Pages

Saturday, November 27, 2010

Kembara Alam

20 November lepas, Pengembaraan Bermula. (Ala-ala Explore Race. huhu)

Fie pergi mengembara ke Sandakan (Mengembara lah sgt kan..haha)
Dalam pukul 6 pagi Fie dah gerak dari rumah menuju ke Terminal 2 Lapangan Terbang KK. Rasa macam dah lewat saja, flight pukul 7 pagi tapi Fie belum check-in lagi. Sampai saja airport terus berlari ke kaunter check-in (macam Amazing Race lah pula! haha) Lepas check-in semua pergi lah balai berlepas, masa untuk naik kapal terbang! Yeppie... Tak sabar nak sampai Sandakan. Penerbangan pergi sana mengambil masa dalam 45 minit kalau tak silap lah. Masa Fie nak flight tu boleh lah pula tersalah seat. hehe. Siap orang tu buat muka pelik lagi. Tapi buat-buat cool saja. hehe. Pindah lah ke seat yang ditetapkan. haha. So dalam flight tu Fie ingat nak membacalah. Punyalah gigih bawa buku "Breaking Dawn", plan nak membaca & habis kan buku tu sebab tinggal beberapa chapter , tapi baru baca 5 muka surat dah rasa mengantuk. huhu. (tak cukup tidur ni)

Sampai lapangan terbang Sandakan dalam pukul 7 lebih, tengok lapangan terbang ni ok sikit dari lapangan terbang Tawau. hehe. Dah sampai dalam tu Fie terus cari Cafe, lapar sangat kot tak makan apa-apa lagi pagi tu. So pergilah breakfast kat cafe sementara my sayang ambil, tunggu dia nak dekat 3 jam juga lah. Tapi ok lah tu, sebab Fie pernah tunggu kat KLIA untuk naik flight balik ke KK selama 27 jam!! (Record tuu.. hehe) masa tu nak balik raya kalau tak silap.

Akhirnya my sayang sampai juga setelah 3 jam kemudian. (dia lewat sebab ada hal)
Lepas saja my sayang sampai, Fie terus cari tempat Fie nak bermalam, yelah tak kan lah nak bermalam di tepi jalan kan. hehe. Lepas dah cari tempat nak stay tu, tanpa membuang masa kami terus drive menuju ke Sepilok (tempat orang utan dijaga). Sampai sana dalam pukul 12pm, sekali sampai rupa2 nya pukul 3pm baru lah buka. Nak tunggu kat sana rasa macam buang masa sebab 3jam lagi baru buka tu, so kami tak nak membuang masa memandangkan hanya 2 hari 1 malam saja kami berada di Sandakan. So kami terus cari taman buaya. Cari lah jalan nak ke taman buaya tu tapi sesat lah pula! haha Yela kami tak pernah sampai Sandakan ni. Buat2 confident saja drive kat sini. Hehe. Bila dah sesat tu tetiba perut dah berkeroncong kelaparan! So singgah lah kat tempat makan ni, De Little Chef.

Fie order Lemon Chicken Rice. Makanan tu nampak je sedap tapi sebenarnya TAK SEDAP LANGSUNG!!! (rank: TAK NAK bagi bintang langsung... kejam tak?)
Tapi apa-apa pun syukur alhamdulilah dapat makan juga kan. ngee ^__^

Jam ditangan menunjukkan pukul 2.30pm masa untuk bergerak ke Sepilok,
nanti terlepas pula nak tengok Orang Utan makan. hehe

Sebelum nak masuk tu kena lah pergi ke daftar diri ke kaunter tiket

Harga tiket rm5/person. Bawa camera pun kena bayar tau. rm10/camera

Perjalanan nak ke lokasi Orang Utan

Gigih betul mat-mat salleh ni nak tengok Orang utan. :) Caya ar!!~

Akhirnya Orang Utan muncul bersama anaknya. Comel kan?

Si Beruk pencuri pisang. Hehe
Kelakar tengok gelagat-gelagat beruk curi pisang Orang Utan ni.
Actually banyak lagi beruk-beruk dekat Orang Utan ni tapi dah kena halau oleh pakcik tu. hehe

Selesai melawat Orang Utan, kami pun menuju ke Sandakan Crocodile Adventure Land. Masa untuk melawat buaya-buaya. Tapi bukan "buaya darat" ok! hehe

Perghhh orang ni berani betul kiss buaya tembaga ni. Dah la besar gedabak!!~

Selain buaya terdapat juga binatang lain kat sini seperti burung unta ni (takut nak gambar dekat-dekat dengan burung ni. hehe), ikan, burung merak, arnab, rusa, kambing, kura-kura dan macam-macam lagi lah. Jemputlah melawat kat sini. Selain tengok binatang-binatang ni, korang boleh juga bagi binatang ni makan. Ada pemilik tempat ni letak makanan kat tepi kandang binatang ni tapi korang kena bayar rm1 bagi setiap makanan tu. Kira berpatutanlah kan. Comelnya binatang-binatang kat sini KECUALI ular sebab Fie geli. hahaha Tapi ada gak rasa nak bergambar dengan ular tu, pakcik tu dah panggil Fie untuk bergambar dengan ular sawa batik tu. Tapi tiada keberanian lah pula. hehe

Berani tak Fie bergambar dengan buaya ni? Siap baring ala-ala Superman lagi ni. haha

Next destination: Agnes Keith house.
Opening hours: 9am-5pm (daily)

Info: Agnes Newton Keith adalah seorang penulis buku yang telah memperkenalkan Sabah sebagai Negeri di Bawah Bayu melalui bukunya bertajuk “Land Below The Wind” atau Negeri di Bawah Bayu. Buku ini telah di tulis oleh beliau semasa beliau tinggal di rumah ini.

Bertapa kejap kat sini. hehe. This house look really creepy!!~
Tak dapat nak masuk kat dalam sebab kami datang lambat.
Dah lepas pukul 5pm pun. So bergambar saja lah kat luar rumah.

Malam nya pula kami singgah makan dessert di 7-Heaven!
Sayang ku nak sangat makan yogurt ice cream. Fie layankan saja lah. hehe

Happy nya budak ni dapat yogurt ice cream dia!!~
Tercapai juga hajat dia nak makan kat sini. huhu

Pengembaraan berakhir pada keesokkan harinya, masa untuk pulang ke KK. Kena drive selama 6 jam perjalanan dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Turun naik bukit. Perhh mencabar sungguh dah lah hujan pula tu. Syukur alhamdulilah pengembaraan kali ini berjalan dengan lancar.

Next trip nak pergi Tip of Borneo kat Kudat!!~