Pages

Tuesday, August 31, 2010

Rindu

Rindu lah pula aku dengan lippy ku ini. Di manakah lippy ni? (buat-buat tak tahu) hehe. Lama sudah tak jumpa dengan dia ni. Rindu separuh mati ni. Huhu. Tapi sabar saja lah, minggu ni dia balik KK juga. hehe. ngee~ Tak sabar nak jumpa dear. ^__^

Dear... Balik KK nanti apa plan? huhu. Jalan-jalan cari makan lagi kah? Rasa mahu pergi Bazaar dekat Kem Lok Kawi tu lah. Mahu cari makanan-makanan dari semenanjung. Rindu nak makan tomyam, roti boom, nasi kerabu, ayam percik, laksam! Glurpp... hehe.. Oh ya nanti buka puasa dengan kengkawan lippy tu. InsyaAllah fie pergi okie. :-)

Hurm Raya tahun ni tak tahu lagi dapat raya di tawau kah tidak ni. Rindu pula dengan suasana raya sana. huhu. Kalau pergi pun fie dengan mummy saja kali. Tengok lah macam mana kan. Hope dapat beraya sama-sama.

Khas buat lippy ku.


Miss you so much sayang!!!~

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

31 Ogos 2010: Hari ini merupakan hari kemerdekaan buat Malaysia ku yang tercinta buat kali ke-53. Tema untuk tahun ini adalah "1 Malaysia Menjana Transformasi".

Di sini aku nak kongsi serba sedikit informasi berkaitan dengan kemerdekaan Malaysia yang aku tahu. Malaysia mendapat kemerdekaan daripada pihak british sejak tahun 1957. Malaysia diisytihar merdeka pada 31 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka. Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.

Bila tiba Hari Kemerdekaan, kita pasti akan mendengar orang bertanya tentang "Apakah Itu Erti Kemerdekaan". Rakyat Malaysia ada pendapat mereka sendiri. Erti Merdeka asalnya adalah negara bebas dari penjajah luar. Bagi aku erti kemerdekaan adalah kita bebas dari segala perkara-perkara negatif, bebas daripada isu-isu yang boleh mendatangkan porak peranda, bebas dari fikiran yang kolot & terus memperjuangkan kemerdekaan yang kita miliki ini. Tapi persoalannya di sini, Adakah kita mampu untuk mempertahankan & memperjuangkan kemerdekaan negara kita ini? Lagi pun sekarang ini macam-macam kes berlaku. Entah apa silapnya pemikiran segelintir rakyat di negara ini. Sanggup berbunuhan, Sanggup buang bayi, Sanggup buat apa-apa yang kejam untuk dapatkan sesuatu. Hurm. Ok lah aku tak nak bercakap panjang tentang hal itu.

Ok lah sampai di sini sahaja coretan ku untuk kali ini. Sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Merdeka buat teman-teman ku yang berada di seluruh Malaysia dengan pesanan Bersama-sama lah kita mengekalkan kemerdekaan negara kita & diri kita ok.

Monday, August 30, 2010

Guys night out.


Salam semua. Sabtu lepas aku dan kengkawan ku (Ajam, Fedley, Pijie, Leon, Dan, Mat) berbuka puasa kat Upperstar Lintas. Actually memang dah lama planning nak berbuka puasa sama-sama tapi hari tu baru dapat tunaikan sebab sebelum ni masing sibuk & sorang tu di Labuan lagi. SO tunggu team leader turun lah. haha.

So before pergi Upperstar tu aku ambil lah si Leon dulu di Putatan. Perhh jammed nya jalan pergi sana. hehe. Sudah lah aku bawa kereta manual, memang exercise lah kaki ku ni. Silap-silap boleh fit. haha. After ambil Leon then terus pecut ke Lintas. Dorang semua sudah lama sampai kecuali kami dua. hehe. Sampai saja tengok makanan dorang sudah terhidang. Wah nampak sedap semuanya. Yummy!~ Aku order Lamb Chop with Black Pepper Sauce dan Apple juice. Dah lama juga lah tak makan lamb chop. Masa di sana, sempat lagi dorang ni buka fesbuk. Isk isk isk. Ni kali lah, fesbuk di mana-mana. haha. Akhirnya azan berkumandang, semua tak sabar untuk makan. Nampak kelaparan pula dorang ni, macam aku tidak kan. haha. Masa untuk melantak! yummy. hehe. Makan punya makan, masing-masing sudah kekenyangan. hehe. Berehat sekejap before gerak ke destinasi seterusnya.

Destinasi seterusnya adalah Centre Point, tempat biasa dorang ni. hehe. Aku follow saja. Tujuan utama kami pergi ke CP adalah untuk melalak sepuas hati. hahaha. Karaoke time! yehaaaa!!~ Karaoke dalam 2 jam. Nyanyi macam-macam lagu. Lagu jiwang, oldies, rock, raya, sebut saja semua ada. Dorang lah banyak menyanyi aku jadi backup singer saja. haha. Suara dorang ni sedap-sedap macam artis lah kononnya. haha. After habis melalak semua then pergi ke Arcade masa untuk main games. Dorang main lah macam-macam games di sana. Aku follow saja macam biasa. haha. Lepas puas main games, si Piji mahu tengok Vampires Suck! So tengok lah cerita tu dalam pukul 12am. Tengok-tengok si Piji tertidur pula dia dalam cinema. Padahal dia yang beria sangat nak tengok cerita tu. haish. Cakap orang tapi aku sendiri terlelap juga sekejap. haha.~ Cerita tu memang lah kelakar tapi not my taste. Haha. Destinasi seterusnya pergi ke Harbour City pergi minum-minum. Sahur sekali lah tu. Aku pun malas mahu bangun sahur. Mana tak nya dah pukul 2 lebih kot baru balik. hehe.

Happy dapat keluar dengan kengkawan semua. Love ya guys. Nanti lepak-lepak lagi kalau korang tak busy lah. ^__^V Papai.

Kerjaya.

Hi semua. Rasa dah lama tak menulis bloggie ku ini kan. hehe. Memandangkan hari ni ada mood untuk menulis bloggie ni. Aku nak share sedikit pasal my kerjaya. hehe.

Mesti korang ingat lagi kan yang aku pernah cerita kat korang semua pasal job interview yang aku pergi tu. Kalau tak ingat pandai-pandai lah cari entry yang lama tu ok. haha Tak pun klik saja sini ok. Yup i got the job! Yeay! Finally dapat juga job after 3 bulan menganggur. Takde lah lama sangat kan tu. hehe. 2 minggu after the interview aku kena call orang dari SKMM yang memberitahu aku yang aku berjaya dapat job tu. Bestnya! hehe. Interview yang pertama kat KK then dapat terus job tu. Second interview tu aku tak tahu lah resultnya. Maybe tak dapat lah tu kan sebab dorang tak call kan. hehe.
16-18 Ogos tu aku menjalani kursus. Di sana dorang bagi lah ceramah pasal job aku tu. Oh ya lupa pula nak bagi tahu kan apa job yang aku dapat ni. hehe. Job yang aku dapat tu adalah Fasilitator Schoolnet. Contract sampai hujung tahun saja lah. Kalau ada rezeki, insyaAllah next year sambung lagi contract tu. Doa-doakan lah ok. Amin...

19 Ogos tarikh keramat aku melapor diri di SM Teknik Likas. Awal plak aku sampai sekolah tu. Bukan semangat ok tapi aku hantar adik aku pergi sekolah dulu then direct la terus ke sana. Hahaha. Nervous juga lah nak lapor diri tu. Takut pengetua dia garang. Tapi syukur, Pengetua dia sangat best buat setakat ini. hehe. Alhamdulilah, pengetua ambil berat juga pasal aku. hehe. Tanya aku dah ada bilik sendiri kah belum, tanya khabar aku, tanya aku ok kah kerja di sana. hehe. Kakitangan di sini pun best. Peramah dengan aku. Aku sampai saja di Pejabat Am tu. Ada kakak ni tegur aku & suka mengusik aku. hahaha. Kakak tu memang best. Suara kalau bercakap macam tertelan mic saja. Kuat betul suara dia, satu pejabat boleh dengar. haha. Sorry kak. hehe. So hari tu aku just stay di Pejabat Am borak-borak dengan staff di sana. Macam biasa lah orang baru kan. So sesi kenal mengenal lah.

Second day baru lah aku gerak ke Library tempat aku bertugas. Actually bukan lah jaga library tu. Just aku memang stay sana saja lah. Menjaga Pusat Akses yang terletak di dalam library. Not bad juga library SM Teknik ni. Besar lah juga. Sampai di library kenal-kenal lah pula dengan guru-guru yang memang jaga library tu, Kak Sabariah, Puan Chew & Cikgu Lize. hehe. Dorang memang baik dengan aku. Prihatin sangat-sangat. Siap bagi aku bilik lagi untuk jadi pejabat ku. hehe. Actually bilik aku tu dulu stor so memandangkan aku masuk so cikgu-cikgu arahkan pelajar di sana angkut semua barang yang ada dalam stor tu pindah ke stor yang lain. hehe. Banyak betul barang khazanah dalam bilik tu. haha. Kesian plak aku tengok pelajar-pelajar tu angkat barang-barang tu. haha. Aku nak tolong tapi cikgu-cikgu tak bagi, dorang cakap biar lah pelajar-pelajar tu buat. Kau diam-diam saja sana. Hahaha. Lepas selesai barang-barang diangkut, masa untuk membersihkanlah pula. Tapi sekali lagi aku tak perlu buat apa-apa. Cikgu tu suruh kakak-kakak cleaner je yang buat. hahaha. Memang dijaga rapi aku ni. Untungnya kerja kat sini. hahaha.

Oh ya siapa yang tak tahu apa skop kerja Fasilitator Schoolnet ni, aku boleh lah kongsi serba sedikit pasal kerja aku ni kan. Actually kerja aku di SM Teknik ni, aku kena handles 4 buah tempat iaitu Pusat Akses, Makmal Komputer PPN, Makmal Komputer Autocad & Makmal Pengurusan. Selain tu aku kena lah check PCs yang ada, check line internet, buat latihan in-house & terlibat dalam aktiviti/program yang berkaitan dengan ICT. So setakat ni kerja aku so far so good. Takde stress sangat pun, malah terhibur melihat gelagat pelajar-pelajar di sekolah tu. Ada cakap aku ni macam korean boy lah. Ada cakap rambut aku ni emo style lah. Apa-apa saja lah janji kamu gembira. hahaha. Wah panjang pula rambut ku dari cikgu-cikgu laki di sana. Sebab di sana semua skema-skema. Aku biarkan saja rambut ku begini lagi pun pengetua tak tegur apa-apa pun. hahaha. Dia just tegur aku suruh pakai name tag. haha

Sekarang ni aku nak kongsi sedikit gambar-gambar environment tempat kerja ku. hehe.

Kawasan sekolah. Ini blok Pusat Sumber


Pusat Akses yang terletak dalam Pusat Sumber


Pusat Sumber SM Teknik


Kaunter Pusat Sumber tempat aku lepak & tengok gelagat pelajar. Hehehe


Bilik ku yang telah dibersihkan. Terima kasih kepada students & cleaners. ^^


Meja ku yang kosong lagi. hehe.


Makmal PPN.






Monday, August 16, 2010

David Choi - That Girl

i love this song so badly!!!~
Entah dah berapa kali aku dengar dalam satu hari. hehe

Before Kursus.


Hi my little bloggie.

Wah rasanya lama aku tak mengarang di sini kan. Ya kah? huhu. Rindu lah kamu my little bloggie.

Hari ni start dah kursus ku selama 3 hari. So tadi bangun lah awal sebab nak sahur sekali kan. Lepas sahur baru lah packing baju-baju. Bawa saja baju, mana tahu kena suruh stay sana kan.

Yeayyyyyyyy!! Akhirnya bekerja juga aku setelah 3 bulan lebih menganggur sejak aku resign my previous job. Bosan lah asyik duduk rumah saja. Atleast now aku ada kerja & kawan-kawan. Alhamdulilah... Hopefully kerja baru ni ok lah. Boleh lah cuci-cuci mata. haha. Ok lah aku just nak update sikit saja hari ni.

Thursday, August 12, 2010

Yusuf Taiyoob (Kurma) dan Keluarga Yosop (Hai-Ooo) itu berbeda.

Entry kali ini dipetik dalam sebuah blog. Aku just nak kongsi apa aku baca ni. Kelakar giler!~

(Nota: Intonasi sebutan bagi setiap frasa 'Yusuf Taiyobb' perlulah dikekalkan seperti iklan di corong - corong radio ataupun di kaca TV)


Di suatu malam. Keheningan. Gundah. Gulana.

Chezzo sopan duduk bersimpuh sambil menikmati nasi lemak berpaukkan sotong. Dari meja study, aku memandang. Sedap sungguh sambal sotong, apatah lagi dilayan bersama La dolthe a'mira.

Pandangan khusyukku pada rancangan kegilaan VWM tertanam ke kaca TV. Chezzo pun turut khayal bersama. Tidak sedari tertumbuh janggut di sotong santapannya.


Selang beberapa detik


Aku : Cis, bedebah sungguh iklan ini. Membazir waktu sahaja melayannya.

Chezzo : Ya, sungguh.

TV : (suara berbisik)
'Yusuf Taiyoob.....'

Chezzo : (mengulang suara TV)
' Yusuf Taiyoob....'

Aku : Chezzo, cuba kau bayangkan, bagaimana perasaan anak dara si
Yusuf Taiyoob di hari pernikahannya?

Chezzo : (Bertutur sambil membayangkan dirinya menjadi kadi yang berambut perang memakai boxer)

Aku nikahkan dikau si polan bin si polan dengan Norhayati (meminjam nama anak Keluarga Yosop Hai OO) binti
'Yusuf Taiyoob' (nada berbisik) dengan mas kahwinnya sekian sekian, tunai....(seraya ketawa)

Aku: (ketawa biasa sahaja)..hoho.

Chezzo : Aku, itu ok lagi. Cuba kau rasa, apa perasaan si anak bongsu
'Yusuf Taiyoob' di kelas 1 Kurma , sekolah rendah kebangsaan? Tak ke jadi bahan.

Aku: Ye tak ye jugak. Senang gile nak kutuk.
'Yusuf Taiyoobbbbbbb....(hukum ikhlab di emphasizekan, seraya ketawa, masih biasa).

Wednesday, August 11, 2010

Yoon Suh Oppa the blogger.

Entry kali ini nak memperkenalkan kawan fb aku seorang ni Yoon Suh Oppa. Dia merupakan salah seorang penulis blog muda yang amat berbakat. hehe... Yoon aku promote ko nye blog ni.. Jangan lupa habuan ar.. So kepada sesiapa nak baca blog dia boleh lah layari blog dia dengan hanya klik di sini <--------!!~ ^____^ Blog dia ni ada macam-macam cerita!!~

Tak rugi baca blog dia. Bagi aku sangat besh!! Aku pun nak tulis blog macam tu lah! hehe..
Ohhh Yoon Suh Oppa kau lah sumber inspirasi aku menulis blog pelbagai info.. hahaha...




Tekken the movie.


Hari tu aku tengok Tekken: The King of Iron Fist Tournament bersama kengkawan ku di CP. Yup cerita ini diadaptasi dari game. Aku memang suka main game Tekken ni sejak kecil lagi tapi tidak lah sefanatik mana pun. hehe. Sebenarnya aku tak menetap harapan yang tinggi untuk filem ni sebab bila aku tengok trailer cerita ni di youtube bagi aku cerita ni membosankan, sama seperti cerita Dragon Ball tu. Filem Dragon Ball memang sangat-sangat menghampakan! Hampeh!~


Berbalik kepada cerita Tekken ni, cerita ini diarahkan oleh Dwight Little dan dibintangi barisan pelakon seperti John Foo (Jin Kazama), Kelly Overton (Christie Montiero) dan ramai lagi tapi dua orang ni saja yang hot TERUTAMANYA CHRISTIE!!. haha. Filem ini menceritakan bagaimana Jin memasuki Iron Fist tournament. Jin masuk tournament ini disebabkan untuk membalas dendam terhadap kematian ibunya. Jin menyangka Cary-Hiroyuki Tagawa yang membunuh ibunya. Disini lah bermulanya Jin memasuki tournament itu sebagai "The People's Choice" setelah mengalahkan Marshall Law di Anvil tournament.

Semasa berada di Tekken City, Jin Kazama tertarik dengan kecantikan Christie Montiero [bukan Jin sahaja, aku pun teruja melihatnya! kenapa terkesima? tengoklah cerita ni ok.. haha] Bermula detik perkenalan Jin & Christie, keadaaan semakin hangat.. fuhh...hehe.. Selain plot mereka berdua ni, ada yang plot yang best untuk disaksikan seperti perlawanan dalam Iron Fist tu. Memang best!!!~ Jin Kazama layak kepusingan akhir [biasalah hero kan. tak kan pula semi-final dah kalah.. nanti cerita tak best la kan. haha..] Pasal perlawanan tu aku tak nak cerita, korang tengok lah sendiri ok. Nanti cerita lebih-lebih tak best pula korang tengok filem tu sebab dah tahu cerita kan. hehe. Pengakhiran cerita tu sangat lah menghampakan. Tetiba cerita tu habis tanpa motif. haha..

Setakat ini sahaja lah ulasan aku tentang filem ini. Ini hanya pandangan aku tentang filem ni. Pandangan korang aku tak tahu lah. hehe

Monday, August 9, 2010

Jejalan. 8 Ogos 2010.

Assalamualaikum.

Aku keluar jalan-jalan bersama kawan-kawan baru ku Ajam, Fedley, Piji, Ryan & Danzo.
Terhibur rasanya keluar dengan mereka ni. hehe ^______^

1pm-6pm
Agenda pertama kami adalah pergi ke 1 Borneo sebab di sana ada PC Fair. Ajam & Fedley ambil aku di rumah . Lagi pun aku malas mahu drive hari ni. haha. Thanks Ajam susah-susah ambil aku. haha.

Lepas ambil saja aku, kami terus menuju ke 1 Borneo. Ryan, Danzo & Piji tunggu kami di 1 Borneo. Sampai sana dalam pukul 1.45pm. Ramai gila orang di sana, maklum lah ada PC Fair. Destinasi pertama kami pergi adalah Apple Cafe sebab masing-masing kelaparan. Haha. Belum makan tengahari lagi kan. Lepas makan baru la kami pergi ke dewan PC Fair tu. Ramai juga lah orang di dalam tu. Suasana PC Fair di KK & KL agak berbeza. Kalau di KL macam-macam jenis peralatan elektronik ada & semuanya nampak menarik tapi di KK agak sederhana sahaja. Tiada yang menarik sangat lah. Aku hanya tertarik pada lappy Sony Vaio tu saja. hehe.

Selesai saja melawat PC Fair tu kami ke Jukebox (karaoke) sebab tidak tahu mahu buat apa lagi kan. Nak main bowling, kawan ku (Danzo) seorang tu pergi hantar adik dia dulu. Jadi kena lah tunggu dia dulu sebab bak kata mereka dia ni PRO main bowling. haha. Kami berhibur lah di Jukebox selama sejam. Masa untuk mendengar suara-suara merdu mereka (Ajam, Fedley & Piji) haha. Aku nyanyi sikit saja. haha Maklum la suara macam katak. hahaha!!~

Lepas karaoke kami menuju ke tempat main game, si Piji mahu main game "Dance Dance Revolution". Mahu menari kunuk. hahaha. Berpeluh si kawan main game tu. haha. Aku tak main sebab tidak pandai. Susah OooH... Di sana sempat lah juga kami bergambar. haha. Aku punya idea lah tu mahu bergambar. hehe. Bila lagi kan, lagi pun lama sudah tak bergambar-gambar ni. Jam sudah dekat pukul 6pm si Danzo belum sampai-sampai lagi. Jadi kami ambil keputusan untuk balik rumah dulu lah nanti malam baru keluar balik.


8pm - 2.45am
Dalam pukul 8pm sekali lagi Ajam ambil aku. Kesian pula dia kena ambil aku di rumah tapi bila lagi kan nak menyusahkan dia. haha. Gurau saja ar Ajam. Rilek kau sana. Destinasi seterusnya pergi ke Tg. Aru Plaza food court. Lepak-lepak di sana dulu sebelum pergi ke Centre Point. Perut perlu diisi dulu ni. Aku makan nasi daging halia & minum kicai ping. Lama juga lah lepak sana sampai pukul 10 lebih tak silap aku.

10.45 pm
Bowling Centre Point!! Kami datang!! hehe...
Aku, Ajam, Piji & Danzo main bowling 2 games. Wah lama rasanya tak main bowling. Dah berkurun rasanya. hehe. Best betul main bowling sama mereka ni meriah sungguh. Terutama si Piji bersemangat sangat bersorak. hahaha!! Piji ko memang terbaik lah bab-bab sorak ni. Suara kau satu tempat bowling tu boleh dengar. wakakaka!!~

Keputusan:
Game pertama: No.1-Danzo, No.2-Aku, No.3-Ajam & No.4-Piji
Game kedua: No.1-Danzo (Pro kan), No.2-Aku, No.3 Piji & No.4-Ajam (kesian si kawan sakit-sakit badan dia) hehe

11.55pm-1.25am
Kami menonton wayang cerita Tekken. Ulasan pasal Tekken nanti aku buat dalam entry seterusnya ok. hehe. Yang penting Christie Monteiro SANGAT HOT!!!!~ yummy.. hahaha.

1.35am-245am
Lepak minum-minum di Harbour City. Dalam pukul 2.45 masa untuk balik, semua sudah nampak keletihan & mengantuk. haha.~

3am
(=___=) ZzzzZzzzZzzzz


Saturday, August 7, 2010

Happy Birthday to both of u.


Happy! Happy! Happy! Happy! Happy! Happy!
Happy! Happy! Happy! Happy! Happy! Happy!
Happy! Happy! Happy! Happy! Happy! Happy!
Happy! Happy! Happy! Happy! Happy! Happy!
Happy! Happy! Happy! Happy Birthday to you guys!

Smiles and laughter, joy and cheer
New happiness that stays throughout the year
Hope your birthday brings
you an extra share of all that makes you happiest

David Archuleta - Something 'Bout Love

Yeay!! David Archuleta is back with new song!! I love it!!~