Pages

Monday, August 30, 2010

Guys night out.


Salam semua. Sabtu lepas aku dan kengkawan ku (Ajam, Fedley, Pijie, Leon, Dan, Mat) berbuka puasa kat Upperstar Lintas. Actually memang dah lama planning nak berbuka puasa sama-sama tapi hari tu baru dapat tunaikan sebab sebelum ni masing sibuk & sorang tu di Labuan lagi. SO tunggu team leader turun lah. haha.

So before pergi Upperstar tu aku ambil lah si Leon dulu di Putatan. Perhh jammed nya jalan pergi sana. hehe. Sudah lah aku bawa kereta manual, memang exercise lah kaki ku ni. Silap-silap boleh fit. haha. After ambil Leon then terus pecut ke Lintas. Dorang semua sudah lama sampai kecuali kami dua. hehe. Sampai saja tengok makanan dorang sudah terhidang. Wah nampak sedap semuanya. Yummy!~ Aku order Lamb Chop with Black Pepper Sauce dan Apple juice. Dah lama juga lah tak makan lamb chop. Masa di sana, sempat lagi dorang ni buka fesbuk. Isk isk isk. Ni kali lah, fesbuk di mana-mana. haha. Akhirnya azan berkumandang, semua tak sabar untuk makan. Nampak kelaparan pula dorang ni, macam aku tidak kan. haha. Masa untuk melantak! yummy. hehe. Makan punya makan, masing-masing sudah kekenyangan. hehe. Berehat sekejap before gerak ke destinasi seterusnya.

Destinasi seterusnya adalah Centre Point, tempat biasa dorang ni. hehe. Aku follow saja. Tujuan utama kami pergi ke CP adalah untuk melalak sepuas hati. hahaha. Karaoke time! yehaaaa!!~ Karaoke dalam 2 jam. Nyanyi macam-macam lagu. Lagu jiwang, oldies, rock, raya, sebut saja semua ada. Dorang lah banyak menyanyi aku jadi backup singer saja. haha. Suara dorang ni sedap-sedap macam artis lah kononnya. haha. After habis melalak semua then pergi ke Arcade masa untuk main games. Dorang main lah macam-macam games di sana. Aku follow saja macam biasa. haha. Lepas puas main games, si Piji mahu tengok Vampires Suck! So tengok lah cerita tu dalam pukul 12am. Tengok-tengok si Piji tertidur pula dia dalam cinema. Padahal dia yang beria sangat nak tengok cerita tu. haish. Cakap orang tapi aku sendiri terlelap juga sekejap. haha.~ Cerita tu memang lah kelakar tapi not my taste. Haha. Destinasi seterusnya pergi ke Harbour City pergi minum-minum. Sahur sekali lah tu. Aku pun malas mahu bangun sahur. Mana tak nya dah pukul 2 lebih kot baru balik. hehe.

Happy dapat keluar dengan kengkawan semua. Love ya guys. Nanti lepak-lepak lagi kalau korang tak busy lah. ^__^V Papai.

0 comments: