Pages

Wednesday, July 14, 2010

Besties. Girls Edition

Entry kali ini ditujukan khas buat kawan-kawan terbaik yang aku pernah kenal seumur hidup aku setakat ini. Kengkawan yang boleh masuk dengan diri ku. Terima aku seadanya. Khas untuk korang semua. Ngee~

Norhana Nawawi

Hana si budak memahami. Berasal dari Kuang, Selangor
Kawan yang sangat memahami aku. Terima aku seadanya. Aku selalu kongsi masalah aku dengan dia. Dia adalah seorang pendengar yang baik. Cukup memahami aku. Walaupun problem yang aku buat tu agak negetif tapi dia akan menasihatkan aku dengan cara baik. Aku rindu keluar dengan dia ni. Susah betul nak keluar dengan dia sebab kena buat appointment dulu kan sebab ramai nak keluar dengan dia. hehe. Hampir setiap tahun birthday aku, aku mesti ajak dia raihkan dengan aku. Rasa dah 2 tahun tak dapat raihkan bersama hana. Hadiah pun tiada ni. Haha. Gurau je hana yer. Sayang kau.hehe.

Hana juga suka bergambar macam aku. Aku ingat lagi masa diploma, ktorang berempat, aku, Hana, Shaza dan Pz konon-kononnya nak pergi library nak study group. Sampai saja library, kami masuk lah tapi sekejap sahaja. Di library bukannya study. Bergambar sahaja kerja kami. So kami ambil keputusan keluar dari library tu then bergambarlah di tempat-tempat berhampiran. Macam-macam aksi. Lagi-lagi la di muzium apa entah tu. Aku dah lupa. Tapi tu la salah satu kenangan indah aku bersama mereka.

P/s: Hana..kerja elok-elok ok.. Kalau terserempak dengan aku, jangan pula kau lupa nama aku ok. haha.


Shazarina Hashim

Shaza si budak shopaholic. Berasal dari Ayer Keroh, Melaka
Ngee. Jangan marah yer Shaza. Budak ni antara kawan aku yang aku paling sayang. Anyway budak ni dah tak single ok! Dah jadi tunang orang. huhu. Ni lah team mate aku buat group assignments. Apa-apa assignment yang kena ada group, aku akan pasti kan aku dapat dia dulu. haha. Dia ni kalau buat kerja memang terbaik. Dah lah tu rajin pula tu. Ada masa satu semester tu aku memang malas gila. Dorang pun sedar perubahan aku ni. Malas nak pergi kuliah, malas buat assignment. Memang satu semester tu problem aku memang banyak dan effect study aku. Memang drop abis pointer aku. haish. Apa-apa pun thanks kat kawan aku sorang ni. Sentiasa beri aku semangat, marah-marah aku suruh study, buat assignment semua. Kalau tak memang hanyut lah aku dibuai masalah-masalah aku pada masa itu. Sayang kau shaza. Thanks terima aku seadanya. Walaupun aku tahu siapa aku kan tapi kau still anggap aku kawan kau. hehe. Susah nak dapat kawan macam kau ni.

Aku suka keluar dengan dia ni, kalau ada free time dan duit mesti aku keluar dengan dia. Dia ni suka shopping. Ada saja yang nak dibeli kalau keluar walaupun ada duit tak seberapa tapi atleast ada satu barang akan dibeli. Lagi satu kalau shopping dengan dia ni aku suka beri pandangan apa-apa sahaja barang dia nak beli. Hampir semua aku pilih, dia akan beli. huhu. Kira aku ni pandai lah memilih sesuatu yang menarik untuk dipakai oleh kawan ku sorang ni
(Puji diri sendiri nampak. TAPI tu memang KENYATAAN..kan shaza? wakaka)

P/s: Semoga kau bahagia dengan Anip. Dah tahu tarikh nak kahwin nanti bagitau aku awal-awal ok. Aku ni jauh, nak apply cuti lagi, nak book ticket flight lagi kan. Lagi satu reserve seat untuk aku masa makan beradap ok! huhu.


Zuniza Hashim

Zue si budak emo dan comel. Berasal dari Jengka, Pahang
Ini lah kawan aku yang paling emo yang pernah aku jumpa. Haha. Rilek kau zue. Kau tetap paling aku sayang. Best bah kawan sama kau ni. Kita kan suka jalan-jalan. Kawan aku ni suka travel, suka pergi pulau-pulau yang ada di Malaysia ni.

Zue ni kalau bagi nasihat dengan aku mesti macam Ustazah. huhu. Gerun aku dengar. hehe. Tapi takpe lah kan. Pendapat dia, aku dengar je la daripada tiada sesiapa yang nak bagi nasihat kan.

Dia lah kawan aku masa senang dan susah. Semua lah besties ku memang kawan dalam susah senang. Tu yang susah sekarang nak cari kawan macam dorang ni. Aku bertuah dapat kenal dengan mereka.

Apa yer aku nak cerita pasal Zue ni.. hurm... (dia suruh cerita yang baik-baik je ni) haha..Ah! takde maknanya Zue. haha. Kawan aku sorang ni memang sempoi orang nya. Poyo pun ada juga. haha. Memain je zue. hehe. Dia ni suka shopping juga. Pastu kalau dia shopping tu harga mesti tak boleh belah. Nak yang mahal-mahal saja. Entah lah, kalau macam makan kat gerai makan pun makanan dia mesti kena kira yang paling mahal antara kami. Padahal lauk dia biasa saja pun. haha. Kawan aku ni pengemar beg dari Roxy. Entah berapa banyak koleksi dia ni. Sekarang ni pandai bergaya suda si kawan aku sorang ni. huhu.

P/s: kerja elok-elok. Simpan dulu duit tu, nanti boleh beli blackberry white edition kan. Bila nak belanja aku ni?


Nurein Kamdan

Ein si budak gaduh 2 minit. Berasal dari Gombak, Selangor
Ni gelaran zue bagi kat Ein ni. huhu. Kenapa? Sebab dia suka gaduh dengan boyfriend dia. tapi tak lama lah. huhu

Macam hari tu, aku dan zue ikut ein dan pakwe dia pergi ikea sebab ktorang nak makan meetballs dan swiss choc cake. yummy. Boleh pula dorang bergaduh sebab jalan nak pergi ikea tu. Kami kat belakang diam saja je lah tapi kami tau sekejap je dorang gaduh ni.

Ein ni juga kreatif orang nya. Kalau aku tengok design yang dia buat. Aku akan terfikir "aik kenapa aku tak terfikir nak design macam ni" haha nampak sangat aku ni tak kreatif kan. Ein juga mempunyai fashion sense yang baik. Suka tengok style yang dia pakai. Memang different dari kawan-kawan aku yang lain. Dia ni jenis berani ber"fashion".

P/s: semoga kau dan Qwiem cepat-cepat tunang dan kahwin. Sudah-sudah lah gaduh 2 minit tu. huhu


Nurul Muizza Tamaddun

Muiz si budak sweet. Berasal dari Batu Pahat, Johor.
Dia ni memang sweet. Kalau bercakap memang sopan. Lagi-lagi lah kalau korang call dia, suara memang lebih sopan. haha.

Best kawan dengan dia ni, dia ni suka nyanyi dan pergi karaoke. Aku pun suka pergi karaoke. Walaupun suara aku memang tak sedap tapi lantak lah tu salah satu cara aku menghiburkan diri kan. hehe. Suara muiz ni memang sedap. Suka kalau dia nyanyi Mandy Moore - I Wanna Be With You. Merdu betul. huhu.

Dulu aku takde lah rapat dengan dia ni. Sejak buat final project satu group dengan dia, baru lah aku rapat dengan dia ni. Easy going dia ni. Final project tu kitorang buat Kiosk untuk Bandar Hilir, Melaka. Sempat lah kami pergi jalan-jalan sana. Perh memang PANAS cuaca kat sana. Fuhh.. sampai surburn aku dibuatnya. hehe.

Kalau aku bosan-bosan duduk rumah, aku mesti sent sms kat dia ni ajak keluar. Maklum lah dia sentiasa free and single lagi kan. So senang lah nak ajak. Kalau nak ajak Shaza dia ada someone dah. Ajak Zue asyik je malas nak keluar. haha. Lagi satu senang nak ajak dia try makan kat mana-mana pun. Dia berani nak mencuba makanan baru. So sesuai lah dengan aku yang suka jalan-jalan cari makan. Muiz, aku rindu kat kau ni. Hope life kau sebagai teacher best. huhu. best ke? haha

P/s: Entah bila dapat jumpa kau lagi kan. Maybe time Shaza kahwin baru dapat jumpa kan. Semoga kau happy dengan life sekarang. Semoga kau dapat seseorang. amin.


Love you all!~ Semoga persahabatan kita berkekalan sehingga akhir hayat!

3 comments:

^^hekhek^^ said...

tq dear :)
i'll never forget u fren..soo touching lah..hihi

shaza here said...

aik.. mana post aku ptg td?
1st pembetulan, aku duk ayer keroh, ayer itam kt johor la..
word ko mmg touching..
syg ko tau.. rindu ko..
jgn lupa trun kl slalu.. huhu

lovie say : said...

haha. so sweet. luv yyou too fie. ingt tau kite kwn smpai bile2. nak nangis ni :)