
Hi semua. Jumpa lagi kita kan. hehe
Hari ni aku mahu cerita pengalaman aku interview untuk jawatan "Fasilitator Schoolnet".
Hari ni aku bangun awal sikit. Aku dah pesan kat adik aku supaya kejutkan aku pukul 5.30am. Yela aku nak bersiap lagi sebab hantar adik aku pergi sekolah then aku terus direct pergi tempat interview tu di Menara MAA.
So pagi tu aku pun bersiap. Kononnya hari ni nak skema-skema lah sikit sebab interview kan. Rambut pun sikat la belah tepi. haha. Dah siap semua, so gerak lah hantar adik aku dulu ke sekolah selepas tu aku pergi sarapan pagi kat kedai mamak area Menara MAA tu. Lagi pun awal lagi kan. Baru 7.20am. So nak melengah-lengahkan masa lah ni. hehe.
Pukul 8am aku gerak ke tempat interview tu. Sampai sana aku scan-scan dulu calon-calon interview, ramai juga lah. Lepas tu aku tengok caloncalon lelaki semua pakai tali leher! [Alamak aku lupa lah pula nak pakai]. It's ok lah suda aku tak bawa buat macam mana. Pasrah saja lah aku. haha. Then pergi kaunter, akak tu bagi borong untuk diisi. So aku isi lah apa yang patut. Akak tu cakap "siapa nak pergi breakfast dulu, pergi lah. Interview start pukul 9am juga". Aku dah breakfast so aku tunggu saja di sana. Tepat pukul 9am masing berebut ambil nombor giliran. Aku rilek saja malas nak berebut. So aku dapat no.39. Wah lama lagi ni. Tapi ada akak sorang tu mahu tukar nombor sama aku sebab resume dia belum print lagi, Nombor kakak tu no.20. Aku ambil saja lah, malas mahu tunggu lama-lama. hehe.
Then akak cute di kaunter panggil minta borang tadi dan salinan sijil-sijil aku. Perhh aku dah lah tidak bawa salinan tu sebab dorang suruh bawa salinan asal saja. Adeh, aku terus bergegas ke bangunan sebelah [Warisan Plaza] untuk photocopy sijil-sijil aku. Nasib baik sebelah saja. hehe.
Lepas saja photocopy sijil-sijil tu, aku terus berlari ke Parkson. Teka apa aku cari? [Neck Tie!] haha. Mana aku nak kalah dengan calon-calon lain! Markah tu.. haha..
Kembali ke tempat interview tu balik. Bagi aku punya salinan sijil-sijil dengan kakak yang cute tu. [opss]. Dalam 11.30 no. aku dan sorang lagi calon dipanggil masuk dalam bilik temuduga. Aku masuk dengan confident + smile. haha. So bagi file sijil-sijil ku dan file artworks aku kat interviewer tu. Then interviewer tu cakap "Aik kenapa sampai dua file ni?" Aku jawab lah "Satu untuk sijil-sijil, Satu lagi untuk artworks".
Sedikit dialog masa interview tadi. hehe
Aku : Assalamualaikum.
Interviewer: Walaikumsalam. Sila duduk.
Aku : Terima kasih.
Interviewer: Sekarang awak buat apa?
Aku : Tiada buat apa-apa pun. Baru saja berhenti kerja.
Interviewer: Kenapa berhenti kerja?
Aku : Sebab nak balik sabah.
Interviewer: Oh. Nak balik kampung lah ni
Aku : Lebih kurang lah. [senyum]
Interviewer: Tahu tak tugas-tugas Fasilitator ni? Cuba sebut.
Aku : Tahu. Jaga makmal computer [aku belum habis cakap dah kena potong]
Interviewer: Jaga makmal saja?
Aku : Eh ada lagi, [aku terangkan secara detail lagi]
Interviewer: Kalau saya letak awak ke kawasan pedalaman, awak nak tak?
Aku : Boleh. Mana-mana pun ok.
Interviewer: Ok, lagi pun awak single lagi kan so boleh lah saya letak awak jauh2
[Dia sebut semua kawasan pedalaman. Ada yang aku tak pernah dengar langsung,
siap aku tanya kat interviewer tu kawasan tu di mana. haha]
Interviewer: Ada apa-apa soalan?
Aku : [Blur. Tak tahu nak soal apa. haha]
Fuhh nasib baik dia tak tanya aku pasal politik negara, isu-isu semasa dan nama-nama menteri!!~ [selamat..sebab aku lemah bab-bab politik! sebab memang tak suka politik!]
Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar.
1 comments:
hahaha..oraitt lar 2..
aq dlu dia siap tny aq blh dok pdlmn mne..
aq ckp xksh..pas 2 dia nk ltk aq kt k.pilah..tp aq xda sedara mara..last2 aq kne cmpk dlm palong..warrrgghh..1st time dtg rse nk nanges..myesal skjp pn ada..
Post a Comment