Assalamualaikum.
Aku keluar jalan-jalan bersama kawan-kawan baru ku Ajam, Fedley, Piji, Ryan & Danzo.
Terhibur rasanya keluar dengan mereka ni. hehe ^______^
1pm-6pm
Agenda pertama kami adalah pergi ke 1 Borneo sebab di sana ada PC Fair. Ajam & Fedley ambil aku di rumah . Lagi pun aku malas mahu drive hari ni. haha. Thanks Ajam susah-susah ambil aku. haha.
Lepas ambil saja aku, kami terus menuju ke 1 Borneo. Ryan, Danzo & Piji tunggu kami di 1 Borneo. Sampai sana dalam pukul 1.45pm. Ramai gila orang di sana, maklum lah ada PC Fair. Destinasi pertama kami pergi adalah Apple Cafe sebab masing-masing kelaparan. Haha. Belum makan tengahari lagi kan. Lepas makan baru la kami pergi ke dewan PC Fair tu. Ramai juga lah orang di dalam tu. Suasana PC Fair di KK & KL agak berbeza. Kalau di KL macam-macam jenis peralatan elektronik ada & semuanya nampak menarik tapi di KK agak sederhana sahaja. Tiada yang menarik sangat lah. Aku hanya tertarik pada lappy Sony Vaio tu saja. hehe.
Selesai saja melawat PC Fair tu kami ke Jukebox (karaoke) sebab tidak tahu mahu buat apa lagi kan. Nak main bowling, kawan ku (Danzo) seorang tu pergi hantar adik dia dulu. Jadi kena lah tunggu dia dulu sebab bak kata mereka dia ni PRO main bowling. haha. Kami berhibur lah di Jukebox selama sejam. Masa untuk mendengar suara-suara merdu mereka (Ajam, Fedley & Piji) haha. Aku nyanyi sikit saja. haha Maklum la suara macam katak. hahaha!!~
Lepas karaoke kami menuju ke tempat main game, si Piji mahu main game "Dance Dance Revolution". Mahu menari kunuk. hahaha. Berpeluh si kawan main game tu. haha. Aku tak main sebab tidak pandai. Susah OooH... Di sana sempat lah juga kami bergambar. haha. Aku punya idea lah tu mahu bergambar. hehe. Bila lagi kan, lagi pun lama sudah tak bergambar-gambar ni. Jam sudah dekat pukul 6pm si Danzo belum sampai-sampai lagi. Jadi kami ambil keputusan untuk balik rumah dulu lah nanti malam baru keluar balik.


8pm - 2.45am
Dalam pukul 8pm sekali lagi Ajam ambil aku. Kesian pula dia kena ambil aku di rumah tapi bila lagi kan nak menyusahkan dia. haha. Gurau saja ar Ajam. Rilek kau sana. Destinasi seterusnya pergi ke Tg. Aru Plaza food court. Lepak-lepak di sana dulu sebelum pergi ke Centre Point. Perut perlu diisi dulu ni. Aku makan nasi daging halia & minum kicai ping. Lama juga lah lepak sana sampai pukul 10 lebih tak silap aku.
10.45 pm
Bowling Centre Point!! Kami datang!! hehe...
Aku, Ajam, Piji & Danzo main bowling 2 games. Wah lama rasanya tak main bowling. Dah berkurun rasanya. hehe. Best betul main bowling sama mereka ni meriah sungguh. Terutama si Piji bersemangat sangat bersorak. hahaha!! Piji ko memang terbaik lah bab-bab sorak ni. Suara kau satu tempat bowling tu boleh dengar. wakakaka!!~
Keputusan:
Game pertama: No.1-Danzo, No.2-Aku, No.3-Ajam & No.4-Piji
Game kedua: No.1-Danzo (Pro kan), No.2-Aku, No.3 Piji & No.4-Ajam (kesian si kawan sakit-sakit badan dia) hehe
11.55pm-1.25am
Kami menonton wayang cerita Tekken. Ulasan pasal Tekken nanti aku buat dalam entry seterusnya ok. hehe. Yang penting Christie Monteiro SANGAT HOT!!!!~ yummy.. hahaha.
1.35am-245am
Lepak minum-minum di Harbour City. Dalam pukul 2.45 masa untuk balik, semua sudah nampak keletihan & mengantuk. haha.~
3am
(=___=) ZzzzZzzzZzzzz
0 comments:
Post a Comment