl for sharing this video on youtube :)



Monday, March 21, 2011

Kembara Tweet II: Puncak Bukit Broga telah kami tawan!

Salam & Hey

20 Mac 2011 bersamaan hari Ahad, Fie dan kengkawan twitter (Faizal, Max, Dan) telah membuat trip ke Bukit Broga kat Semenyih. Actually trip ni dah plan beberapa minggu lepas lagi tetapi memandangkan masing-masing busy dengan kerja masing-masing so semalam baru lah dapat melaksanakan trip ni. :) So malam tu Fie kena lah tidur rumah my friend, sebab nak gerak awal pagi, lagi pun kami nak tengok matahari terbit di puncak Bukit Broga.

Seawal pukul 3 pagi kengkawan Fie dah bangun, tetapi Fie bangun lambat sikit 3.30 pagi baru bangun. Liat nak bangun awal-awal pagi tu. Maklumlah tak CUKUP TIDUR! 3 Jam je kot tidur. Fuhh.. memang mata susah nak buka lah kan! Bangun je terus pergi mandi & bersiap-siap sebab pukul 4.15 pagi my friend Dan akan ambil kitorang. Tepat pukul 4.15 pagi my friend Dan sampai! Wah very punctual person lah dia ni!~huhu.. Dan juga seorang pemandu yang berhemat tau! Nak ke kiri atau ke kanan mesti pasang signal!~ Cayalah Dan! :)

Selepas tu kami ambil seorang lagi member Fie, Max kat area Ampang. Lepas tu baru lah kami gerak ke Bukit Broga. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Broga, Semenyih mengambil masa kurang dari sejam. Kami sampai di perkarangan Bukit Broga dalam pukul 5.25 pagi, keadaan kat sana masih gelap gelita! So Fie nasihatkan kalau nak daki Bukit Broga ni awal-awal pagi ni kena bawa "Torch Light" & paling penting bawa air juga untuk mengelakkan penghidratan!

Kami memulakan pendakian dalam pukul 5.30 pagi, fuh memang agak mencabar juga nak daki Bukit Broga ni. Lagi-lagi macam Fie sebab stamina kurang. Ini semua disebabkan TAK BERSENAM lah ni! hehe. Tapi my friends Max & Dan relax je daki bukit tu! wahh !!~ Fie dah tercugap-cugap & kaki Fie rasa nak TERCABUT kot! :) Faizal lagi lah sampai terbatuk-batuk. (opss) Nak pendek kan cerita kami ada berehat beberapa kali untuk sampai ke puncak Bukit Broga.


Tepat pukul 6.30 pagi kami sampai ke puncak Bukit Broga! Dalam hati berkata "yeah!! akhirnya sampai puncak dah boleh duduk!" hehe. So kami cari tempat untuk duduk & berehat. Sambil menanti matahari terbit kami pun makan roti & biskut yang kami bawa. LAPAR giler kot! Energy dah takde... Bestnya dapat duduk!

Pemandangan kat atas Bukit Broga memang cantik! Lagi-lagi bila dapat tengok matahari terbit di puncak kan. Fuhh indahnya alam ciptaan Allah. Nyaman sungguh udara kat sini. Terasa hilang semua stress yang ada. Sekali sekala dapat lakukan aktiviti macam ni memang best dapat lari sikit dari rutin seharian. Atleast kita dapat membuat kelainan dalam kehidupan kita kan.

I will let the pictures do the talking now... hehe

(Bersiap sedia untuk mendaki Bukit Broga seawal 5.30 pagi!)

(Pemandangan di hentian pertama... rehat sebentar kaki dah lenguh...)

(rehat sekali lagi kat hentian ke-2 plak... kaki ku dah rasa sangat berat!)

(Pendaki-pendaki Bukit Broga. Agak ramai juga lah)

(Snap gambar kat signboard ni penting! Bukti dah sampai puncak! huhu)

(Keindahan Bukit Broga! Amazing kan!!~)

(Muka dah penat ni.. huhu)

(Masa untuk menuruni Bukit Broga. Turun bukit senang je...)

(Air penting ye kalau nak mendaki bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan)


Moral of the story:

1. Bersenam lah selalu - Bersenam dapat meningkatkan stamina & menambah gaya hidup sihat
2. Semangat sepasukan tu penting - Sentiasa tolong-menolong kengkawan semasa pendakian.
3. Time management - Kalau nak tengok matahari terbit tu kena lah pandai-pandai budget masa
4. Makan sikit sebelum mendaki - Makan sikit je untuk bagi tenaga nak daki bukit tu.

Kembara Tweet: 3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011

Salam & Hey

20 Mac 2011 bertempat di Putrajaya berlangsungnya Belon Panas Udara buat kali-3. Sekali lagi berkesempatan untuk pergi ke pesta belon ini. First time pergi tak silap tahun 2009. Kali ini banyak belon yang di bawa oleh negara-negara yang mengambil bahagian seperti Jepun, France, Thailand dan lain-lain lagi.

Fie pergi Putrajaya bersama kengkawan Fie (Dan, Max & Faizal). Actually Dan yang came up with this idea untuk pergi ke Pesta Belon ni. We guys memang excited weekend ni sebab kami dah plan dua trip untuk minggu ni. Sabtu pergi tengok pesta belon & Ahad pula mendaki Bukit Broga (nak tengok sunrise kat puncak Broga) Memang riang gembira lah kan. Akhirnya dapat juga buat aktiviti outdoor setelah sekian lama tak buat. Last time Fie kembara bersama Alam pun tak silap Fie bulan November kat Sandakan, Sabah.

Sebelum nak ke Putrajaya, Kami (Fie, Faizal & Max) berkumpul di LRT Sri Petaling sebab tuan nya kereta (Dan) tunggu kat sana. Lepas tu baru la gerak ke Putrajaya. Masa sampai kat Putrajaya, keadaan cuaca hujan & Fie dah risau sebab kalau hujan belon-belon tak kan dinaikkan tapi alhamdulilah beberapa minit lepas itu hujan berhenti. Orang ramai dah start membanjiri perkarangan tapak fiesta untuk menyaksikan acara perlepasan belon ke udara. So dalam 9-10 buah belon udara panas dinaikkan ke udara. Agak comel belon-belon tahun ni.

Here goes the pictures :(Faizal, Max, Dan & Fie)

Happy nya dapat tengok belon kan...


Belon-belon yang pengunjung boleh naik. Hampeh tiket cepat habis!~

Wednesday, March 16, 2011

Misi Baru. Projek Khas.

(otak tengah berfikir untuk mencari kelainan untuk entri-entri khas. hehe)

Salam & Hey.


Fie akan membuat satu projek khas untuk pengisian blog Fie ini. Fie nak bagi sesuatu yang berinformasi kepada pembaca-pembaca yang sudi singgah blog Fie. Misi kali ni Fie nak lari sikit dari tulis bab-bab kehidupan Fie, Fie nak lebih fokus pada memperkenalkan tokoh-tokoh atau orang-orang yang telah berjaya sama ada di dalam negara atau luar negara. Target Fie 5 orang dulu. Bila sampai target tu baru plan next target plak :) Sekarang ni nak buat research dulu tentang orang-orang ni. Kalau dah ready, Fie akan publish satu persatu entri-entri tersebut ok. Nantikan kemunculan entri-entri tersebut :)

*Terima kasih sebab sudi singgah blog Fie.

Tuesday, March 15, 2011

Lelaki Kacak VS Lelaki Tak Kacak


Lelaki Kacak VS Lelaki Tak Kacak

*Sekadar ingin berkongsi


Kalau lelaki kacak pendiam

Perempuan akan cakap: woow, cool giler…

Kalau lelaki tak kacak pendiam

Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…


Kalau lelaki kacak berbuat jahat

Perempuan akan kata: nobody’s perfect

Kalau lelaki tak kacak berbuat jahat

Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!


Kalau lelaki kacak menolong perempuan yg diganggu

Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!

Kalau lelaki tak kacak menolong perempuan yang diganggu

Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…


Kalau lelaki kacak dapat perempuan cantik

Perempuan akan kata: sepadan sangat…

Kalau lelaki tak kacak dapat perempuan cantik

Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!


Kalau lelaki kacak ditinggal kekasih

Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..

Kalau lelaki tak kacak ditinggal kekasih

Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…


Kalau lelaki kacak penyayang binatang

Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang

Kalau lelaki tak kacak penyayang binatang

Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…


Kalau lelaki kacak bawa BMW

Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam

Kalau lelaki tak kacak bawa BMW

Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…


Kalau lelaki kacak tak mau bergambar

Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar

Kalau lelaki tak kacak tak mau bergambar

Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…


Kalau lelaki kacak menuang air ke gelas perempuan

Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen

Kalau lelaki tak kacak menuang air ke gelas perempuan

Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….


Kalau lelaki kacak bersedih hati

Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on

Kalau lelaki tak kacak bersedih hati

Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


Kesimpulannya... korang pikir lah sendiri... :) Tak kira lelaki ke perempuan mesti pernah dalam situasi ni kan :) Biasalah tu lumrah kehidupan.

*jangan amek serius plak ye. Ni hanya cerita yang takde kaitan dengan sesiapa pun :)