Pages

Wednesday, August 11, 2010

Tekken the movie.


Hari tu aku tengok Tekken: The King of Iron Fist Tournament bersama kengkawan ku di CP. Yup cerita ini diadaptasi dari game. Aku memang suka main game Tekken ni sejak kecil lagi tapi tidak lah sefanatik mana pun. hehe. Sebenarnya aku tak menetap harapan yang tinggi untuk filem ni sebab bila aku tengok trailer cerita ni di youtube bagi aku cerita ni membosankan, sama seperti cerita Dragon Ball tu. Filem Dragon Ball memang sangat-sangat menghampakan! Hampeh!~


Berbalik kepada cerita Tekken ni, cerita ini diarahkan oleh Dwight Little dan dibintangi barisan pelakon seperti John Foo (Jin Kazama), Kelly Overton (Christie Montiero) dan ramai lagi tapi dua orang ni saja yang hot TERUTAMANYA CHRISTIE!!. haha. Filem ini menceritakan bagaimana Jin memasuki Iron Fist tournament. Jin masuk tournament ini disebabkan untuk membalas dendam terhadap kematian ibunya. Jin menyangka Cary-Hiroyuki Tagawa yang membunuh ibunya. Disini lah bermulanya Jin memasuki tournament itu sebagai "The People's Choice" setelah mengalahkan Marshall Law di Anvil tournament.

Semasa berada di Tekken City, Jin Kazama tertarik dengan kecantikan Christie Montiero [bukan Jin sahaja, aku pun teruja melihatnya! kenapa terkesima? tengoklah cerita ni ok.. haha] Bermula detik perkenalan Jin & Christie, keadaaan semakin hangat.. fuhh...hehe.. Selain plot mereka berdua ni, ada yang plot yang best untuk disaksikan seperti perlawanan dalam Iron Fist tu. Memang best!!!~ Jin Kazama layak kepusingan akhir [biasalah hero kan. tak kan pula semi-final dah kalah.. nanti cerita tak best la kan. haha..] Pasal perlawanan tu aku tak nak cerita, korang tengok lah sendiri ok. Nanti cerita lebih-lebih tak best pula korang tengok filem tu sebab dah tahu cerita kan. hehe. Pengakhiran cerita tu sangat lah menghampakan. Tetiba cerita tu habis tanpa motif. haha..

Setakat ini sahaja lah ulasan aku tentang filem ini. Ini hanya pandangan aku tentang filem ni. Pandangan korang aku tak tahu lah. hehe

0 comments: