Pages

Tuesday, July 31, 2012

Jelajah Asia : Bali Part I


Jelajah Asia : Edisi Bali (30 Mac - 02 April 2012)
Kali ini aku jelajah Bali bersama Sahabat Terbaik saya Azrie Azhar



30 Mac 2012: 


Yay! Hari ini ke Bali! Excited nya! Flight kami pukul 925 pagi dari LCCT ke Ngurah Rai Airport, Bali. Tempoh penerbangan mengambil masa selama 3 jam. Sampai saja di Bali kami disambut oleh Pak Totok. Pak Totok kemudiannya bawa kami ke menjamu selera di kedai makan area airport tu juga. Lepas makan terus pergi check-in hotel dan bersiap sedia untuk ke Garuda Wisnu Kencana (GWK). GWK terletaknya patung Dewa Vishnu & patung Burung Garuda yang besar. Bak kata Pak Totoh, kalau patung ni siap sepenuhnya ia dapat mengalahkan statue of liberty. 



Perjalanan seterusnya pula ke Uluwatu Temple. Agak tergamam seketika bila melihat pemandangan di sini. Indah sungguh ciptaan Allah. Warna air laut biru kehijauan seperti di alam fantasi! Sangat cantik! Saya sangat suka tempat ini! Tempat ini juga terdapat banyak monyet-monyet liar yang berkeliaran. Saya hanya suka monyet yang gemuk sebab monyet tu lagi mesra daripada monyet yang kurus-kurus sebab ganas! Menakutkan!



Selepas melawat Uluwatu Temple kami dibawa makan ke pantai area Jimbaran. Nama restauran tu "Furama Bumbu Bali". Makan tepi laut ok! Romantik sangat ala-ala candle light dinner. Erghh pengsan jap sebab terkejut sebab pelik kot untuk kami berdua makan seperti tu. Awkward! Makanan yang dihidangkan adalah makanan laut. Sedapnya! Selesai makan kami kembali ke hotel dan terus terlena. Penat sangat rasanya hari itu.



31 Mac 2012:

Hari kedua di Bali. Misi kali ini adalah ke Kintamani, sebelum ke Kintamani kami ke Ubud. untuk melawat tempat mencanting batik. Ubud terkenal dengan penghasilan barang-barang yang berunsur kesenian seperti batik,  perak, seni ukiran kayu dan sebagainya. Setiap kampung berbeza-beza jenis barang yang dijual & sangat teratur.



Selepas Batik, kami pergi melawat Bali Bird Park kerana masih terlalu awal untuk kami ke Kintamani. Harga tiket dalam Rp240k seorang tak silap. Wah mahalnya! Terkejut kejap tapi nak buat macam mana dah bayar so kami masuk saja lah. Taman burung tu agak cantik.  Malaysia patut ada zoo macam ni! Ok lah tu dengan harga bayaran seperti itu. *sedapkan hati je. Hakikatnya menyesal sebab harga tiket mahal. huhu*



Destinasi seterusnya pula adalah  Pura Tirtha Empul. Salah satu tempat sembahyang orang Hindu yang popular dengan Holy Water. Terdapat juga satu kolam yang orang ramai boleh mandi untuk menyucikan diri.Sejuk airnya *Macam mandi padahal celup-celup tangan je*



Jalan-Jalan cari makan ke Kintamani/Batur Volcano. Pemandangan Gunung Berapi Batur sangat WOW! Suasana sini pun agak tenang. Agak ye! Tak tenang sangat sebab ramai penjual-penjual yang akan sentiasa berada disamping kita. Penat nak melayannya!

Bersambung...





Tuesday, April 10, 2012

Jelajah Asia : Terokai Singapura (Hari Kedua)

Jelajah Singapura Hari Kedua :)

11 Mac 2012 - Hari kedua aku dan dia menjelajah ke Kota Singapura. Kali ini kami gerak sendiri ke sana (Free & Easy). Memulakan perjalanan dari JB dengan menaiki bus (RM 1) dalam pukul 10 pagi selepas itu kena melalui dua imigresen Malaysia (sini korang kena berlari sebab nak kejar bus tu balik) & Singapura (Woodland). Dari Woodland terus ke Stesen MRT Kranji.

Stesen MRT Kranji


Misi kali ini adalah untuk mencari barang dan bersiar-siar sekitar Orchard Road so kami naik MRT dari Stesen Kranji ke Stesen Orchard. Perjalanan dari Kranji ke Orchard mengambil masa dalam 40 minit. Sampai je Orchard, perhh ramai gila orang kat sini terutamanya foreigner dari Filipin. Kami terasa berada di Filipin pula. huhu. Orchard Road ni memang Syurga untuk membeli-belah bagai yang suka shopping tu lah! Nothing much yang kami buat kat sini sebab agak pening disebabkan terlalu ramai sangat orang so kami teruskan perjalanan ke Marina Bay menggunakan MRT juga sebab teringin nak tengok kapal atas hotel triplet tu. Pemandangan Marina Bay boleh dikatakan amat menenangkanl hati juga. Tempat ni tenang. Kami berada di Marina Bay sehingga pukul 8 malam disebabkan nak mengejar bus untuk balik ke JB. Apa-apa pun aku sangat enjoy bersiar-siar di Kota Singa ini.

Monday, April 9, 2012

Jelajah Asia : Terokai Singapura (Hari Pertama)

Jelajah Singapura: Universal Studios Singapore
*Wajib pose kat sini*

11 Mac 2012 merupakan tarikh pengembaraaan aku ke kota singa setelah hampir 10 tahun tak jejak kaki kat Singapura. Banyak perubahan juga lah aku nampak. *Dah 10 tahun kot tak kan lah takde apa-apa perubahan kan!* :) Aku ke Singapura bersama tunang aku.

Hari pertama di Singapura, kami melawat Universal Studios Singapore. Bergerak seawal 930 pagi dari JB itu pun sebenarnya berangan nak naik bus dalam pukul 630 pagi tapi malang nya aku liat nak bangun pagi :) Kami sampai kat USS dalam pukul 11 pagi kalau tak silap aku. Teruja sangat nak masuk USS. Sakai sangat aku! 

USS sangat best. Sesuai untuk sesiapa yang suka berhibur di taman tema. Tarikan utama aku nak ke USS adalah ROLLER COASTER dia! Aku merupakan Peminat Roller Coaster! Terdapat dua roller coaster yang patut korang cuba di sini (Battlestar Galactica: Cylon & Human). Aku hanya berjaya naik Cylon itu pun setelah melihat benda itu habis 3 sesi. Gerun seyh! *Dup dap dup dap dup jantung aku ok! tapi aku cuba juga berani kan diri. Nekad untuk naik juga* Impian ku kot! :) Aku berjaya naik juga akhirnya. Selesai saja naik roller coaster tu kepala aku pening sikit. Mana tak nya, berpusing2 kot benda tu. Ahhh aku sangat puas hati!

Aku suka USS. Sangat menghiburkan. Aku suka tengok characters kartun yang ada kat sini. Oh cukup dengan kata-kata ini. Mari tengok gambar saja. Kang bosan pula asyik membebelkan.


Selesai sudah pengembaraan di hari pertama. 


Kembara Alam: Zoo Negara

Kembara Januari: Kembara Alam di Zoo Negara.


Assalamualaikum Bloggie,

Dah lama rasa nya aku tidak menulis di sini, bukan tiada masa tapi aku tiada mood nak menulis. 

Korang semua sihat? * macam lah ada orang baca lagi blog aku ni kan. hehe

By the way aku nak update sikit lah pasal my journey aku dari bulan Januari sampai April. Mood nak menulis tengah membuak-buak setakat ni. 


15 Januari 2012: 

Hari ini aku cuba untuk mengubah rutin mingguan aku, jadi aku rancangan dengan sahabat aku Faizal untuk pergi ke Zoo Negara since masing-masing pun sudah bosan sebab asyik jalan-jalan area KL melawat shopping mall saja jadi kenapa tidak kami tukar sedikit program kebiasaan kami kan? Kami buat keputusan untuk melawat haiwan-haiwan kat Zoo Negara, lari dari daripada golongan-golongan manusia yang mengejar keseronokan dan kebendaan di Kota Metropolitan ini.

Seawal pagi kami bergerak ke Zoo Negara, semangat katanya melawat Zoo Negara terutama sahabat aku seorang ni lah. 

*Ops Faizal aku terkutuk kau kejap. Maafkan patik ya :)

Sebelum ke Zoo Negara, kami sarapan pagi dulu di kedai mamak selepas itu baru lah gerak ke Zoo Negara. Bagi aku Zoo Negara tak banyak perubahan dari pertama aku datang sampai lah sekarang ni. Aku pun tidak tahu mengapa tiada ada sebarang perubahan. Kalau nak dibandingkan Zoo di Singapura & Indonesia, Zoo mereka jauh berbeza dengan Zoo Negara kita. Zoo kat sana maju dan CANTIK! Aku bukan nak kutuk atau mengata tapi ini hanya pendapat seorang insan yang agak kecewa dengan pihak-pihak tertentu. Aku hanya kasihan kepada haiwan-haiwan yang tinggal di dalam Zoo itu. Mereka juga perlu tempat / habitat yang selesa seperti habitat asal mereka. Apa-apa pun aku suka masuk kawasan rama-rama di dalam Zoo Negara ni kerana Rama-rama kat sini sangat suka saya! 

*Ok aku dah mula perasaan :)

Akhir kata, sekali sekala ziarahi lah mereka di Zoo Negara ni. Wang yang anda belanjakan akan disalurkan kepada haiwan-haiwan kat sini juga kan :)





Thursday, March 15, 2012

uncertain.

There time that we could all use a little help. 
When our generosity has been repaid with cruelty. 
When our behavior has fills us with regret.
And when our future has become terribly uncertain.
But then there those, who pass the point of hell. 
But when they wake, they live nothing but destruction.

Friday, February 17, 2012

Sahabat



Assalamualaikum

* sambil dengar lagu Najwa Latif - Sahabat. (^__^)v

Sahabat bagaikan permata yang hadir dalam diri seseorang. Sahabat yang baik sentiasa berada dalam setiap situasi yang kita tempuhi, tak kira situasi itu manis ataupun pahit. Sahabat juga seorang yang boleh kita berkongsi masalah dan apa-apa sahaja yang perlu dikongsi. 

Aku bersyukur kerana aku dikurniakan sahabat yang sentiasa berada di sisi aku setiap kali aku memerlukan sahabat. Sahabat tempat aku meluahkan setiap apa yang terbuku di hati ini yang aku tak dapat kongsi dengan orang lain. Setiap tangisan & gelak tawa ku, sahabat lah menemani aku. Terima kasih sahabat. 

* Untuk mu sahabat, marilah kita dengar sama-sama lagu ini. Lagu ini untuk sahabat!



P/s: Jadilah sahabat ku, kamu pasti dapat selami hati ku. :)


Friday, February 3, 2012

Hati & Mata

Hati mengetahui apa yang kita rasa.
Mata mengekspresikan apa yang terbuku di Hati.

Hati mula berkata-kata.
Mata mula mencari-cari.

Mampukah hati ini bertahan.
Mampukah mata ini menahan airmata.

Kenapa Hati mula bersedih?
Kenapa Mata mula mengeluarkan airmata?

Hanya Hati & Mata yang tahu.