
31 Ogos 2010: Hari ini merupakan hari kemerdekaan buat Malaysia ku yang tercinta buat kali ke-53. Tema untuk tahun ini adalah "1 Malaysia Menjana Transformasi".
Di sini aku nak kongsi serba sedikit informasi berkaitan dengan kemerdekaan Malaysia yang aku tahu. Malaysia mendapat kemerdekaan daripada pihak british sejak tahun 1957. Malaysia diisytihar merdeka pada 31 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka. Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.
Bila tiba Hari Kemerdekaan, kita pasti akan mendengar orang bertanya tentang "Apakah Itu Erti Kemerdekaan". Rakyat Malaysia ada pendapat mereka sendiri. Erti Merdeka asalnya adalah negara bebas dari penjajah luar. Bagi aku erti kemerdekaan adalah kita bebas dari segala perkara-perkara negatif, bebas daripada isu-isu yang boleh mendatangkan porak peranda, bebas dari fikiran yang kolot & terus memperjuangkan kemerdekaan yang kita miliki ini. Tapi persoalannya di sini, Adakah kita mampu untuk mempertahankan & memperjuangkan kemerdekaan negara kita ini? Lagi pun sekarang ini macam-macam kes berlaku. Entah apa silapnya pemikiran segelintir rakyat di negara ini. Sanggup berbunuhan, Sanggup buang bayi, Sanggup buat apa-apa yang kejam untuk dapatkan sesuatu. Hurm. Ok lah aku tak nak bercakap panjang tentang hal itu.
Ok lah sampai di sini sahaja coretan ku untuk kali ini. Sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Merdeka buat teman-teman ku yang berada di seluruh Malaysia dengan pesanan Bersama-sama lah kita mengekalkan kemerdekaan negara kita & diri kita ok.
0 comments:
Post a Comment