Jelajah Singapura Hari Kedua :)
11 Mac 2012 - Hari kedua aku dan dia menjelajah ke Kota Singapura. Kali ini kami gerak sendiri ke sana (Free & Easy). Memulakan perjalanan dari JB dengan menaiki bus (RM 1) dalam pukul 10 pagi selepas itu kena melalui dua imigresen Malaysia (sini korang kena berlari sebab nak kejar bus tu balik) & Singapura (Woodland). Dari Woodland terus ke Stesen MRT Kranji.
Stesen MRT Kranji
Misi kali ini adalah untuk mencari barang dan bersiar-siar sekitar Orchard Road so kami naik MRT dari Stesen Kranji ke Stesen Orchard. Perjalanan dari Kranji ke Orchard mengambil masa dalam 40 minit. Sampai je Orchard, perhh ramai gila orang kat sini terutamanya foreigner dari Filipin. Kami terasa berada di Filipin pula. huhu. Orchard Road ni memang Syurga untuk membeli-belah bagai yang suka shopping tu lah! Nothing much yang kami buat kat sini sebab agak pening disebabkan terlalu ramai sangat orang so kami teruskan perjalanan ke Marina Bay menggunakan MRT juga sebab teringin nak tengok kapal atas hotel triplet tu. Pemandangan Marina Bay boleh dikatakan amat menenangkanl hati juga. Tempat ni tenang. Kami berada di Marina Bay sehingga pukul 8 malam disebabkan nak mengejar bus untuk balik ke JB. Apa-apa pun aku sangat enjoy bersiar-siar di Kota Singa ini.


1 comments:
letih oh naik mrt nk gi orchad tu...i sampai leh tertido....hehehe....org mmg ramai kt sne kn..
Post a Comment