Kali ini Fie tergerak hati nak ikut kontes yang dianjurkan oleh En.Sudirman. Kontes ini agak istimewa sebab perlu buat entri pasal ibu.
Fie nak tulis entri tentang insan yang Fie paling sayang di muka bumi ini.
Fie panggil ibu Fie dengan panggilan "Mummy"
Nama beliau adalah Nornifah Binti Suffian Koroh. Dilahirkan pada tanggal 12 Disember 1965 dan dilahirkan di Kinarut, Sabah. Beliau merupakan anak ke-7 daripada 9 orang adik beradik. Nama panggilan beliau semasa kecil adalah Momo tetapi mummy Fie tidak suka dengan nama timangan itu. Tidak silap Fie, mummy dapat nama timangan sebab arwah nenek Fie tengok kartun "Momo & Trusang". Kartun jepun masa zaman 70an. Beliau mendapat pendidikan daripada Sekolah Menengah St.Francis Convent iaitu merupakan salah satu sekolah perempuan yang agak terkenal di negeri Sabah ini. Beliau hanya dapat menuntut ilmu sehingga SRP atau lebih dikenali sebagai PMR pada masa kini. Beliau juga sempat mengikuti kursus bahasa inggeris semasa tinggal bersama kakak beliau di United Kingdom untuk beberapa bulan sebelum balik ke Malaysia. Beliau menamatkan zaman bujang beliau bersama ayah Fie, Hj. Omar Bin Hj Latip pada 4 April 1984 ketika itu beliau berumur 20 tahun . Pengenalan beliau dengan ayah Fie bermula ketika berada di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Masa itu ayah Fie bekerja dengan Malaysia Airlines.
Fie nak tulis entri tentang insan yang Fie paling sayang di muka bumi ini.Fie panggil ibu Fie dengan panggilan "Mummy"
Nama beliau adalah Nornifah Binti Suffian Koroh. Dilahirkan pada tanggal 12 Disember 1965 dan dilahirkan di Kinarut, Sabah. Beliau merupakan anak ke-7 daripada 9 orang adik beradik. Nama panggilan beliau semasa kecil adalah Momo tetapi mummy Fie tidak suka dengan nama timangan itu. Tidak silap Fie, mummy dapat nama timangan sebab arwah nenek Fie tengok kartun "Momo & Trusang". Kartun jepun masa zaman 70an. Beliau mendapat pendidikan daripada Sekolah Menengah St.Francis Convent iaitu merupakan salah satu sekolah perempuan yang agak terkenal di negeri Sabah ini. Beliau hanya dapat menuntut ilmu sehingga SRP atau lebih dikenali sebagai PMR pada masa kini. Beliau juga sempat mengikuti kursus bahasa inggeris semasa tinggal bersama kakak beliau di United Kingdom untuk beberapa bulan sebelum balik ke Malaysia. Beliau menamatkan zaman bujang beliau bersama ayah Fie, Hj. Omar Bin Hj Latip pada 4 April 1984 ketika itu beliau berumur 20 tahun . Pengenalan beliau dengan ayah Fie bermula ketika berada di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Masa itu ayah Fie bekerja dengan Malaysia Airlines.Fie pernah tengok video perkahwinan mummy dan daddy Fie, perkahwinan mereka sangat-sangat meriah. Ramai tetamu terhormat datang menghadiri majlis perkahwinan mereka. Sepanjang perkahwinan mereka, mereka dianugerahkan 4 orang cahaya mata yang comel-comel belaka terdiri daripada 3 orang lelaki dan seorang perempuan. Fie merupakan anak pertama. Fie dilahirkan pada 19 Jun 1985.
Amat menyedihkan buat kami adik beradik apabila perkahwinan ibubapa kami tidak kekal lama. Fie masih ingat lagi masa itu Fie baru berumur 5 tahun tapi nak buat macam mana sudah tiada jodoh antara mereka. Mungkin perpisahan cara terbaik, hanya mereka yang tahu. Fie bersyukur sebab Fie dapat menerimanya dengan baik. Dari saat itu, mummy jadi ibu tunggal. Fie dan adik perempuan Fie ikut tinggal dengan mummy, manakala 2 orang adik lelaki Fie ikut dengan daddy Fie. Mummy lah menjaga kami dua beradik dalam keadaan susah dan senang. Mummy banyak berkorban untuk kami. Mummy sentiasa berada disamping kami di saat kami memerlukan. Mummy sentiasa hadir ke mana-mana majlis kami sertai. Mummy juga mengajar kami erti berdikari. Sejak dari kecil lagi, kami telah diajar untuk mengemas rumah, basuh baju sendiri serta memasak. Kehidupan kami tidaklah semewah yang disangkakan oleh rakan-rakan Fie. Mummy Fie memang anak orang berada tapi mummy Fie lebih suka tinggal di rumah sendiri dan buat hal sendiri tanpa mengganggu orang lain. Ada ketika itu, kami memang tak cukup makanan tetapi mummy sanggup bagi makanan dia kepada kami supaya kami tidak kelaparan.
Perkara yang paling nakal Fie pernah buat masa Fie kecil dulu ialah Fie suka bermain di kawasan rumah nenek Fie sebab luas sangat-sangat. Kawasan rumah nenek Fie itu juga ada dusun buah-buahan. Cakap sahaja nak buah apa, semua buah-buahan tempatan ada di dusun itu. Fie selalu bermain-main dengan anak pekebun nenek Fie di kawasan dusun itu, keadaan dusun tu agak curam maklumlah kawasan berbukit lepas itu banyak pula binatang-binatang liar di situ seperti ular! Fie juga pernah pergi ke rumah kosong di sebelah rumah nenek Fie. Rumah itu baru siap, belum ada penghuni lagi. Fie dan kawan-kawan Fie tadi memanjat pagar rumah kosong itu lalu keluar masuk dalam rumah itu. Sempat lagi kami bermain-main dalam rumah itu. Bila ada orang datang kami cepat-cepat lari dan panjat pagar balik ke kawasan rumah nenek.
Masa Fie kecil juga Fie pernah masuk hospital disebabkan ada penyakit Apendiks, masa itu mummy Fie sangat-sangat risau dan sedih. Fie hampir nak dibuat pembedahan tetapi syukur alhamdulilah keadaan Apendiks Fie tidak seteruk mana. Sejak dari itu kalau Fie sakit, Fie tidak akan beritahu mummy Fie sebab Fie tidak mahu mummy Fie berasa risau dan sedih. Biarlah Fie sahaja yang tahu.
Masa Fie kecil juga Fie pernah masuk hospital disebabkan ada penyakit Apendiks, masa itu mummy Fie sangat-sangat risau dan sedih. Fie hampir nak dibuat pembedahan tetapi syukur alhamdulilah keadaan Apendiks Fie tidak seteruk mana. Sejak dari itu kalau Fie sakit, Fie tidak akan beritahu mummy Fie sebab Fie tidak mahu mummy Fie berasa risau dan sedih. Biarlah Fie sahaja yang tahu.
Fie berasa bertuah kerana Fie mempunyai seorang mummy yang sangat penyayang, bertanggungjawab serta menjaga kami dengan baik. Pengorbanan beliau memang tiada nilainya. Fie berazam untuk membawa mummy ke mana sahaja Fie berada, Fie akan menjaga mummy selagi hayat Fie masih ada. Fie hanya nak yang terbaik buat beliau. Alhamdulilah Fie sudah memberi sedikit hadiah buat mummy Fie dengan pencapaian akademik Fie yang cemerlang. Semoga Fie dapat menjalankan tugas Fie sebagai anak dengan baik. Amin.
Sampai disini sahaja entri khas buat mummy tercinta!
Fie sangat-sangat menyayangi mummy!
Fie nak minta maaf sekiranya ada sakiti hati mummy.
Mummy merupakan ibu yang terbaik di muka bumi ini buat Fie!
ibu, ibu...
engkau la ratu hatiku
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu...
Fie sangat-sangat menyayangi mummy!
Fie nak minta maaf sekiranya ada sakiti hati mummy.
Mummy merupakan ibu yang terbaik di muka bumi ini buat Fie!
ibu, ibu...
engkau la ratu hatiku
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu...






16 comments:
LOVELY!!
FIE ANAK YG BAEK..
sgt menarik
menang la!
akhir nye siap gak..
gudluck!!!
menarik gak crite fie ni..
lagi cerita ibu..
ibu permata yang tidak ternilai
tahniah berjaya siapakan entri ini
cayalah!
=_=
Menarik..
Sejuk Perut Ibu Fie..
Tahniah..
Menarik..
Sejuk Perut Ibu Fie..
Tahniah..
Adie: Thanks. Alhamdulilah..
Qarl: u punya entri pun sgt menarik ok! Menang kalah tak penting jnji ikhlas kita buat entri ini utk ibu kita kan..
AFA: nasib baik siap on time. dh la scan lama..hehe
wan: tenkiu! entri kamo sgt best!~ gmbr pn vavavoom..hehe
shafiq: thanks sudi baca..
entry best..ibu adelah segale-galenye...
alhamdulillah....ckp bkn sekadar ckp fie kene laksanakn taw..
gud luck:)
igt jasa ibu mu...bals jasa beliau
dgn kasih syg..
dah baca..emm..sayangi mak anda selamanya..jgn sesekali menyakiti hatinya...tq join contest
fie.. gud luck ye :)
good luck!!!
contest yg menarik.
dan mendidik.
;)
anak yg baik..=)
tenkiu semua!
syg korg!
nice contest la kan. ank yg baik, bagus. :)
http://chuckybelle.blogspot.com/
tahniahh menang
Post a Comment