
Ramadhan semakin hampir so ramai lah orang mulai membuat kenduri kendara bagi mengingati insan yang sudah meninggalkan kita.
22 July: Khamis lalu aku dan adik-adik aku dijemput hadir ke kenduri rumah makcik ros aku. Di sana jumpa lah sedara mara aku belah daddy aku. Aku memang agak rapat dengan ahli keluarga sebelah daddy aku daripada belah mummy aku. huhu. Memang meriah lah kenduri belah daddy aku, ramai sedara mara datang. Budak-budak ramai. hehe. Best layan budak-budak ni. Kan best kalau dah ada anak sendiri. huhu. Macam mana mahu ada anak sendiri kalau tak kahwin lagi kan? haha. Tunggu lah jodoh dan rezeki ada baru lah fikir perkara tu.
24 July: Sabtu ni aku dijemput menghadiri kenduri oleh ibu lippy ku. Aku pergi dengan adikku Ciden. Dalam pukul 4 pm aku sampai. Ustaz dan yang lain datang dalam pukul 4.30 pm. Dimulakan membaca yasin, doa-doa dan lepas tu makan. Macam-macam lauk ibu masak. Ada pageri nenas, rendang ayam, arca, sayuran, ikan bilis dan paru. Sedap semua makanan ni. 2 round aku makan. hehe. Pageri nenas agak pedas, berpeluh-peluh aku makan. hehe. Ibu cakap dia masukkan "lada keriting" aku pun tidak tahu lada jenis apa tu. hehe. Aku makan saja sebab sedapkan. hehe. Lama juga tidak nampak Apiz (abg) sihat saja aku tengok dia ni. hehe. Ibu cakap dia makin gelap. Mungkin sebab cuaca di sana yang agak panas. Gf abg (Ima) pun ada tadi. Rajin betul di dapur. hehe. Sweet orangnya ayu-ayu. hehe. Si Apiz ni asyik makan saja, the gf dia bersuara "Dia ni makan saja selagi belum tidur" hehe. Dalam pukul 7 pm baru lah kami balik. Memang senak perut aku dibuatnya. Kenyang berabis. Makan nasi dengan lauk pauk pastu makan kek lagi. Fuhh... Alhamdulilah...~
Semoga roh-roh insan yang telah pergi dicucuri rahmat. Amin.
Al-Fatihah.
0 comments:
Post a Comment