Salam Mr. BloggieHari jumaat nan ceria. Disenari pula dengan cahaya matahari yang indah sambil dibuai-buai dengan angin sepoi-sepoi manja. Memang sungguh nyaman & tenang rasanya hari ini.
Hari ini memang agak kemalasan lah juga aku nak bangun. Rasa macam tak cukup tidur pula. Huhu. Aku bangkit dari tidur dalam pukul 6.50 pagi. Aku mengambil masa dalam 15 minit untuk bersiap, maklum lah nak mengejar bus pukul 7.30 pagi kalau tidak mesti sampai lambat ke pejabat.
* Grr Grrr Kedengaran bunyi perut yang sedang berdansa dengan riang gembira
Aku sangat-sangat lapar! Semalam makan 3 bun gardenia saja sebab semalam OT sampai pukul 9.30 malam so aku dah malas makan nasi memalam macam ni nanti perut buncit pula makan memalam ni
* Perut ini harus lah di jaga! Nanti "saham" jatuh pula!
* Buka mata luas-luas sambil buat muka comel. Sekarang tengok
gambar kat sebelah ini. (Apalah pula yang cuba disampaikannya ni?)Dear Mr. Bloggie kalau kau nak tahu itu lah kerja yang membuatkan aku overtime! Memang boleh nangis buat kerja ini, lagi-lagi masa buat benda ni mood aku berubah-ubah. Benda yang aku maksud kan ini adalah Multimedia Project untuk client (Video Presentation)
Aku menggunakan software "Adobe After Effects". Ini PERTAMA kali okay aku guna software ini. Memang mula-mula tu memang menangis berdarah kot! Maklum lah ZERO knowledge tentang software ni. So aku pergi lah meng"Google" templates yang ada kat dunia cyber tu. Bapak susah nak cari!~ Tapi dapat lah satu dua aku berkenan so aku gunalah templates untuk memudahkan kerja dan memudahkan aku untuk belajar dan mengenali software ini. Omigod! Aku jatuh cinta dengan software ini ok!~ Dah feeling2 nak buat video letak gegambar aku sambil menambahkan effect-effect keBaBoom! Perhh memang terbaik!~
* Jejeling kat gambar sebelah jup. Yup desktop wallpaper aku gambar resort kat pantai! Memang tenang tengok gambar ini.Kertas yang ada atas keyboard tu adalah tiket penerbangan aku ke Kuala Terengganu.
*Yayyyy!!~ bersorak dengan penuh kegembiraan. (jangan gembira sangat Fie, kau pergi sebab urusan kerja ok!) Baiklah Mr. Bloggie (muka sedih sekejap) (T____T)
Ok esok nak gerak ke Kuala Terengganu. Video ni semua kena siapkan hari ini juga. Cayok...cayok...
Tak sabar nya aku nak jejak kaki ke Kuala Terengganu. Nak pergi pantai dan bermain dengan air laut!~ Wahhh... Excited gila dah ni.. hehe (^___^)V
Ok nak sambung buat kerja dulu. Muah muahh...
* Layan A.P.I - Pelita sambil feeling2 semangat berkobar-kobar.
2 comments:
Don't you just love being a Borneon? Beautiful surroundings, people! Love to be in Sabah.
Ibrahim Ismail.
I'm proud to be a Borneon.
I love the surrouding... the environment. I miss my hometown.
Post a Comment