2 April 2011 (Sabtu)Hari ni nak cerita sedikit pasal aktiviti yang Fie buat bersama kawan Fie. Actually hari ni kami plan nak keluar jejalan tapi tak tahu nak pergi mana pun so akhirnya kami decide nak buat kelainan sedikit dari rutin seharian. Macam kalau weekend macam ni selalu nya sure je nak pergi shopping mall bagai kan.. tgk movie.. bla.. bla.. bla.. tapi this time kami round 1 KL dengan hanya berjalan KAKI tau! Eh tapi takde la 100% jalan kaki. 90% Jalan Kaki & 10% tu naik LRT lah. :)
(Ruginya tak bawa camera! haishh!!~)Dari Stesen Pasar Seni ke Central Market...
Fie met up my friend kat
Stesen Pasar Seni around
3.05 PM terlambat 5 min dari masa yang dijanjikan. My Friend dah sampai 10 min lebih awal.
(Sorry yer.. wink*) ... Bermula lah misi pusing 1 KL...
Tempat pertama kami pergi adalah
Central Market, dah lama gile kot tak pergi tempat tu. Dah cantik dah sekarang... ada aircom plak tu! (aircon juga lah kan yang di highlight!) Takde lah rasa panas kan... hehe..
Stuffs kat sana cool lah! Macam nak beli je some stuff kat sana buat letak kat atas meja Fie kat office yang sangat kosong sekarang ni. (Boring desk). Jalan nye jalan ternampak plak one stall ni jual spek. Yes finally dapat jumpa
spek nerd yang Fie dah lama nak beli kat CM ni. So beli lah satu kan! Tak mahal pun... murah je :) Boleh bargain tau kat CM ni!~ Best... Sambil jalan-jalan lagi kami makan ice cream, maklum lah tekak dah rasa nak makan sesuatu yang sejuk2.. :)
nyaman!~
Dari Central Market ke Muzium Tekstil Negara...
After CM kami jalan kaki plak ke
MUZIUM TEKSTIL NEGARA kat Jalan Sultan Hishamuddin
(Dekat dengan Padang Dataran Merdeka). Actually kebetulan je nampak muzium ni masa tengah jalan kaki menuju ke Padang Dataran Merdeka tu, so kami singgah lah. (yela nak buat kelainan katanya)
Quite cool lah this place. Kalau u guys nak tahu tentang perkembangan tekstil kat Malaysia ni boleh lah melawat kat muzium ni. Tempat nya lawa sebab baru renovated & selesa! Macam-macam jenis tekstil terdapat kat sini. Yang paling penting masuk adalah
PERCUMA! So jemput lah datang. Boleh lah dapat
info serba sedikit tentang tekstil.
(berilmiah lah jup, tak kan lah asyik dengan info hiburan je kan...)
(Main Entrance)

(Dalam Muzium)

(Barang perhiasan zaman dulu kala)
Dari Muzium Tekstil Negara ke Jalan Masjid India & Jalan TAR...
Bila dah puas round 1 Muzium Tekstil tu... Kaki tergerak plak nak berjalan ke J
alan Masjid India. Wah cuaca kat KL sangat
PANAS! Berpeluh-peluh masa jalan kaki tapi ok gak keluar peluh kan. Bagus untuk kesihatan badan right? My friend nak pergi this place because dia tak pernah lagi jejalan kat sini. Seperti biasa keadaan kat Jln Masjid India masa weekend ni sure lah SESAK dengan para shopaholic yang gian nak shopping! Nak jalan pun terpaksa
slow motion...
(susahnya nak jalan slow motion sebab Fie selalu jalan laju. huhu) Kami just jejalan je kat sini tak beli apa-apa kecuali
MAKANAN! (we love to eat) Wah! banyaknya makanan kat sini!
HEAVEN!!~ Maklum lah sabtu memang ada banyak gerai-gerai jual pelbagai jenis makanan. Semuanya rasa nak beli je tapi hanya sempat try Crab Stick, Paru-paru dengan kuah kacang & air soya. Perjalanan bermula dari hujung ke hujung. Memang cover seluruh Jln TAR lah.
(Masa kami jejalan kat area jalan TAR tu tetiba Fie terfikir sesuatu why not my friend tu buat business since dia selalu travelling. So Fi suggest dia buat business since dia selalu cakap bila nak kaya kan. Fie pun bleh tolong promote2 barang yang dia nak jual. For me kalau nak kaya kena lah jadi usahawan sebab kalau kerja makan gaji je sure tak dapat pendapatan yang tinggi kan. I want to be a businessman in the future too!~)
Dari Jln TAR & Jln Masjid India ke Sogo...Selepas tu dah jejalan kat Jln TAR tu kami singgah
Sogo jup sebab my friend cari baju konvo dia tapi takde satu pun berkenan. Semua nampak sama & tak menarik. Kat Sogo lagi lah penuh dengan manusia! Ruang legar kat tengah Sogo tu penuh dengan
Pirahna-pirahna (shopaholic) yang sedang memilih stuffs! After round 1 floor sogo tu kami pergi plak singgah
Pertama Kompleks. Takde benda pun kat sini. Penuh dengan kedai-kedai handphones, kedai jahit, kasut dan lain-lain.. Tak best pun... huhu...

(Pirahna yang sedang membeli-belah)
Dari Pertama Kompleks ke Kampung Baru...Misi seterusnya ke
Kampung Baru plak tapi kali ni kami naik
LRT je yer. Sebab agak jauh dari Jln TAR ke Kampung Baru kan. Lagi pun perut dah
lapar. Sampai LRT Kg Baru kami jalan KAKI ke
Kedai makan yang terletak kat area
Pintu Gerbang Kg Baru tu sebab my friend tu suka makan kat sana. Nak makan Ikan Bakar katanya. So pergi lah tempat tu. Fie plak makanan nasi campur je. Ikan Bakar kat sana for me so-so je sebab Fie pernah makan Ikan Bakar yang best lagi kat tempat lain. Actually tempat tu kat Pasar Malam Filipin kat Kota Kinabalu. O.M.G! Sedap ok! Fresh giler semua ikan-ikan kat sana & crispy!~ Sauce pun best!
(Ikan Bakar... So-so je rasanya... huhu)
(Nasi campur lauk Ayam masak merah, Sayur masak lemak & telur masin)
Dari Kampung Baru ke Jalan Chow Kit...Selesai saja makan kami bergerak ke
Jalan Chow Kit, actually tak tahu nak pergi mana so Fie rasa destinasi yang paling dekat dengan Kg Baru masa tu adalah Chow Kit so Fie bawa lah my friend tu jalan kaki ke Chow Kit pula. Lalu lah
Jalan Raja Alang yang penuh dengan
gerai-gerai buah-buahan tu sampai lah ke Chow Kit. My friend tanya Fie "apa yang best kat Chow Kit ni?" (tak tahu nak jawab apa. sebab takde benda pun kat Chow Kit. Maybe barang-barang kat sini murah kot). Agak freaky je rasanya berada kat sana. hehehe. Maybe tak biasa kot kan.. hehe..
Dari Jalan Chow Kit ke Jalan Bukit Bintang...Bila dah tak tahu nak buat apa kat Chow Kit ni akhirnya kami decide pergi ke
Bukit Bintang lah pula. Lagi pun nak masuk pasar malam kat Chow Kit takut! hehe. So
misi seterusnya adalah
mencari Spa! Masa untuk manjakan diri setelah penat berjalan kaki!~ Survey lah tempat2 massage kat area Bukit Bintang tu... Bukan main masuk je tau, yela takut gak kang orang tu buat
"services" lebih-lebih kan susah! Eeee
TAK NAK jadi camtu!~ So kami nampak satu Spa ni, nama tempat tu "
Serai Aromatheraphy Day Spa" kat area BB Plaza. Quite relaxing tempat tu sebab tak ramai orang sangat.
Damai je rasanya tau! Hilang semua stress yang ada! Orang tu massage memang ok. Tapi bila dia dah massage kaki Fie,
OMG sakitnya urat-urat kaki ku!!~ Dah nampak sangat urat-urat tu tengah stress sebab macam rasa keras & kenyal2 tapi bila dah massage jadi lembut lah plak.. terasa ringan kaki ku ini!~ ngee. Next time nak ajak my friend pergi Spa area rumah Fie. Macam best je tempat tu.

(the Spa)
Dari Serai Aromatheraphy Day Spa ke Kedai MAMAK belakang Farenheit 88...Fie terasa lapar plak, so ajak lah my friend ni pergi
kedai mamak kat area belakang Farenheit 88 tu. Fie suka makan
Cheese Naan kat kedai mamak tu tapi malangnya tak habis pun sebab tetiba rasa kenyang plak!~ Makan half je sebab dah tak larat nak habiskan.
(Maybe hari ni dah makan banyak sangat kot)
Dari Kedai Mamak ke Rumah Masing-Masing...Selepas je makan kat kedai mamak tu, kami bergegas ke stesen monorail untuk balik ke rumah. My friend dah risau sebab takut tren takde. So kena lah balik cepat-cepat. Tak kan lah kami nak overnite kat Bukit Bintang tu kan! Masing-masing pun dah penat & fikir nak tidur je bila sampai rumah.
Ok sampai di sini sahaja aktiviti yang Fie nak kongsi untuk kali ini. Hope korang tak bosan lah membacanya ye :)