Pages

Monday, April 9, 2012

Kembara Alam: Zoo Negara

Kembara Januari: Kembara Alam di Zoo Negara.


Assalamualaikum Bloggie,

Dah lama rasa nya aku tidak menulis di sini, bukan tiada masa tapi aku tiada mood nak menulis. 

Korang semua sihat? * macam lah ada orang baca lagi blog aku ni kan. hehe

By the way aku nak update sikit lah pasal my journey aku dari bulan Januari sampai April. Mood nak menulis tengah membuak-buak setakat ni. 


15 Januari 2012

Hari ini aku cuba untuk mengubah rutin mingguan aku, jadi aku rancangan dengan sahabat aku Faizal untuk pergi ke Zoo Negara since masing-masing pun sudah bosan sebab asyik jalan-jalan area KL melawat shopping mall saja jadi kenapa tidak kami tukar sedikit program kebiasaan kami kan? Kami buat keputusan untuk melawat haiwan-haiwan kat Zoo Negara, lari dari daripada golongan-golongan manusia yang mengejar keseronokan dan kebendaan di Kota Metropolitan ini.

Seawal pagi kami bergerak ke Zoo Negara, semangat katanya melawat Zoo Negara terutama sahabat aku seorang ni lah. 

*Ops Faizal aku terkutuk kau kejap. Maafkan patik ya :)

Sebelum ke Zoo Negara, kami sarapan pagi dulu di kedai mamak selepas itu baru lah gerak ke Zoo Negara. Bagi aku Zoo Negara tak banyak perubahan dari pertama aku datang sampai lah sekarang ni. Aku pun tidak tahu mengapa tiada ada sebarang perubahan. Kalau nak dibandingkan Zoo di Singapura & Indonesia, Zoo mereka jauh berbeza dengan Zoo Negara kita. Zoo kat sana maju dan CANTIK! Aku bukan nak kutuk atau mengata tapi ini hanya pendapat seorang insan yang agak kecewa dengan pihak-pihak tertentu. Aku hanya kasihan kepada haiwan-haiwan yang tinggal di dalam Zoo itu. Mereka juga perlu tempat / habitat yang selesa seperti habitat asal mereka. Apa-apa pun aku suka masuk kawasan rama-rama di dalam Zoo Negara ni kerana Rama-rama kat sini sangat suka saya! 

*Ok aku dah mula perasaan :)

Akhir kata, sekali sekala ziarahi lah mereka di Zoo Negara ni. Wang yang anda belanjakan akan disalurkan kepada haiwan-haiwan kat sini juga kan :)





2 comments:

Unknown said...

last p zoo negara ms skolah menengah....

Umar Kadir said...

entah bila last time pergi zoo negara..