Pages

Monday, March 21, 2011

Kembara Tweet II: Puncak Bukit Broga telah kami tawan!

Salam & Hey

20 Mac 2011 bersamaan hari Ahad, Fie dan kengkawan twitter (Faizal, Max, Dan) telah membuat trip ke Bukit Broga kat Semenyih. Actually trip ni dah plan beberapa minggu lepas lagi tetapi memandangkan masing-masing busy dengan kerja masing-masing so semalam baru lah dapat melaksanakan trip ni. :) So malam tu Fie kena lah tidur rumah my friend, sebab nak gerak awal pagi, lagi pun kami nak tengok matahari terbit di puncak Bukit Broga.

Seawal pukul 3 pagi kengkawan Fie dah bangun, tetapi Fie bangun lambat sikit 3.30 pagi baru bangun. Liat nak bangun awal-awal pagi tu. Maklumlah tak CUKUP TIDUR! 3 Jam je kot tidur. Fuhh.. memang mata susah nak buka lah kan! Bangun je terus pergi mandi & bersiap-siap sebab pukul 4.15 pagi my friend Dan akan ambil kitorang. Tepat pukul 4.15 pagi my friend Dan sampai! Wah very punctual person lah dia ni!~huhu.. Dan juga seorang pemandu yang berhemat tau! Nak ke kiri atau ke kanan mesti pasang signal!~ Cayalah Dan! :)

Selepas tu kami ambil seorang lagi member Fie, Max kat area Ampang. Lepas tu baru lah kami gerak ke Bukit Broga. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Broga, Semenyih mengambil masa kurang dari sejam. Kami sampai di perkarangan Bukit Broga dalam pukul 5.25 pagi, keadaan kat sana masih gelap gelita! So Fie nasihatkan kalau nak daki Bukit Broga ni awal-awal pagi ni kena bawa "Torch Light" & paling penting bawa air juga untuk mengelakkan penghidratan!

Kami memulakan pendakian dalam pukul 5.30 pagi, fuh memang agak mencabar juga nak daki Bukit Broga ni. Lagi-lagi macam Fie sebab stamina kurang. Ini semua disebabkan TAK BERSENAM lah ni! hehe. Tapi my friends Max & Dan relax je daki bukit tu! wahh !!~ Fie dah tercugap-cugap & kaki Fie rasa nak TERCABUT kot! :) Faizal lagi lah sampai terbatuk-batuk. (opss) Nak pendek kan cerita kami ada berehat beberapa kali untuk sampai ke puncak Bukit Broga.


Tepat pukul 6.30 pagi kami sampai ke puncak Bukit Broga! Dalam hati berkata "yeah!! akhirnya sampai puncak dah boleh duduk!" hehe. So kami cari tempat untuk duduk & berehat. Sambil menanti matahari terbit kami pun makan roti & biskut yang kami bawa. LAPAR giler kot! Energy dah takde... Bestnya dapat duduk!

Pemandangan kat atas Bukit Broga memang cantik! Lagi-lagi bila dapat tengok matahari terbit di puncak kan. Fuhh indahnya alam ciptaan Allah. Nyaman sungguh udara kat sini. Terasa hilang semua stress yang ada. Sekali sekala dapat lakukan aktiviti macam ni memang best dapat lari sikit dari rutin seharian. Atleast kita dapat membuat kelainan dalam kehidupan kita kan.

I will let the pictures do the talking now... hehe

(Bersiap sedia untuk mendaki Bukit Broga seawal 5.30 pagi!)

(Pemandangan di hentian pertama... rehat sebentar kaki dah lenguh...)

(rehat sekali lagi kat hentian ke-2 plak... kaki ku dah rasa sangat berat!)

(Pendaki-pendaki Bukit Broga. Agak ramai juga lah)

(Snap gambar kat signboard ni penting! Bukti dah sampai puncak! huhu)

(Keindahan Bukit Broga! Amazing kan!!~)

(Muka dah penat ni.. huhu)

(Masa untuk menuruni Bukit Broga. Turun bukit senang je...)

(Air penting ye kalau nak mendaki bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan)


Moral of the story:

1. Bersenam lah selalu - Bersenam dapat meningkatkan stamina & menambah gaya hidup sihat
2. Semangat sepasukan tu penting - Sentiasa tolong-menolong kengkawan semasa pendakian.
3. Time management - Kalau nak tengok matahari terbit tu kena lah pandai-pandai budget masa
4. Makan sikit sebelum mendaki - Makan sikit je untuk bagi tenaga nak daki bukit tu.

7 comments:

Momoy_Hafizah said...

the view sangat cantik!!~~ the bomb!!~~

Anonymous said...

Wah..bestnye!!

next time nak g la..

Anonymous said...

jeleZ nih...aku belum jejak agi :P

daniel said...

Aku memang skema.. pasang signal dan on time. Had a great time with you all, really.

Fie Omar said...

Moy: cantik sgt...

Adie: Pergi tau.. xrugi :)

bukankosong: hehehe.. g la ajak kwn2 g.. best!

danliew: huhu.. ok la tuu.. yg penting selamat kan! had a great time too!~

cik najah said...

drop here .
wah.. jelesnye.. canteknya view.. qlah sgt meminati aktiviti mendaki2 ni .

p/s: nak pegi....
p/s/s: tahniah ye ! :D

Fie Omar said...

qlah: thanks singgah :)

u shud go!~ tmpt ni best~