* sambil dengar lagu Adele - Someone Like You.
Haihhhh... (mengeluh panjang) Aku sebenarnya tak tahu apa yang aku nak tulis kat blog ni. Yang pasti aku nak update blog ni setelah beberapa minggu tak update. Dah berhabuk-habuh dah. Hurm. Aku hanya nak update sediikit pasal kehidupan aku. Rasa dah lama tak kongsi dengan kau Mr. Bloggie.
19 Jun 2011 - Nothing much happened that day even that day was my birthday tapi aku tidak ada mood nak meraihkannya. Yup i'm 26 years old dah! Dah dewasa tapi still cute kan! (sila gelak or muntah kalau nak! Kang aku Pijak juga muka kau kang) *ops terganas sekejap. Huhu. Hari itu memang aku berdiam diri dari semua orang termasuk kengkawan rapat ku. Nak buat macam mana emosi agak terganggu kan. Sorry semua. Aku yang salah. Korang semua okey je. Aku yang tengah bertarung dengan diri sendiri.
Aku pun tidak tahu kenapa emosi aku agak terganggu sekarang. Mungkin keadaan sekeliling aku yang memaksa aku untuk merasakan sedemikian. Mungkinkah aku yang tidak faham akan situasi di sekeliling aku? Ah! aku pening dengan semua ini. Bilakah ia akan berakhir? Apa-apa pun aku harus kuatkan semangat untuk menghadapi cabaran hidup yang mencabar. Aku pasti! Aku yakin! Aku boleh!
Aku berharap hari-hari yang mendatang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Aku tak pentingkan kemewahan dalam dunia ini. Aku bersyukur apa yang aku ada. Paling penting bagi aku ialah kebahagiaan. Apa-apa pun aku tetap akan berusaha untuk memperbaiki semua kelemahan aku.
* Aku sayang kau. Aku sayang diri aku.

2 comments:
Beter kte sayang diri kita dlu sblom kita bersedia utk sayang org lain...
take rest~ dont stress urself..
go somewheere to releaese ur tension like beach or anywhere..
p/s: Happy Belated Burfday
Post a Comment