Pages

Tuesday, July 31, 2012

Jelajah Asia : Bali Part I


Jelajah Asia : Edisi Bali (30 Mac - 02 April 2012)
Kali ini aku jelajah Bali bersama Sahabat Terbaik saya Azrie Azhar



30 Mac 2012: 


Yay! Hari ini ke Bali! Excited nya! Flight kami pukul 925 pagi dari LCCT ke Ngurah Rai Airport, Bali. Tempoh penerbangan mengambil masa selama 3 jam. Sampai saja di Bali kami disambut oleh Pak Totok. Pak Totok kemudiannya bawa kami ke menjamu selera di kedai makan area airport tu juga. Lepas makan terus pergi check-in hotel dan bersiap sedia untuk ke Garuda Wisnu Kencana (GWK). GWK terletaknya patung Dewa Vishnu & patung Burung Garuda yang besar. Bak kata Pak Totoh, kalau patung ni siap sepenuhnya ia dapat mengalahkan statue of liberty. 



Perjalanan seterusnya pula ke Uluwatu Temple. Agak tergamam seketika bila melihat pemandangan di sini. Indah sungguh ciptaan Allah. Warna air laut biru kehijauan seperti di alam fantasi! Sangat cantik! Saya sangat suka tempat ini! Tempat ini juga terdapat banyak monyet-monyet liar yang berkeliaran. Saya hanya suka monyet yang gemuk sebab monyet tu lagi mesra daripada monyet yang kurus-kurus sebab ganas! Menakutkan!



Selepas melawat Uluwatu Temple kami dibawa makan ke pantai area Jimbaran. Nama restauran tu "Furama Bumbu Bali". Makan tepi laut ok! Romantik sangat ala-ala candle light dinner. Erghh pengsan jap sebab terkejut sebab pelik kot untuk kami berdua makan seperti tu. Awkward! Makanan yang dihidangkan adalah makanan laut. Sedapnya! Selesai makan kami kembali ke hotel dan terus terlena. Penat sangat rasanya hari itu.



31 Mac 2012:

Hari kedua di Bali. Misi kali ini adalah ke Kintamani, sebelum ke Kintamani kami ke Ubud. untuk melawat tempat mencanting batik. Ubud terkenal dengan penghasilan barang-barang yang berunsur kesenian seperti batik,  perak, seni ukiran kayu dan sebagainya. Setiap kampung berbeza-beza jenis barang yang dijual & sangat teratur.



Selepas Batik, kami pergi melawat Bali Bird Park kerana masih terlalu awal untuk kami ke Kintamani. Harga tiket dalam Rp240k seorang tak silap. Wah mahalnya! Terkejut kejap tapi nak buat macam mana dah bayar so kami masuk saja lah. Taman burung tu agak cantik.  Malaysia patut ada zoo macam ni! Ok lah tu dengan harga bayaran seperti itu. *sedapkan hati je. Hakikatnya menyesal sebab harga tiket mahal. huhu*



Destinasi seterusnya pula adalah  Pura Tirtha Empul. Salah satu tempat sembahyang orang Hindu yang popular dengan Holy Water. Terdapat juga satu kolam yang orang ramai boleh mandi untuk menyucikan diri.Sejuk airnya *Macam mandi padahal celup-celup tangan je*



Jalan-Jalan cari makan ke Kintamani/Batur Volcano. Pemandangan Gunung Berapi Batur sangat WOW! Suasana sini pun agak tenang. Agak ye! Tak tenang sangat sebab ramai penjual-penjual yang akan sentiasa berada disamping kita. Penat nak melayannya!

Bersambung...





Tuesday, April 10, 2012

Jelajah Asia : Terokai Singapura (Hari Kedua)

Jelajah Singapura Hari Kedua :)

11 Mac 2012 - Hari kedua aku dan dia menjelajah ke Kota Singapura. Kali ini kami gerak sendiri ke sana (Free & Easy). Memulakan perjalanan dari JB dengan menaiki bus (RM 1) dalam pukul 10 pagi selepas itu kena melalui dua imigresen Malaysia (sini korang kena berlari sebab nak kejar bus tu balik) & Singapura (Woodland). Dari Woodland terus ke Stesen MRT Kranji.

Stesen MRT Kranji


Misi kali ini adalah untuk mencari barang dan bersiar-siar sekitar Orchard Road so kami naik MRT dari Stesen Kranji ke Stesen Orchard. Perjalanan dari Kranji ke Orchard mengambil masa dalam 40 minit. Sampai je Orchard, perhh ramai gila orang kat sini terutamanya foreigner dari Filipin. Kami terasa berada di Filipin pula. huhu. Orchard Road ni memang Syurga untuk membeli-belah bagai yang suka shopping tu lah! Nothing much yang kami buat kat sini sebab agak pening disebabkan terlalu ramai sangat orang so kami teruskan perjalanan ke Marina Bay menggunakan MRT juga sebab teringin nak tengok kapal atas hotel triplet tu. Pemandangan Marina Bay boleh dikatakan amat menenangkanl hati juga. Tempat ni tenang. Kami berada di Marina Bay sehingga pukul 8 malam disebabkan nak mengejar bus untuk balik ke JB. Apa-apa pun aku sangat enjoy bersiar-siar di Kota Singa ini.

Monday, April 9, 2012

Jelajah Asia : Terokai Singapura (Hari Pertama)

Jelajah Singapura: Universal Studios Singapore
*Wajib pose kat sini*

11 Mac 2012 merupakan tarikh pengembaraaan aku ke kota singa setelah hampir 10 tahun tak jejak kaki kat Singapura. Banyak perubahan juga lah aku nampak. *Dah 10 tahun kot tak kan lah takde apa-apa perubahan kan!* :) Aku ke Singapura bersama tunang aku.

Hari pertama di Singapura, kami melawat Universal Studios Singapore. Bergerak seawal 930 pagi dari JB itu pun sebenarnya berangan nak naik bus dalam pukul 630 pagi tapi malang nya aku liat nak bangun pagi :) Kami sampai kat USS dalam pukul 11 pagi kalau tak silap aku. Teruja sangat nak masuk USS. Sakai sangat aku! 

USS sangat best. Sesuai untuk sesiapa yang suka berhibur di taman tema. Tarikan utama aku nak ke USS adalah ROLLER COASTER dia! Aku merupakan Peminat Roller Coaster! Terdapat dua roller coaster yang patut korang cuba di sini (Battlestar Galactica: Cylon & Human). Aku hanya berjaya naik Cylon itu pun setelah melihat benda itu habis 3 sesi. Gerun seyh! *Dup dap dup dap dup jantung aku ok! tapi aku cuba juga berani kan diri. Nekad untuk naik juga* Impian ku kot! :) Aku berjaya naik juga akhirnya. Selesai saja naik roller coaster tu kepala aku pening sikit. Mana tak nya, berpusing2 kot benda tu. Ahhh aku sangat puas hati!

Aku suka USS. Sangat menghiburkan. Aku suka tengok characters kartun yang ada kat sini. Oh cukup dengan kata-kata ini. Mari tengok gambar saja. Kang bosan pula asyik membebelkan.


Selesai sudah pengembaraan di hari pertama. 


Kembara Alam: Zoo Negara

Kembara Januari: Kembara Alam di Zoo Negara.


Assalamualaikum Bloggie,

Dah lama rasa nya aku tidak menulis di sini, bukan tiada masa tapi aku tiada mood nak menulis. 

Korang semua sihat? * macam lah ada orang baca lagi blog aku ni kan. hehe

By the way aku nak update sikit lah pasal my journey aku dari bulan Januari sampai April. Mood nak menulis tengah membuak-buak setakat ni. 


15 Januari 2012: 

Hari ini aku cuba untuk mengubah rutin mingguan aku, jadi aku rancangan dengan sahabat aku Faizal untuk pergi ke Zoo Negara since masing-masing pun sudah bosan sebab asyik jalan-jalan area KL melawat shopping mall saja jadi kenapa tidak kami tukar sedikit program kebiasaan kami kan? Kami buat keputusan untuk melawat haiwan-haiwan kat Zoo Negara, lari dari daripada golongan-golongan manusia yang mengejar keseronokan dan kebendaan di Kota Metropolitan ini.

Seawal pagi kami bergerak ke Zoo Negara, semangat katanya melawat Zoo Negara terutama sahabat aku seorang ni lah. 

*Ops Faizal aku terkutuk kau kejap. Maafkan patik ya :)

Sebelum ke Zoo Negara, kami sarapan pagi dulu di kedai mamak selepas itu baru lah gerak ke Zoo Negara. Bagi aku Zoo Negara tak banyak perubahan dari pertama aku datang sampai lah sekarang ni. Aku pun tidak tahu mengapa tiada ada sebarang perubahan. Kalau nak dibandingkan Zoo di Singapura & Indonesia, Zoo mereka jauh berbeza dengan Zoo Negara kita. Zoo kat sana maju dan CANTIK! Aku bukan nak kutuk atau mengata tapi ini hanya pendapat seorang insan yang agak kecewa dengan pihak-pihak tertentu. Aku hanya kasihan kepada haiwan-haiwan yang tinggal di dalam Zoo itu. Mereka juga perlu tempat / habitat yang selesa seperti habitat asal mereka. Apa-apa pun aku suka masuk kawasan rama-rama di dalam Zoo Negara ni kerana Rama-rama kat sini sangat suka saya! 

*Ok aku dah mula perasaan :)

Akhir kata, sekali sekala ziarahi lah mereka di Zoo Negara ni. Wang yang anda belanjakan akan disalurkan kepada haiwan-haiwan kat sini juga kan :)





Thursday, March 15, 2012

uncertain.

There time that we could all use a little help. 
When our generosity has been repaid with cruelty. 
When our behavior has fills us with regret.
And when our future has become terribly uncertain.
But then there those, who pass the point of hell. 
But when they wake, they live nothing but destruction.

Friday, February 17, 2012

Sahabat



Assalamualaikum

* sambil dengar lagu Najwa Latif - Sahabat. (^__^)v

Sahabat bagaikan permata yang hadir dalam diri seseorang. Sahabat yang baik sentiasa berada dalam setiap situasi yang kita tempuhi, tak kira situasi itu manis ataupun pahit. Sahabat juga seorang yang boleh kita berkongsi masalah dan apa-apa sahaja yang perlu dikongsi. 

Aku bersyukur kerana aku dikurniakan sahabat yang sentiasa berada di sisi aku setiap kali aku memerlukan sahabat. Sahabat tempat aku meluahkan setiap apa yang terbuku di hati ini yang aku tak dapat kongsi dengan orang lain. Setiap tangisan & gelak tawa ku, sahabat lah menemani aku. Terima kasih sahabat. 

* Untuk mu sahabat, marilah kita dengar sama-sama lagu ini. Lagu ini untuk sahabat!



P/s: Jadilah sahabat ku, kamu pasti dapat selami hati ku. :)


Friday, February 3, 2012

Hati & Mata

Hati mengetahui apa yang kita rasa.
Mata mengekspresikan apa yang terbuku di Hati.

Hati mula berkata-kata.
Mata mula mencari-cari.

Mampukah hati ini bertahan.
Mampukah mata ini menahan airmata.

Kenapa Hati mula bersedih?
Kenapa Mata mula mengeluarkan airmata?

Hanya Hati & Mata yang tahu.

Sunday, September 4, 2011

Salam Aidilfitri.

Assalamualaikum w.b.t

Raya tahun ni berbeza dengan raya-raya sebelum ini sebab tahun ini aku beraya kat KL & Pahang. Jauh dari semua ahli keluarga ku yang berada kat Sabah tu. Walaubagaimanapun aku tidak beraya seorang diri, alhamdulilah tahun ini aku beraya dengan keluarga angkat aku. 

Disini aku hanya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada insan-insan yang aku sayang & yang pernah hadir dalam hidup aku. Ampun maaf dipinta kalau aku ada buat salah silap sepanjang perkenalan aku dengan korang semua. Halal kan makan minum aku. 

Aku juga maafkan segala kesalahan korang & kepada yang suka buat cerita pasal aku / stalker, aku juga maafkan segala perbuatan korang yang lepas-lepas itu, so kalau buat lagi lepas ini aku serah kan segalanya kepada Allah untuk menghukum korang :)

Sunday, August 14, 2011

Self-Cam session

Assalamualaikum.


Alhamdulilah hari ini dah masuk hari ke-14 berpuasa. Rasa dah lama aku tak update blog ini, dah hampir dua bulan kot. Entah lah kenapa sekarang tiada mood sangat nak update. *Bukan ada orang baca pun kan. huhu.


Raya tahun ini pun tidak ada mood nak beraya, aku pun masih tidak tahu kenapa tiada mood. It's ok mungkin dah dekat-dekat Syawal tu, insyaAllah akan ada mood kan. 


Entri kali ini saja nak menggedik tunjuk gambar-gambar "self-camwhoring" semalam. Aku bosan sangat pagi tu, jadi aku ambil keputusan mengeluarkan kamera & tripod aku yang dah lama tak keluar dari beg tu. Kesian pula aku tengok kamera tu dah macam berhabuk-habuk *Kesian katanya.. hehe.


Ok lah aku, aku pun tak nak tulis panjang lebar sangat biar lah gambar-gambar ini menerangkan segalanya. 







.Sekian.

Thursday, June 23, 2011

The Darkness.

Salam Mr. Bloggie & you.

* sambil dengar lagu Adele - Someone Like You.

Haihhhh... (mengeluh panjang) Aku sebenarnya tak tahu apa yang aku nak tulis kat blog ni. Yang pasti aku nak update blog ni setelah beberapa minggu tak update. Dah berhabuk-habuh dah. Hurm. Aku hanya nak update sediikit pasal kehidupan aku. Rasa dah lama tak kongsi dengan kau Mr. Bloggie. 

19 Jun 2011 - Nothing much happened that day even that day was my birthday tapi aku tidak ada mood nak meraihkannya. Yup i'm 26 years old dah! Dah dewasa tapi still cute kan! (sila gelak or muntah kalau nak! Kang aku Pijak juga muka kau kang) *ops terganas sekejap. Huhu. Hari itu memang aku berdiam diri dari semua orang termasuk kengkawan rapat ku. Nak buat macam mana emosi agak terganggu kan. Sorry semua. Aku yang salah. Korang semua okey je. Aku yang tengah bertarung dengan diri sendiri.

Aku pun tidak tahu kenapa emosi aku agak terganggu sekarang. Mungkin keadaan sekeliling aku yang memaksa aku untuk merasakan sedemikian. Mungkinkah aku yang tidak faham akan situasi di sekeliling aku? Ah! aku pening dengan semua ini. Bilakah ia akan berakhir? Apa-apa pun aku harus kuatkan semangat untuk menghadapi cabaran hidup yang mencabar. Aku pasti! Aku yakin! Aku boleh! 

Aku berharap hari-hari yang mendatang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Aku tak pentingkan kemewahan dalam dunia ini. Aku bersyukur apa yang aku ada. Paling penting bagi aku ialah kebahagiaan. Apa-apa pun aku tetap akan berusaha untuk memperbaiki semua kelemahan aku. 

* Aku sayang kau. Aku sayang diri aku.

Tuesday, May 17, 2011

mereka.keji


Assalamualaikum w.b.t

* kedengaran laungan azan asar sedang berkumandang.

Buruk. Baik.

Aku pun sendiri tidak paham kenapa "insan-insan" seperti ini nak menceritakan perkara-perkara yang tidak baik pasal seseorang. Kenapa perlu memburukkan atau menjatuhkan orang lain dengan perkara-perkara yang si dia pernah lakukan sebelum ini? Bagi aku tiada seorang pun insan dalam dunia ini sempurna ok!

* kau paham tak?!

Past is past.

Ha! Past is past! Dah tahu pun cerita lama, yang kau nak bangkitkan semula itu kenapa? Sebab marah? sebab dendam? sebab apa yang kau tak dapat dari seseorang tu? Ah! Growth up la wey! Tak kan lah kau nak jajah semua cerita lama orang tu kat semua orang kot! Kau ingat kau sempurna sangat lah! Kau pun ada buat silap kan! Kenapa perlu menyeksa, merosakkan atau menjatuhkan hidup orang lain? Perlu kah semua itu? Perlu?

* tetiba aku rasa sangat beremosi dan panas!!~ BIKIN PANAS jak!

Aku sangat tidak suka dengan "insan-insan" seperti ini. Mereka tiada kehidupan sendiri kah? Kenapa mereka perlu ganggu orang lain? Aku hanya boleh berdoa kepada Allah supaya mereka ini dapat berubah. Semoga mereka insaf satu hari nanti. Mereka patut berfikir seketika, apa perasaan bila diri mereka sendiri diperlakukakan seperti itu!

.OkThxBye.

Saturday, May 14, 2011

For you... you...you... and you...

I know you guys (stalkers) read my blog . 
This entry is specially for you guys. 
Enjoy. I love you.
.
.
.
"If others have to say bad things about you, they obviously have nothing good to say about themselves."
..
"Haters only hate the people they can't have or the people they can't be."

Wednesday, May 4, 2011

For you.

I Love You
I Love You
I Love You
I Love You
I Love You
I Love You
I Love You
I Love You
I Love You
I Love You
-fie omar-     

Friday, April 22, 2011

Jumaat itu Indah.

Salam Mr. Bloggie

Hari jumaat nan ceria. Disenari pula dengan cahaya matahari yang indah sambil dibuai-buai dengan angin sepoi-sepoi manja. Memang sungguh nyaman & tenang rasanya hari ini.

Hari ini memang agak kemalasan lah juga aku nak bangun. Rasa macam tak cukup tidur pula. Huhu. Aku bangkit dari tidur dalam pukul 6.50 pagi. Aku mengambil masa dalam 15 minit untuk bersiap, maklum lah nak mengejar bus pukul 7.30 pagi kalau tidak mesti sampai lambat ke pejabat.

* Grr Grrr Kedengaran bunyi perut yang sedang berdansa dengan riang gembira

Aku sangat-sangat lapar! Semalam makan 3 bun gardenia saja sebab semalam OT sampai pukul 9.30 malam so aku dah malas makan nasi memalam macam ni nanti perut buncit pula makan memalam ni

* Perut ini harus lah di jaga! Nanti "saham" jatuh pula!


* Buka mata luas-luas sambil buat muka comel. Sekarang tengok gambar kat sebelah ini. (Apalah pula yang cuba disampaikannya ni?)

Dear Mr. Bloggie kalau kau nak tahu itu lah kerja yang membuatkan aku overtime! Memang boleh nangis buat kerja ini, lagi-lagi masa buat benda ni mood aku berubah-ubah. Benda yang aku maksud kan ini adalah Multimedia Project untuk client (Video Presentation)

Aku menggunakan software "Adobe After Effects". Ini PERTAMA kali okay aku guna software ini. Memang mula-mula tu memang menangis berdarah kot! Maklum lah ZERO knowledge tentang software ni. So aku pergi lah meng"Google" templates yang ada kat dunia cyber tu. Bapak susah nak cari!~ Tapi dapat lah satu dua aku berkenan so aku gunalah templates untuk memudahkan kerja dan memudahkan aku untuk belajar dan mengenali software ini. Omigod! Aku jatuh cinta dengan software ini ok!~ Dah feeling2 nak buat video letak gegambar aku sambil menambahkan effect-effect keBaBoom! Perhh memang terbaik!~

* Jejeling kat gambar sebelah jup. Yup desktop wallpaper aku gambar resort kat pantai! Memang tenang tengok gambar ini.

Kertas yang ada atas keyboard tu adalah tiket penerbangan aku ke Kuala Terengganu.

*Yayyyy!!~ bersorak dengan penuh kegembiraan. (jangan gembira sangat Fie, kau pergi sebab urusan kerja ok!) Baiklah Mr. Bloggie (muka sedih sekejap) (T____T)

Ok esok nak gerak ke Kuala Terengganu. Video ni semua kena siapkan hari ini juga. Cayok...cayok...

Tak sabar nya aku nak jejak kaki ke Kuala Terengganu. Nak pergi pantai dan bermain dengan air laut!~ Wahhh... Excited gila dah ni.. hehe (^___^)V

Ok nak sambung buat kerja dulu. Muah muahh...

* Layan A.P.I - Pelita sambil feeling2 semangat berkobar-kobar.

Thursday, April 21, 2011

Yuna - Decorate

Salam...

I'm in love with this song!~ Hampir setiap masa akan layan lagu ni.. :) So Fie nak share lagu ni untuk semua :)


Wednesday, April 20, 2011

Omigod! #Terharu

omigod! omigod! omigod! omigod! omigod! omigod! omigod! omigod! omigod! omigod!omigod! omigod! omigod! omigod! omigod!

Wahh terharunya aku... One of my twitter friend (MAXCHUA) tetiba call aku... Tanya napa aku takde dah kat Facebook & Twitter! Tanya aku ada masalah ke tak... Wow aku tak sangka aku punya sahabat-sahabat seperti itu...

AKU SAYANG KORANG!!
~ Specially You! You! You! You! You! You! You! Yes! You!
MFH, MC, DL & AA!!!~


Opsssssssss... Entry ini agak emosi kegembiraan ok!!~ Hahaha..... Thank you so much guys!!~

*Gile HAPPY ok! Masih ada insan-insan yang ambil berat kat aku!~ :)

Khas buat sahabat.

Thursday, April 14, 2011

Alhamdulilah... TPM


Salam...

Semalam 13 April 2011 Fie ada interview kat Faculty of Art & Design . Seawal 7 pagi dah sampai kat fakulti tu sebab interview kononnya start pukul 8 pagi katanya. But you know what? Interview start pukul 10 pagi ok! Omigod lamanya tunggu tapi takpe lah kan. Before start interview tu, team interview tu suruh buat essay ok! Perhh tak pernah Fie pergi interview kena buat essay bagai ni :) So tajuk essay dia adalah "List down criteria highly effective lecturer?" Kena lah jawab since Fie apply Biasiswa jadi lecturer kan... Memang meng"goreng" lah Fie dalam essay tu. Buat ayat-ayat manis semua.. huhuhu.. Takpe janji buat daripada tinggalkan kosong kan...

After pukul 10 pagi... Nama Fie dipanggil untuk ditemuduga.. Omigod memang berdebar-debar rasanya... dup... dap.. dup.. dap... Memang nervous giler!!!!~ Masuk je bilik mesyuarat tu... Jeng jeng jeng ada 8 PANEL tengah duduk menghadap Fie.. omigod Omigod omigod!~ Bertambah-tambah nervous Fie...

So Fie duduk lah menghadap 8 panel panel tu. Yang paling penting posture duduk tu kena betul yer. hahaha.. dan mesti senyum selalu biar nampak ceria sikit. Buat-buat cover nervous. Sementara beberapa panel check my sijil-sijil & my printed artwork sorang panel yang mula bertanya soalan. So seperti yang dijangkakan soalan pertama adalah "tell me more about yourself" So Fie kenal kan lah diri.. (nama..study mana...stay mana...experience keje..and so on..) Pastu dia tanya plak "Why applied for this course? since your background study is Multimedia" Fuhh.. memang terdiam jup tapi Fie jawab je. Mengoreng je keje Fie dalam tu.. haha.. Tapi seriously Fie memang nervous & agak tergagap-gagap sebab tak prepare sangat.

Lastly dorang nak tengok projects Multimedia yang Fie pernah buat... "Yes finally ni kekuatan Fie.. hahaha.." (dalam hati berkata-kata). So Fie tunjuk lah 2 project Multimedia yang Fie pernah buat & my favourite. haha.. So Fie tunjuk "Banda Hilir E-Kiosk" & "E-Profile". Fie rasa dorang agak impressed dengan "E-Profile" yang Fie buat untuk lecturer Fie tu.. hahaha.. (Terangguk-angguk panel2 tuu.) Fie senyum je.. So sampai situ je la interview nya...

Kalau ada rezeki, insyaAllah dapat. For me rezeki kat mana-mana kan. Janji dah usaha mencari peluang yang ada. Jika rezeki ini berpihak kepada Fie, Fie akan sambung MASTER dalam Design Management! Yayyhhh.... Amin...

Tuesday, April 12, 2011

1 Day to go... TPM... TAKUT

(Nota Pagi)

Pagi semua.

Hari ni bangun awal, pukul 4 dah bangun. Pagi ini nak cari ilham nak buat slides presentation untuk interview TPM ESOK! Omigod tak siap-siap lagi. Tak tahu nak buat topic apa. Dah siap 1 topic tapi macam tak confident nak present sebab semua syllabus subjects time study dah tak ingat. Hurm... tetiba rasa takut!!~

Fie ingat nak buat topic regarding "BLOG". Macam nak terangkan pasal APA ITU BLOG...KEGUNAAN...KELEBIHAN...KEKURANGAN... (tapi macam tak releven je kan dengan course yang fie apply (DESIGN MANAGEMENT) Entah lah Fie dah blur... Apa-apa pun doakan semuanya berjalan lancar. Amin

-Fie Omar-

Monday, April 11, 2011

2 Hari lagi Interbiu TPM!


Salam & Hey...

Alhamdulilah Rabu lepas Fie dapat panggilan dari pihak UiTM yang Fie berjaya di shortlisted kan untuk biasiswa "Tenaga Pengajar Muda". So 13 April ni kena pergi UiTM di Faculty of Art & Design kat Shah Alam. :)

Wah tinggal 2 hari lagi interbiu TPM (Tenaga Pengajar Muda) kat UiTM Shah Alam. Omigod!~ Wah tak prepare apa-apa lagi ni. Tak tahu nak start dari mana. Tapi yang penting kena prepare slides "Mock Teaching". Hurm.. tak tahu lagi nak present topic apa. Maybe nak present something about design since application ni untuk Master in Design Management kan... Fuh.. Nervous! Nervous! Terpaksalah check balik nota-nota time degree aritu.

Doakan Fie dapat yang terbaik untuk interbiu...

I CAN DO THIS!!~