Pages

Thursday, July 15, 2010

Journey to Engagement Day

Salam semua.

11-15 June lepas aku bersama tersayang pergi ke KL untuk menghadiri majlis pertunangan salah sorang kawan baik ku Shazarina Hassim.

11June:
Hari ini aku bangun awal dalam pukul 4.30am sebab aku tak packing lagi baju-baju aku. Malas nak packing semalam. huhu. Dalam pukul 6am macam tu aku gerak ke Terminal 2. Sampai saja sana, Lippy ku belum lagi sampai. So tunggu lah dia sebab dia pegang tiket tu. After dia sampai baru la check-in. Then masuk lah tempat boarding. Actually ni lah first time akunaik AirAsia. haha. Tak pernah lagi. hehe. Pagi tu aku rasa lapar lah so aku pergi lah beli sandwich tuna just nak isi perut di pagi hari. Macam biasalah flight delay. Faham-faham lah kan (haish!)

Dalam flight: Flight ni biasa saja. Kerusi pun kecil! Ruang pun sempit. Mana lah cukup untuk kaki aku yg panjang ni. Fuh memang tak selesa aku duduk dalam flight tu. Tapi nak buat macam mana kan. Duduk saja lah. Nasib baik lah Lippy aku di sebelah. Dalam flight kami tidur saja. Tiada hiburan kan. Stewardess dia selekeh saja aku tengok tak macam stewardess dari airlines yang satu lagi tu kemas saja. huhu.

LCCT: Tiba saja kami terus beli tiket bus ke KL Sentral, before naik bus kami singgah lah makan dulu di Old Town. Laparkan. huhu. Dalam pukul 11 or 12 kami naik bus. Perjalanan mengambil masa sejam lah juga tak silap aku lah.

Sampai sahaja KL Sentral kami terus pergi tempat penyimpanan luggage, nak simpan beg-beg yang dipikul sebab kami nak cari baju Pink. Sebab belum ada lagi baju pink. Kena ikut tema bff aku ni. Kalau tak merajuk kang. haha. Ops.. So destinasi pertama kami pergi Jln TAR cari Lippy ku punya baju kurung. Dari satu kedai ke kedai lain, susah betul nak cari baju kurung warna pink. Bukan season pink kot. Penat la juga mencari baju pink, last2 ambil saja baju kurung plain then bubuh manik-manik sikit senang cerita. haha.

Lepas saja baju kurung, sekarang masa untuk aku pula cari baju pink. So gerak lah ke KLCC sebab aku dah pernah nampak baju polo pink kat PDI tapi hampeh baju tu dah habis stock. Terpaksa lah kami pergi ke Pavilion pula sebab sana ada Padini Concept kan. Memang aku selalu shopping kat situ. Favorite brand sebab cutting baju dia best sesuai untuk aku yang kurus ni. haha. Alhamdulilah dapat juga aku t-shirt polo tu. hehe. Ok baju semua dah siap dibeli so tiada apa-apa mahu buat sekarang tapi kami tak nak pergi Shah Alam awal so kami jalan-jalan lah lagi.


Then mata aku tertengok satu food stall ni. Nampak macam
menarik, so kami pergi lah try. Sebab aku ni pantang tengok tempat makanan yang menarik ni. Nama stall tu Shimino!~ Sedap!

Lepas puas jalan-jalan dan makan kami pun ambil beg-beg di KL Sentral then naik komuter pergi Shah Alam. Dari sana Shaza ambil kami. Sampai rumah kami pun mandi then berehat sekejap. Tetiba bakal tunang sorang ni rasa lapar so malam tu kami pergi la kat Uptown Shah Alam. Makan Char Kueh Teow. TAK SEDAP!!!! Nampak saja ramai orang tapi hurmm KECEWAnya!~ haha

12 June:
Hari ni bangun awal sebab nak pergi pasar beli barang-barang dapur untuk kenduri nanti. So pergi la Pasar Sec 6 tak silap aku. Aku dah lupa ar. hehe. Macam-macam kami beli di sana. Beli ikan, ayam, sayur, dll. Punyalah banyak! Berat pula tu. Boleh timbul otot-otot ku kalau hari-hari angkat barang macam ni. haha.

Di pasar pun kami bergambar. Lantak lah aku memang suka bergambar untuk jadi koleksi aku.
Pasar pun pasar lah.
Masa di tempat jual ikan tu kami ada bergambar juga then ada satu akak ni cakap tapi slow lah tapi shaza dengar. Dia cakap "kat pasar pun nak bergambar, orang nak beli ikan" then shaza cakap kuat-kuat kat kami "Dah akak ni nak pilih ikan ni" saja sindir akak tu..haha.. (Ops dialog maybe lain sikit sebab tak ingat sangat. huhu) Aku pula pandang sinis kat akak tu.lepas tu aku cakap "hai kak pilih ikan ke?" (entah dia dengar ke tak) muahaha..

Aktiviti untuk hari ni just buat persiapan untuk kenduri esok tolong kemas-kemas rumah dan buat hantaran tunang. Muiz pun datang hari ni. Rindu betul kat teacher sorang ni. hehe. Walaupun banyak dugaan dan rintangan yang perlu Shaza lalui, kami cuba sedaya upaya kami untuk tolong dia sedaya yang mampu. Aku tahu hari ni memang sangat mencabar kat kau kan. Takpe kau ada kami okie. ^__^

13 June:
The Big Day. Hari ni hari busy. Awal-awal pagi dalam pukul 10 ada bacaan Yasin. Tugas aku pagi ni just tolong susun pingang mangkuk saja. hehe. Kawan ku shaza, bersiap sedia untuk didandan cantik-cantik. huhu. Berseri-seri muka dia hari ni. Hari yang dinantikan tiba akhirnya. Memang cantik dia hari ni. huhu. Hari-hari lain pun cantik juga tapi hari ni lain sikit. haha. Rombongan lelaki sampai dalam pukul 3pm. Bermula lah proses pertunangan. Aku pula ditugaskan untuk ambil gambar majlis tu berlaku. Lepas saja majlis di rumah selesai kami semua gerak ke taman berhampiran untuk buat outdoor photoshoot. Beraksi lah kami di sana. hehe. Alhamdulilah majlis pertunangan Shaza berjalan dengan lancar. Yeay sorang bff aku dah jadi tunang orang. Shaza, kau dah tak boleh nakal-nakal dah lepas ni. huhu.


14 June:
Masa untuk bergerak ke KL. Stay di KL sehari. Hari ni masa untuk jumpa semua bff ku. Hangout time. Tapi sebelum tu aku dan lippy pergi Jln Tar sebab aku nak beli baju melayu untuk raya. huhu. Saja beli awal sebab d KK tak banyak choice. huhu. Dalam pukul 3.30pm kami (aku,lippy,shaza & muiz) pergi karaoke menghiburkan diri. Lepas tu kami ke Pavilion jumpa Zue dan Ein. Jumpa dorang lambat sikit sebab dorang ni kerja hari ni. So sampai di Pavilion terus pergi food court sebab masing-masing kelaparan. huhu. Borak-borak dengan dorang. Ein terkejut jumpa Shaza sebab Shaza dah berisi sikit. Maklum lah bahagia kan. wakaka. Dalam pukul 10pm macam tu dorang balik. yela masing-masing kerja esok. Lagipun Shaza mana boleh balik lambat dah nanti tunang dia marah. nanti asyik call je. haha. Aku dan Lippy ambil keputusan untuk tengok wayang cerita "Prince of Persia" sebab aku tak tengok lagi. Dah alang-alang kt KL ni tengok saja lah. hehe.

15 June:
Bangun awal sebab nak pergi shopping barang-barang. Breakfast kat kedai mamak area Bukit Bintang. Lepas tu baru lah pergi ronda-ronda semua shopping mall kat area BB ni.


Shopping time dan try satu tempat makan baru "My Honeymoon" tempat ni sediakan dessert. Banyak dessert yang nampak sedap. hehe. Not bad lah dessert dia. Tapi decoration tempat tu sangat-sangat tidak ikut tema. Tak seperti yang kami bayangkan. haha. After habis shopping dan makan kami terus pergi ke KL Sentral then naik bus ke LCCT. Pastu pergi check-in dulu sebab macam dah lambat suda. Berlari-lari kami kat LCCT tu. Lepas check-in. Aku rasa lapar lagi. haha. Pergi la singgah McD. Then boarding la. Macam entah apa-apa system kat LCCT ni. Argghhh BIKIN PANAS. Dah lah tiada notice board mana satu flight kena naik. Dah macam Amazing Race kami kat LCCT tu. Berlari-lari kejar flight. pastu salah flight pula tu. then terpaksa lagi berlari ke satu flight yang lain. Dah lah jauh!! arghhhhh!!~

Kesimpulan:
AirAsia system sucks!!!!~
Happy dapat jumpa bff ku!
Happy Shaza dah tunang!! (Aku tunang kau kena datang ok!! haha)
Happy hangout bersama dorang.
Happy bersama Lippy.

0 comments: