Pages

Wednesday, July 14, 2010

Besties. Boys Edition.


Entry kali ini ditujukan khas buat kawan-kawan terbaik yang aku pernah kenal seumur hidup aku setakat ini. Kengkawan yang boleh masuk dengan diri ku. Terima aku seadanya. Khas untuk korang semua. Ngee~

Muzzafar Fahimi.

Muzz si budak positive. Berasal dari Sabah/Penang.
Ini lah kawan aku sejak zaman sekolah menengah lagi. Kawan yang banyak membantu aku dari dulu sampai lah sekarang. hehe. Orang yang sangat memahami aku masa dari dulu sampai sekarang. Masa aku di sekolah dulu, aku adalah murid yang paling diam dalam kelas. Satu patah perkataan pun susah nak keluar dari mulut aku. Orang gelar aku "mulut emas" haha. Aku akan hanya bersuara kalau cikgu paksa aku baca. Aku masih ingat lagi masa tu cikgu BM suruh baca di kelas, semua classmate aku tengok aku sebab nak dengar suara aku saja. haha. Masa PAFA lagi lah dorang sanggup tunggu turn aku. hehe.

Kawan aku sorang ini lagi lah sanggup call aku just nak dengar suara aku. haha. First time dia dengar suara aku di telefon, dia ingat daddy aku punya suara. Lagi pun masa tu aku tengah demam. Suara pun punya lah garau macam orang tua. hehe. Sejak hari tu, aku rapat lah dengan dia. Masing-masing kongsi interest yang sama & kongsi problem. Lagi satu masa tu dia suka adik aku. haha.

Dia lah kawan aku paling ambitious, spontaneous, happy go lucky.

P/s: Semoga kau success dengan business yang kau buat ok. InsyaAllah nanti pun aku join tu.


Syafiq Zolkeply

Syafiq si budak pandai. Berasal dari Baling, Kedah.
Syafiq jangan kau marah tau. Hehe. Dah memang reality kau memang pandai kan. Selalu saja dapat keputusan cemerlang. Kau lah sumber inspirasi ku untuk belajar. Cewah meng"kipas" kejap. haha.

Ini lah kawan aku yang aku rapat masa diploma dulu. Sampai sekarang pun boleh lah kira rapat tapi jarangjumpa sebab masing-masing ada life sendiri kan. Nak dipendekkan cerita, aku selalu bersaing dengan dia untuk dapat keputusan yang terbaik dalam sesuatu subjek tu. Tapi aku selalu saja kalah. haha. Tapi dah usaha kan. Ok lah juga. hehe.

Kawan aku sorang ni memang minat menyanyi. Suara dia pun sedap. Lunak bak buluh betong kan..haha gurau je Syafiq. Syafiq, aku rindu keluar jejalan dengan kau ar. Bila lah lagi kau nak aku bawa jalan-jalan pergi pulau kah. Kau kan suka diving sekarang ni. Wah impress aku dengan hobby baru kau ni. Nanti ada masa kita jumpa ok. Jemput lah datang KK nanti. Memori kita akan ku ingat seumur hidup aku. haha.

P/s: Jangan lupa cari something adventure in your life ok!


Hafizi Wahab

Pz si budak jiwa romantis. Berasal dari Bintulu, Sarawak.
Ops sorry Pz. haha. Dulu aku selalu keluar dengan dia ini. Orang nya memang cukup baik. Siapa yang dapat dia ni memang best. Sebab kalau dia sayang seseorang tu memang dia akan sayang sepenuh jiwa dia. Pz, aku tengah promote kau ni. (habuan ar nanti)

Kami suka makan di Burger King dulu. Makan black pepper burger, apa entah lama dia. Dah lama juga aku tidak makan di BK. So dah lupa lah. hehe. Kawan aku ni sangat low profile orang nya. Apa-apa pun best kawan
dengan dia. Pz nanti aku datang KL lagi kita pergi jalan-jalan cari makan tau. Jangan lupa aku ok. Hah! baru aku ingat, mana baju "melanau" yang ko janjikan dulu tu. Aku still ingat sampai sekarang!! hehe..

P/s: Semoga ko Happy dengan Life kau okie. Aku doakan yang terbaik untuk kau.


Zulkarami Ramlie

Zul si budak storyteller. Berasal dari Kelantan.
huhu sorry zul. Memain saja ni tau. No hurt feeling ok. Ngee.
Zul adalah antara orang pertama aku jumpa masa study di AIM KL.
Tak silap aku masa tu pendaftaran atau orientasi, dia ajak aku pergi solat. Tapi memandang kami pun tak kenal sangat KL ni. So pergi la Masjid India. Khutbah pun bahasa dorang. Langsung tak paham apa-apa. hehe.

Masa aku mula kenal dia, dia still dengan slang kelate dia. Aku pula dengan slang sabah ku. huhu. Dia cakap sepatah pun aku tak paham tapi buat-buat paham saja lah kan. haha. Kenangan terindah bersama zul ni masa pergi Genting Highland. Specially moment dalam cable car. Ops tak boleh cerita lebih nanti aku kena banned lagi macam hari tu. Marah zul dengan aku sebab aku masukkan video dia dalam application yang aku buat. Jahatnya aku. haha

Anyway memang fun kawan dengan dia. Nak cerita-cerita hangat dan fresh tanya sahaja dia. Banyak betul story yang dia ada.

P/s: Zul, semoga kau dapat cari pasangan yang sesuai dengan jiwa mu ok. hehe. Semoga berjaya dalam segala apa yang kau buat. Jemputlah datang KL lagi ok.


Hazwan Yasin

Zuan si budak sweet. Berasal dari Tambunan, Sabah.
Budak ni adalah junior lalink ku. huhu. Kenal budak ni pun dari Facebook. Belum sempat jumpa lagi lah. Maybe bulan Ramadhan ni kalau ada kesempatan boleh lah jumpa dengan dorang si Raf, Fanzi, Pai dan Zuan. Boleh lah buka puasa sama-samakan. InsyaAllah.

Dia salah seorang kawan tempat aku mengadu masalah aku. hehe. Walaupun baru kenal dengan dia ni. Tapi entah lah, senang aku mahu kongsi problem dengan dia ni. Memang pendengar yang bagus. hehe.

Sepanjang FIFA World Cup, budak ni punya lah semangat tengok bola. haha. Busy betul dia dengan bola. haha. Apa-apa pun, Thanks Zuan sebab jadi kawan aku. Thanks dengar problems aku tu okie. Haha. Ya aku tau problems aku tu complicated kan. ngee~

P/s: Study elok-elok. Jangan Jalan-jalan ja kau di sana. haha. Kim salam sama budak-budak rumah kau.


Syazwan Ishak

Wan si budak semak. Berasal dari Taiping, Perak
Kenapa aku panggil dia semak? Sebab itulah perkataan dia suka sangat sebut. Semak otak aku lah. Semak itu ini lah. hehe. Ops Wan jangan marah tau. Nanti kau semak lagi. hehe

Wan ini seorang yang jenis straight forward orang nya. Kalau dia tak suka sesuatu dia akan cakap terus tanpa berdalih. Aku cara dia. Dia ni jenis banyak cakap. Ada saja yang dia nak cakap. Ngam lah tu dengan aku. haha. Bahasa yang digunakan pun agak tak bertapis tapi itu adalah diri dia. Dia lah kawan aku paling ganas berkata-kata. haha. Apa-apa pun Wan, aku tetap sayang kau ar Wan. jangan ambil hati pula apa yang aku tulis ni. Wah dah lama gila tak jumpa kau ni Wan. Bila kau nak jumpa aku lagi? Kalau kau dapat kerja di sabah nanti bagitau aku ok.

P/s: Jangan semak-semak ok! Enjoy your life selagi yang mampu! Kalau ada apa-apa cari saja aku ok. You know where to find me, right?


Love you all!~ Semoga persahabatan kita berkekalan sehingga akhir hayat!

2 comments:

Fizi said...

touching pakcik membacenye..hehe..igt bege king igt aku fie

echa said...

huhu..igt bege king..igt plak bdk2 nie dtg cri kje kt ctu..