Monday, March 21, 2011
Kembara Tweet: 3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011
20 Mac 2011 bertempat di Putrajaya berlangsungnya Belon Panas Udara buat kali-3. Sekali lagi berkesempatan untuk pergi ke pesta belon ini. First time pergi tak silap tahun 2009. Kali ini banyak belon yang di bawa oleh negara-negara yang mengambil bahagian seperti Jepun, France, Thailand dan lain-lain lagi.
Fie pergi Putrajaya bersama kengkawan Fie (Dan, Max & Faizal). Actually Dan yang came up with this idea untuk pergi ke Pesta Belon ni. We guys memang excited weekend ni sebab kami dah plan dua trip untuk minggu ni. Sabtu pergi tengok pesta belon & Ahad pula mendaki Bukit Broga (nak tengok sunrise kat puncak Broga) Memang riang gembira lah kan. Akhirnya dapat juga buat aktiviti outdoor setelah sekian lama tak buat. Last time Fie kembara bersama Alam pun tak silap Fie bulan November kat Sandakan, Sabah.
Sebelum nak ke Putrajaya, Kami (Fie, Faizal & Max) berkumpul di LRT Sri Petaling sebab tuan nya kereta (Dan) tunggu kat sana. Lepas tu baru la gerak ke Putrajaya. Masa sampai kat Putrajaya, keadaan cuaca hujan & Fie dah risau sebab kalau hujan belon-belon tak kan dinaikkan tapi alhamdulilah beberapa minit lepas itu hujan berhenti. Orang ramai dah start membanjiri perkarangan tapak fiesta untuk menyaksikan acara perlepasan belon ke udara. So dalam 9-10 buah belon udara panas dinaikkan ke udara. Agak comel belon-belon tahun ni.




2 comments:
the balloons sgt cute!!~~
Wah,..,balloonsss...
Post a Comment