Pages

Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Contest : K.A.M.I. F.O.T.O.G.E.N.I.K

Salam & Hey Semua!!~
.
.
.
Kali ini Fie nak join contest yang dianjurkan oleh Mr. Vampire!
Thanks to Mr. Adie sebab tagged me :)
.
.
.
.
.
.
Sekarang disertakan 3 Gambar Fotogenik a.k.a Photogedik Fie
.
.
.
(Gambar perseorangan: Gambar ini diambil semasa trip ke Sandakan, Sabah)
.
.
.
(Gambar Duo: Bersama Sesorang)
.
.
.
(Gambar Beramai-ramai: Gambar bersama kengkawan baik kat Melaka)
.
.
.
Slogan....

"kami rasa kami patut menang contest ini kerana kami photo gedik, kami tak segan bergambar depan public, kami gembira dapat tengok kamera,kami memang GILE KAMERA dan YANG PALING penting KAMERA sayang KAMI!~
"
.
.
.
5 Blogger tersohor Malaysia!~
  1. Fanzi Ruji
  2. Ahmad Fauzi Aryaan
  3. Mra Mastura
  4. Nabil Aizat Abdul Rahman
  5. SyedGraphiX
.
.
.
Sekian Terima Kasih
.
.
.
Daripada: Saya Pencinta Kamera :)

Saturday, April 2, 2011

Saya nak menang Album DIA... Misha

(Dia... Fie Omar)
.
.
.
Salam & Hey buat semua pembaca blog Fie

.
.
.

(Dia.. Misha Omar)
.
.
.

Entry kali ini nak join contest yang dianjurkan oleh Mr.Qarl. Memandangkan Fie minat dengan Misha Omar jadi tak nak lepaskan peluang untuk join contest ni lah kan! MISHA OMAR tu Y'ALL!!~ Senang je nak join contest ni. Apa yang anda perlu buat hanya lah mengikut apa yang Mr.Qarl suruh yer --> klik sini.

Nak dijadikan cerita.. (cerita katanya kan...) Misha antara artis wanita yang Fie minat selain Dato Siti Nurhaliza. Kemantapan suara Misha memang tiada tandingan. Vocal Misha memang Unik! That's why Misha still bertahan dalam industri ini kan! Setiap kali album Misha keluar pasti tidak akan menghampakan peminat semua. Lagu-lagu dalam album sure BERKUALITI!~ Kualiti lebih penting dari Kuantiti!


Lagu Baru?

Terdapat 3 Lagu Baru dalam album ni iaitu "Berlalu", "Detik Antara Waktu" & "Kerana". Even Fie just dengar preview kat youtube & baca some review from other blogger, Fie tahu lagu-lagu Misha pasti ada KEISTIMEWAAN & KEUNIKAN! Betul tak?


Lagu Paling Digemari / Paling Dilayan ...

Actually banyak lagu-lagu Misha yang Fie suka dengar antaranya adalah Bunga-Bunga Cinta, Dedebu Cinta, Pulangkan, Ku Seru, Tiada Lagi Tangisan dan banyak lagi.

Lagu Favourite yang Fie suka adalah TIADA LAGI TANGISAN!

.
.
.
Why?

First of all because of the lyrics ! Memang sangat sesuai layan lagu ni time down! Lirik lagu ini sangat related dengan my previous relationships (macam banyak plak kan). Lagi-lagi Misha yang nyanyi lagu ini dengan penuh penghayatan! Superb! Lagu ini juga memberi kekuatan pada Fie untuk teruskan kehidupan pada Zaman 3K (Keperitan, Kegelapan dan Kejatuhan) Fie.

Kata-kata positif dalam lirik tu yang sentiasa memberi semangat dan impak dalam hidup Fie masa tu adalah ...

"ketenangan hidup menyinariku
keperitan cinta terlerai sudah
tabah dengan hati luka nan berduri
ku mengenali siapakah diriku
yang sebenarnya"

"Dan kini tertutup jendela harapan ini
kau yang menanti ke pangkuan aku
semua takdir yang telah ku temu
akan ku rela segalanya tanpa mu "

.
.
.

Keunikan Misha terletak pada Vokal & Hairstyle!

Misha Omar merupakan artis wanita yang berani untuk mengayakan pelbagai jenis style rambut! Ada ke artis wanita yang lain yang korang tengok yang selalu tukar-tukar style rambut? Takde kan.. Semua asyik nak panjang menguraikan.. hehe.. Tapi Misha sangat berani bereksperimen dengan pelbagai style rambut.. (Eh ada persamaan plak Fie Omar dengan Misha Omar ni kan.. ) huhu.. Tak kira apa pun style rambut yang Misha buat, Fie memang Tabik lah sebab BERANI kan!~ Misha seorang yang CONFIDENT! Yeay!~ Cool!!~

.
.
.

Lastly meh dengar lagu baru dari Misha Omar. Thanks Qarl for sharing this video on youtube :)



Sunday, February 13, 2011

contest Ada | Apa | Dengan | Cinta ?

Assalamualaikum & Hey.

Fie join contest lagi untuk februari ini. Kali ini contest dari my fav blogger Qarl! Tak nak tulis panjang lebar entri kali ini. Lagi pun syarat contest tu tak perlu buat karangan. huhu. Cukup lah Fie letak gambar kat bawah ini sebagai pertaruhan untuk contest kali ini. :)

(P/s: Click picture to enlarge. Love is Cinta)

Seperti biasa Fie akan tagged my fav bloggers yang rajin update blog tu!

1. Fanzi Ruji
2. Daniel Adie
3. Ahmad Fauzi Aryaan
4. Fiq Fikri
5. Hizami Rahim
6. Syafiq Statichot
7. Wan Fuuyoo

terima kasih CINTA

Saturday, February 12, 2011

Contest Gambar Muka Sedih Paling Menarik

Assalamualaikum & Hey,

Kali ini Fie join lagi contest yang dianjurkan oleh cik ekinn. Masa untuk memeriahkan majlis! Dua teman Fie pun dah tagged Fie, thanks Chriz & Adie. Lagi lah semangat nak join contest ni kan!

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Kena jadi follower owner blog : Ekinn Zhareef *WAJIB. kalau tak follow susah la nak update contest kan?
  2. Buat entry dengan tajuk "CONTEST gambar muka sedih paling menarik " & banner contest wajib ada.
  3. Letak banner contest kat sidebar korang.
  4. Link kan entry contest korang kat comment entry nie.
  5. Tag 3 orang aktif blogger.
Muka sedih Fie. (Cukup feel tak?) Eh ni bukan muka je sedih. kaki tangan semua sedih :)



Fie tagged 3 blogger yang meletop ni:
  1. Wan Fuuyoo
  2. Ahmad Fauzi Aryaan (Patik)

  3. Faiz Farish

Monday, January 31, 2011

Contest One Only: Budak Fashion Police!

Salam & Hey

Kali ini sekali lagi Fie dipanggil (tagged) untuk mengikuti kontest oleh En. Qarl. Baiknya hati dia tagged Fie kan. (hihi) Kontest kali ini dianjurkan oleh Reza (pemilik blog fashion Only One). What a interesting contest! Dari sini boleh lah juga kenali fashion or style Fie gayakan & my sense of fashion kan.

Fashion ni bukan sesuatu yang asing buat kita semua kan? Macam-macam fashion kita boleh lihat di sekeliling kita, macam-macam gaya ada. Kekadang tu sakit mata juga nak melihatnya tapi nak buat macam mana kalau orang tu dah suka pakai macam tu kan, kena lah terima hakikat walaupun sebenarnya TAK NAK!.

Fashion ni for me tak perlu lah ikut peredaran masa sangat sebab ia akan berlalu dengan cepat. Try to make your own statement! try to create your own style! that's more lasting right! For me, fashion icon yang boleh dibanggakan adalah Victoria Beckham! I love her so much! She got her own style. Setiap apa yang dia pakai akan menjadi ikutan orang di seluruh dunia.

Lagi satu kalau berfashion ni, CONFIDENT itu merupakan KEYWORD nya yer! Tanpa rasa confident, korang akan rasa apa sahaja korang pakai tu ada sahaja tak kena. I'm always said to my "Just be confident whatever you wear. It's not about cloth but the way u carry yourself to represent the cloths".

Jom tengok style Fie yang pernah Fie gayakan. Kalau yang tak nak tengok tu boleh lah tutup mata yer! :) Style Fie ni ikut mood.


Fashion Budak Tepi Pantai: Nak pergi pantai kena gak bergaya ok! Maklum lah ramai awek2 sedang bersantaikan...ala-ala baywatch gitu...


Fashion Budak Depan Pintu: Fie sebenarnya ikut mood kalau nak pakai baju t-shirt collar ni. Fie suka warna-warna ceria. Fie juga tidak takut WARNA. Kan ada segelintir lelaki takut pada warna specially warna PINK! Fie pakai je! Biarlah orang nak kata ape! Fie CONFIDENT WEAR IT! Lagi pun nampak sweet kan kalau pakai pink. hahaha


Fashion Budak Atas Bumbung: Fie juga suka pakai "Plaid Shirt" atau lebih dikenali sebagai baju kotak-kotak. Tak silap Fie fashion ni dah lama. "zaman cowboy2" kan tapi still dapat menarik minat untuk orang pakai lagi.


Fashion Budak Dalam Bilik: Gaya mutu keunggulan ni adalah untuk pergi kerja yer. Fie lebih selesa untuk mengayakan baju kemeja berserta vest. Nampak lebih kemas dan sangat exclusive. (Exclusive ke? macam biasa2 je kan?)


Fashion Budak Tutup Muka: Bangels antara accessory yang Fie perlu pakai untuk menutup kekurusan tangan ini. Kalau cover dengan bangles ni, takde lah tangan ni nampak kurus sangat. Selain tu Fie selalu juga pakai jam tangan yang agak besar.


Fashion Budak Kaca Mata: Selain bangles, Fie juga suka pakai glasses pelbagai bentuk. My latest glasses yang warna kuning tu just ada frame je. huhu. Pakai glasses ni bukan sebab nak elak cahaya matahari actually Fie guna sebab nampak stylo kononnye la!


Fashion Budak Nak Terjatuh: Fashion seperti ini sesuai untuk pergi lepak-lepak dengan kengkawan. Simple je kan. T-shirt & Jeans je ni. Masa untuk bersiap pun kejap je. Tak perlu buat2 rambut bagai just pakai topi enough! (macam pemalas lah pula..hihi)


Fashion Budak Annual Dinner: Concept nye black & white tapi lari tema skit yer! Pakai tema black & grey. Penampilan ni just mix & match je. Rambut & mata itu penting ok! Tu salah satu element dalam fashion juga tu. Tak gitu en. Reza? Kamu kan pakar fashion. :)


Fashion Budak Kenduri Kendara: Fie akan memakai busana baju melayu setiap kali ada kenduri. Lebih selesa berpakaian sebegini untuk majlis-majlis yang ada unsur keagamaan & kerohanian. Tak kisah lah pakai baju melayu lengkap atau pakai baju melayu bersama jeans.


Fashion Budak Photogedik: Outfit terakhirnya Fie akan pakai kalau terasa nak feel2 lagi rock star konon nya. Jaket ini sangat best & cantik buat Fie lah. Tak tahu lah bagi orang lain. My most expensive jacket i ever bought! Giler bila difikirkan balik. Tapi nak buat macam mana. Dah jatuh hati dengan jacket ni! My first love kot. haha


Fashion Budak Gila Rambut: Rambut juga memainkan peranan yang penting ketika hendak ber"fashion". Tak kira lah kalau baju korang tu pakai smart giler! tapi rambut korang sangat serabai macam tak shampoo berbulan2. Still nampak buruk juga penampilan tu kan! Kalau boleh biarlah seimbang. Bak kata Tyra Bank "from head to toe" semua kena nampak perfect!

Oklah sampai disini sahaja sembang-sembang kita tentang Fashion bersama Budak Fashion Police. So Fie nak tagged 4 orang blogger lelaki untuk join contest ini. Calon-calon nya adalah:-




Tuesday, January 25, 2011

GIVEAWAY DANIEL ADIE: Diary Motivation 2011

Salam & Hey

Kali ini Fie terpanggil untuk join contest yang dianjurkan oleh one of my blogger friends Daniel Adie. Bila lagi nak support kawan-kawan nye contest kan. Bagi Fie, Adie ni baik orangnya. Sangat-sangat caring terhadap rakan-rakan dia. Bertuah siapa dapat kawan dengan dia ni. (ops macam dah lari topik plak ni. Eh tapi tu salah satu sumber "inspirasi" yang boleh memotivasikan diri jadi seperti beliau kan?)

Wah sangat thoughtful betul kan Adie ni nak share diary motivation kat pembaca blogger yang bertuah kan! Permulaan tahun 2011 Fie takde lah seberapa baik seperti yang disangkakan. Dah macam seperti roda yang berputar-putar dengan laju yang terlanggar pembagi jalan lepas tu dah jadi tak tentu arah. Sekarang ni berasa di bawah. Terasa down sangat-sangat. I just want to be motivated again. I want my good friends to be around me. Maybe dapat diary motivation ni serba sedikit dapat membantu life Fie yang kucar sikit kan... Menang atau kalah Fie itu semua tak penting, kalau menang Alhamdulilah, kalau tak pun boleh lagi cuba lagi kan. Janji Fie ikhlas join contest ni because of Adie! (Korang mampu ke? huhu)

Fie nak tag 3 blogger
1. Nabil Aizat
2. Rashid
3. Zoey Zau Yah

P/s: Kepada yang belum join tu, boleh lah join contest ni cepat-cepat tau! Contest ni tamat 27 Jan 2011 ni!

Friday, January 21, 2011

Mummy Anugerah Terindah Buat Ku

Salam & Hey semua.

Kali ini Fie tergerak hati nak ikut kontes yang dianjurkan oleh En.Sudirman. Kontes ini agak istimewa sebab perlu buat entri pasal ibu.

Fie nak tulis entri tentang insan yang Fie paling sayang di muka bumi ini.
Fie panggil ibu Fie dengan panggilan "Mummy"

Nama beliau adalah Nornifah Binti Suffian Koroh. Dilahirkan pada tanggal 12 Disember 1965 dan dilahirkan di Kinarut, Sabah. Beliau merupakan anak ke-7 daripada 9 orang adik beradik. Nama panggilan beliau semasa kecil adalah Momo tetapi mummy Fie tidak suka dengan nama timangan itu. Tidak silap Fie, mummy dapat nama timangan sebab arwah nenek Fie tengok kartun "Momo & Trusang". Kartun jepun masa zaman 70an. Beliau mendapat pendidikan daripada Sekolah Menengah St.Francis Convent iaitu merupakan salah satu sekolah perempuan yang agak terkenal di negeri Sabah ini. Beliau hanya dapat menuntut ilmu sehingga SRP atau lebih dikenali sebagai PMR pada masa kini. Beliau juga sempat mengikuti kursus bahasa inggeris semasa tinggal bersama kakak beliau di United Kingdom untuk beberapa bulan sebelum balik ke Malaysia. Beliau menamatkan zaman bujang beliau bersama ayah Fie, Hj. Omar Bin Hj Latip pada 4 April 1984 ketika itu beliau berumur 20 tahun . Pengenalan beliau dengan ayah Fie bermula ketika berada di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Masa itu ayah Fie bekerja dengan Malaysia Airlines.

(Fie bersama mummy & adik Fie)


(Keluarga Fie: Shafi, Nadia, Efie, anak buah Fie, Aishah Nurkasih)

Fie pernah tengok video perkahwinan mummy dan daddy Fie, perkahwinan mereka sangat-sangat meriah. Ramai tetamu terhormat datang menghadiri majlis perkahwinan mereka. Sepanjang perkahwinan mereka, mereka dianugerahkan 4 orang cahaya mata yang comel-comel belaka terdiri daripada 3 orang lelaki dan seorang perempuan. Fie merupakan anak pertama. Fie dilahirkan pada 19 Jun 1985.

(Fie bersama Mummy dan Daddy Fie. Masa ini mummy mengandung anak kedua)

Amat menyedihkan buat kami adik beradik apabila perkahwinan ibubapa kami tidak kekal lama. Fie masih ingat lagi masa itu Fie baru berumur 5 tahun tapi nak buat macam mana sudah tiada jodoh antara mereka. Mungkin perpisahan cara terbaik, hanya mereka yang tahu. Fie bersyukur sebab Fie dapat menerimanya dengan baik. Dari saat itu, mummy jadi ibu tunggal. Fie dan adik perempuan Fie ikut tinggal dengan mummy, manakala 2 orang adik lelaki Fie ikut dengan daddy Fie. Mummy lah menjaga kami dua beradik dalam keadaan susah dan senang. Mummy banyak berkorban untuk kami. Mummy sentiasa berada disamping kami di saat kami memerlukan. Mummy sentiasa hadir ke mana-mana majlis kami sertai. Mummy juga mengajar kami erti berdikari. Sejak dari kecil lagi, kami telah diajar untuk mengemas rumah, basuh baju sendiri serta memasak. Kehidupan kami tidaklah semewah yang disangkakan oleh rakan-rakan Fie. Mummy Fie memang anak orang berada tapi mummy Fie lebih suka tinggal di rumah sendiri dan buat hal sendiri tanpa mengganggu orang lain. Ada ketika itu, kami memang tak cukup makanan tetapi mummy sanggup bagi makanan dia kepada kami supaya kami tidak kelaparan.

(Mummy dengan arwah nenek. Rindu sangat-sangat dengan arwah nenek)

Perkara yang paling nakal Fie pernah buat masa Fie kecil dulu ialah Fie suka bermain di kawasan rumah nenek Fie sebab luas sangat-sangat. Kawasan rumah nenek Fie itu juga ada dusun buah-buahan. Cakap sahaja nak buah apa, semua buah-buahan tempatan ada di dusun itu. Fie selalu bermain-main dengan anak pekebun nenek Fie di kawasan dusun itu, keadaan dusun tu agak curam maklumlah kawasan berbukit lepas itu banyak pula binatang-binatang liar di situ seperti ular! Fie juga pernah pergi ke rumah kosong di sebelah rumah nenek Fie. Rumah itu baru siap, belum ada penghuni lagi. Fie dan kawan-kawan Fie tadi memanjat pagar rumah kosong itu lalu keluar masuk dalam rumah itu. Sempat lagi kami bermain-main dalam rumah itu. Bila ada orang datang kami cepat-cepat lari dan panjat pagar balik ke kawasan rumah nenek.
Masa Fie kecil juga Fie pernah masuk hospital disebabkan ada penyakit Apendiks, masa itu mummy Fie sangat-sangat risau dan sedih. Fie hampir nak dibuat pembedahan tetapi syukur alhamdulilah keadaan Apendiks Fie tidak seteruk mana. Sejak dari itu kalau Fie sakit, Fie tidak akan beritahu mummy Fie sebab Fie tidak mahu mummy Fie berasa risau dan sedih. Biarlah Fie sahaja yang tahu.

(Fie dengan mummy)

(Fie dengan mummy. Masa ini berada di Thailand)

Fie berasa bertuah kerana Fie mempunyai seorang mummy yang sangat penyayang, bertanggungjawab serta menjaga kami dengan baik. Pengorbanan beliau memang tiada nilainya. Fie berazam untuk membawa mummy ke mana sahaja Fie berada, Fie akan menjaga mummy selagi hayat Fie masih ada. Fie hanya nak yang terbaik buat beliau. Alhamdulilah Fie sudah memberi sedikit hadiah buat mummy Fie dengan pencapaian akademik Fie yang cemerlang. Semoga Fie dapat menjalankan tugas Fie sebagai anak dengan baik. Amin.

Sampai disini sahaja entri khas buat mummy tercinta!
Fie sangat-sangat menyayangi mummy!
Fie nak minta maaf sekiranya ada sakiti hati mummy.
Mummy merupakan ibu yang terbaik di muka bumi ini buat Fie!

ibu, ibu...
engkau la ratu hatiku
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu...


Saturday, January 8, 2011

3 Suara : It's a Beautiful Life!


Salam & Hey buat pembaca blog Fie

Oh hari sabtu indah. Apa khabar korang semua?
Korang mesti banyak plan hari ni kan? huhu
Hari ni Fie nak duduk rumah saja. Malas pula nak keluar.
Hari ni nak layan blog & dvd je.

Oh ya entri kali ni special sikit sebab
Fie buat entri untuk join satu contest ni "3 Suara : It's a Beautiful Life!" yang dianjurkan oleh seorang blogger ni, Adi Luqman.

Fie memang nak sangat album ni. Suara 3 artis ni memang mantap!
Perh lagu2x dalam album ni dasyat2x!!~ best!!~ Dari semalam lagi dah round2 kat kedai2x cd di KK untuk cari CD ni tapi hampeh tak jumpa pun! Belum release kat sini lah tu kan.
Orait Fie just nak bagi tahu serba sedikit tentang contest ni!~


*(sila baca macam baca pantun tau..even tak macam pantun pun. haha)

3 Suara : It's a Beautiful Life! Contest nama yang diberi,
Yang diberikan oleh Adi Luqman,
Adi Luqman menyediakan 5 soalan,
5 soalan perludijawab dengan betul.

3 Suara : It's a Beautiful Life! Contest,
Bila dah jawab semua soalan,
Boleh lah hantar ke email beliau,
Mana lah tahu boleh menang!

(opss..pantun apakah ini! tak sedap langsungkan..ngee)

Untuk keterangan lanjut boleh lah layari blog "Adi Luqman"


3 Blogger baru yang kena tag!
3. Hakim Mansor

Hope i'm gonna win & get this album!~ ngee

Preview lagu2x dalam album 3 SUARA!!~

Best tak lagu2x dalam album ni?
Superb kan! Apa lagi joinlah contest ni, tak pun belilah yang original kat kedai ye! :)

Wednesday, December 8, 2010

my 15

Salam & Hi kepada pengunjung2x blog fie ni :)

Hope semua korang sihat walafiat hendaknya lah. Oh ya entry kali ni dengan gigihnya Fie nak join contest yang dianjurkan oleh sorang teman blogger Fie, Qarl namanya. Dia suruh buat satu entry pasal 15 perkara pasal diri kita. Tak kira lah orang ke, benda ke, hobby ke, janji ada 15 la. So Fie nak cuba nasib lah join contest ni kan, manalah tau ada rezeki boleh lah menang, betul tak Qarl? huhu

Presenting to you, 15 things you should to know about Fie Omar (speaking jup ar)
*Clap, Clap, Clap (tepuk ar tgn skit. Baru meriah. haha)
*click the image to enlarge


1. FIE SUKA TUKAR HAIRSTYLE

Yup Fie memang suka tukar2x hairstyle. Kalau boleh setiap 3 bulan sekali. Fie tak suka hairstyle yang sama je. Fie suka bereksperimen dengan rambut Fie ni. Tak kisah lah hasilnya cantik or buruk, janji Fie dah try. Yang penting confident je bawa hairstyle tu.
Lantak ar apa orang nak cakap. Rambut Fie kan. hahaha.
*Skrang botak.. (Bila lah nak panjang balik rambut ni T__T)


2. FIE SUKA SNAP GAMBAR

Fie memang suka snap2x gambar ni. Tak kira lah object ke, orang ke, janji dapat snap & rasa puas hati. Janji hati senang bila tengok gambar2x yang disnap tu kan. Lagi terharu bila ada orang puji hasil keje Fie yang tak seberapa lagi tu. Maklumlah amateur lagi.
Gambar2x kat atas tu antara hasil kerja Fie yang Fie rasa terbaik & puas hati Fie pernah buat!~
*Terasa nak buat photoshoot kat tepi2x sawah ar!


3. FIE SUKA TRY MAKAN DI TEMPAT/RESTORAN BARU

Fie tak takut untuk cuba sesuatu makanan/menu baru. Semua fie try, tapi yang penting HALAL lah kan. hehe. Kalau boleh every month, atleast kena pergi try 2 tempat makan baru. Bila dah try tu, mesti lah kritik2x kan. Tak kira positif or negatif.
My fav. restaurants setakat ni, in KL (Cozy Place, Happy Thai, FullHouse) & in KK (Sailor)
*Oh NO! muka Fie dah semakin bulat. haha.
Oh ya Qarl, jgn update entry pasal makanan tau, JELES fie tengok makanan2x tu & tempat tu sekali! Haha.



4. SUKA POSE DEPAN KAMERA

Fie memang "HANTU" bergambar. Masa zaman study dulu kat UniKL. Member2x selalu cakap "kat mana2x camera/gambar orang mesti ada je muka ko. pose ko pulak tak leh blah!" haha...
Yup Fie memang suka interframe. Bila lagi kan. Kenangan tu beb! Muahaha.
Fie TAK SUKA pose SKEMA2x, Pose berdiri TEGAK..So not my style. haha
*to Qarl & Aizul, korang tak nak ke amek aku jadi model korang. haha


5. I'M A LOVING FAMILY PERSON

Fie ni, seorang family guy. Apa2x pun family tetap no.1 dalam hidup Fie.
Yelah tak kira susah or senang family lah tempat kita bergantungkan.
Fie sangat2x sayang kat family Fie.
They're everything to me. (touching sekejap. haha)
*Love u guys so much


6. FIE SUKA MELANCONG/MENGEMBARA

Fie memang suka melancong & mengembara ke tempat2x yang Fie tak pernah pergi. Kalau Malaysia, semua negeri Fie dah pergi kecuali Sarawak. Kalau oversea, Fie dah pernah sampai kat Amerika, Australia, Bangkok, Medan, Hongkong, Beijing, Singapore. Alhamdulilah dapat melawat ke tempat2x tu sebab dulu daddy kerja MAS so setiap tahun dapat tiket free pergi oversea. Buat masa ni Fie lebih suka mengembara mendekati diri dengan alam semulajadi.
Oh ya, satu lagi negara Fie betul2x nak pergi adalah ROME!
Kalau boleh nak honeymoon kat sna (berangan jup. haha...)
Why Rome? sebab Fie suka tengok bangunan2x sejarah kat sana!
OMG cantik banget! Lagi2x kalau dapat berpose2x maut kat sana kan!!~
(tu sebenarnya tujuannya..haha)
*Hope dapat pergi singapore next year on my birthday (berangan nak smbt bday kat Universal Studio)


7. FIE SUKA BACA/TULIS BLOG

Kalau Fie tak busy dengan keje, Fie akan menulis blog. Tapi Fie takde lah hari2x update blog buat masa ni. Selain tu juga, Fie suka membaca blog2x orang specially blog orang2x cun ni. Blog2x dorang ni byk info2x menarik!
Korang harus melawat blog dorang ni tau!
(wah promote ni.. komisyen please..huhu gurau je)

No.1 Haruslah Qarl (bagi markah lebih tau..haha),
No.2 Fiq Fikri, blogger yang makin pemes. Founder group blogger kat fb tu. haha
No.3 Aizul Marcello, blogger yang pemes ni, sape lah tak kenal kan !!~
No.4 Obefiend Weiland, cara penulisan dia memang ganas. hehe.
No.5 Fanzi, banyak cerita pasal life & karier.
No.6 Oppa, blog banyak cerita menarik
* ni dah 5 orang dah Fie tagged ni Qarl. Cukup tak? huhu


8. FIE SUKA TENGOK MOVIE/FILEM KEGEMARAN

Kalau boleh dalam sebulan tu dalam 3-4x tengok movie kat cinema. Tapi cerita best yang berkenan di hati je lah. huhu. Kekadang tu 1 movie tu aku tengok 2-3x kat cinema! haha. Movie yang menambat hati Fie nak tengok banyak kali kat cinema tu adalah seperti dalam gambar kat atas tu! Oh ya tak sabar nak tengok filem "Hikayat Merong Mahawangsa' & "Burlesque"

Twilight: Eclipse
(Paling best! Sebab storyline dia cam kisah Fie. Touching dowh tengok cite ni.

Harry Potter
(Suka sangat dengan cerita ni!)

Tangled: Rapunzel 3D
(OMG rambut dia...Cantik OK! Puas hati tengok kualiti 3D kartun ni. Jalan cerita pun best!!)
*sesape nak belanja tengok wayang tu habaq je la k. huhu


9. FIE SUKA BUDAK-BUDAK

Yer...Jangan tak caya plak! Fie suka giler dengan bebudak specially yang comel2x tu.
Comel tak niece Fie? Nama dia Aishah tp Fie panggil dia Jipun.
My niece panggil Fie, "Papa Fie".
(Eh cam lah dia dh pndai ckp kan. Padahal baru je masuk setahun kot..hehe)
Melihat karenah budak2x juga merupakan salah satu terapi Fie menenangkan hati.
Bila tengok bebudak ni, hati tenang je. Bila lah aku nak ada my little me kan. haha
*Nak tulis entry psl my niece dalam minggu depan. tunggu


10. FIE SUKA EDIT GAMBAR

Selain bergambar & berpose di depan lensa kamera, Fie pun suka m'edit2x gambar.
Yelah kena la touch-up2x skit muka ni. Bagi kacak skit. Hodoh sebenarnya ni. haha.
Software yang selalu Fie guna adalah Photoshop & Lightroom!
*Dua tools ni memang the best. Sape tak reti guna, korang leh je cari tutorial kat youtube.
Senang je nak follow tu. Janji jangan putus asa la.



11. FIE SUKA KERJA FIE DULU & KINI

Dulu:
Fie keje as Graphic Designer kat sebuah advertising company kat area Kepong. Keje kat sana best. Banyak benda baru Fie belajar seperti belajar buat buku, design banner, booklet, etc. Keje kat sna memang agak busy gile, lagi2x kalau client nak benda tu siap cepat.
Perh pernah stay kat office sampai 4 pagi semata2x nak siapkan keje tu.
Alhamdulilah, Sempatlah juga 2 hasil kerja Fie di publish.

Kini:
Fie keje as Fasilitator Schoolnet under govt. Fie di tempatkan di sekolah menengah.
Keje nya ok not bad, takde lah sebusy previous job. But still fun sebab dikelilingi dengan student2x comel. Asyik ada je orang kirim salam (prasan lah pula kan!)
Rindu plak Fie kat student2x ni masa cuti2x ni, Sunyi lab ni.
*Dulu client semua orang korporate & Kini pula client bebudak sekolah & cikgu2x. hehe


12. MY BESTIES

Oh my kengkawan ku yang terunggul! Mereka bagai nyawa bagi Fie.
Kengkawan yang banyak tolong Fie masa zaman "kejatuhan" Fie.
Sayang Kat dorang sangat2x!~
Nak kenali sape dorang. Meh Klik link2x ni --> Girls, --> Boys
*Dorang ni memang the best ever!


13. FIE SUKA DENGAR LAGU K-POP

Fie suka dengar lagu2x k-pop! Fie juga suka tengok style group2x k-pop ni.
Sumber inspirasi kalau nak buat hairstyle baru ke or penampilan.
Antara group K-Pop yang Fie suka adalah Super Junior, Big Bang, 2PM, 2AM, Shinee, After School, Wonder Girl, etc. Suka tengok video clip dorang ni, kekadang berangan gak nak menari macam dorang ni. Tapi takde sape nak ajar. huhu
*Fie byk tahu pasal band2x k-pop ni melalui youtube.


14. FIE SUKA TENGOK REALITY TV

Dari zaman remaja hinggalah sekarang (remaja lagi kan Fie ni? haha)
Fie memang layan reality tv ni, tapi tak minat sangat reality tv local. hehe
Reality show yang Fie suka :
Keeping Up with the Kardasians (suka tengok family ni berdrama..haha)
Survivor (suka tengok game ni!)
Amazing Race & Amazing Race Asia (Suka tengok dorang mengembara)
Fear Factor (best tengok aksi2x makan makanan pelik2x)
America's Next Top Model (Suka tengok model2x dia, cara photographer tu snap picture)
Guiliana & Bill (Sweet nya couple ni)
*Teringin nak ikut Amazing Race Asia! pastu kalau ada task wat bungee jumping lg tu best!


15. FIE TAK SUKA SUKAN

Akhirnya terselit juga perkara yang Fie tak suka.
Yup Fie memang tak suka bersukan. Setakat jogging tu ok lagi lah.
Entah lah kenapa Fie tak minat. Apa lagi nak tengok sukan2x kat tv tu. Adik2x je gigih nak tengok. Maklum lah dorang kan atlet sekolah.. haha..
Fie just tengok world cup, sukan nye opening & closing ceremony je. haha.
*Kalau just main bowling suka2x, Fie ok je. Ada tak nak ajak Fie main bowling? Contact me tau. haha


* Ok lah dah listkan pn 15 perkara tentang Fie.
Sesiapa nak jadi kawan Fie, bleh lah add Fie kat facebook k.
Thanks sudi baca entry kali ni. Salam.