
Hi salam semua. Hari ni nak tulis sikit sesuatu berkaitan dengan CINTA. hehe. Baru je tadi saya baca artikel tentang "tanda-tanda anda sudah jatuh cinta". So saya nak kongsi serba sedikit apa yang tertulis dalam artikel tu dan beri pandangan saya pasal tanda-tanda tu. Mesti kamu pernah mengalami tanda-tanda yang akan saya kongsi ni.
1. Sukar melelapkan mata - maybe dulu anda senang mahu tidur tapi sekarang susah sedikit sebab asyik memikirkan si dia. [For me, maybe la tapi senang ja saya tidur. hehe. Otak kena clear baru senang mahu tidur]
2. Perasaan sentiasa berdebar - Bila bertemu si dia, kamu akan rasa mengelabah atau berdebar-debar. [yup memang berdebar pun tapi control lah kan. Act cool ja. huhu]
3. Suka ambil tahu - Bila anda suka seseorang anda mesti nak ambil tahu pasal si dia kan. Apa yang dia suka, apa yang dia tidak suka, makanan apa yang dia suka makan dan sebagainya [yeah perlu ambil tahu lah, baru lah senang mengenai dia kan.]
4. Resah gelisah - Bila tak nampak dia seharian, anda akan rasa gelisah. Kenapa dia tak datang? Dia sakit kah? Anda jadi tak tentu arah [ok tu rasa camtu tapi jangan la over sangat sampai ganggu kawan-kawan dia ke. hehe]
5. Dihinggapi cemburu - Anda akan rasa cemburu bila ada lelaki/perempuan dekat dengan si dia [Buat apa lah mahu cemburu, kalau anda tahu dorang hanya kawan. Yakin lah pada diri tu sikit. Mulakan lah langkah mengorat dia. Buat apa mahu tunggu lama-lama kan!]
6. Hobi baru, termenung - Anda menghadapi penyakit termenung. Asyik mengelamun pasal si dia. Tanpa anda sedar kawan-kawan anda pun perasan perubahan diri anda [Termenung? Isk isk takde keje lain ke? haha]
7. Dating - Anda akan sedaya upaya untuk ajak dia keluar tak kira la tengok movie ke, makan ke, jalan-jalan ke, anda pastikan anda dapat keluar dengan dia. [yeah! saya sokong ni! just be confident!]
8. Rindu - Yeah anda akan rasa rindu pada si dia padahal baru saja nampak/jumpa dia. [Rindu-rinduan tu memang best kan!]
9. Bergayut di telefon - Tak kira mahal atau murah, anda sanggup call dia. Nak dengar suara dia. Cakap berjam-jam lamanya. [Yeah i miss her voice. haha tertiba pulak!~]
10. Memberi hadiah - Anda akan beri dia hadiah walaupun birthday dia lambat lagi. [yup tak salah pun ni. tapi tak perlu la beli yang mahal-mahal just nak impress si dia kan. Ikhlas pun dah cukup. Lepas tu kita boleh tengok juga kalau si dia tu materialistik ke tak..haha]
11. Merajuk - Anda akan rasa merajuk jika si dia ada buat salah walaupun salah kecil. Anda akan tunggu di dia meminta maaf dulu. [eeee...gediknya! haha. sekali sekala boleh lah. kalau banyak kali menyampah! haha]
12. Sentiasa kata 'Ya' - Apa pun dia cakap, bagi pendapat dan permintaannya anda pasti akan jawab 'Ya' walaupun perkara tu sebenarnya tak masuk akal. [Adeh. Janganlah takut berkata 'Tidak' kalau sesuatu yang dia cakap tu tak betul atau sampai menyusahkan orang sekeliling!~]
13. Sanggup berkorban - Anda akan sanggup berkorban apa sahaja atau bersusah payah untuk si dia. Apa kehendak dia anda akan turuti. [Ha! Part ni kena la juga tengok apa yang perlu dikorbankan. Jangan ikut sahaja permintaan dia kerana cinta!]
14. Jadi orang lain - Anda ubah diri anda jadi orang lain, jadi ciri-ciri yang si dia nak. [Kalau ubah sikap tu ke positif takpe lah. Jangan lah ubah diri kita semata-mata untuk puaskan hati dia! Just be yourself ok!]
15. Pasang impian - Anda mula fikir pasal masa depan, fikir pasal nak kahwin dengan si dia. Kalau dah kahwin nak berapa anak? Dan sebagainya [Tak salah pasang impian tapi jangan lah terlalu tinggi kalau perjalanan tu masih jauh lagi. Just target phase by phase first]
16. Inginkan perhatian - Anda ingin perhatian dan meluangkan lebih masa dengan si dia. [Perhatian tu bagus tapi dinasihatkan jangan keterlaluan! Tu dah jadi GEDIKS namanya. haha]
17. Layan lagu jiwang - Kalau dulu anda dengar lagu rentak hip pop, rock, etc tapi sekarang lebih suka dengar yang sentimental. Lagu-lagu cinta yang penuh dengan ayat-ayat cinta menusuk dikalbu [yeah normal la tu kan. saya pun suka dengar!]
18. Bertekad memilikinya - Anda berhasrat memilikinya. Apapun keadaan dirinya atau apapun kisah-kisah silam dia, anda terima dia seadanya. Anda nak dia disamping anda, menjadi teman hidup anda sehidup semati. [Yup terimalah dia seadanya. Nobody perfect in this world. Everyone makes mistakes!]
Adakah anda sudah mempunyai tanda-tanda tersebut?
Tanya minda...Tanya hati...Anda akan dapat jawapannya!!~
(^_____^)V peace!!~
0 comments:
Post a Comment