Pages

Monday, December 13, 2010

JOM Shopping! HOT SALE!!!~


Salam & Hey kepada pembaca my lil' bloggie ni!!~

Entry kali ni nak buat kelainan sikit, asyik buat entry pasal personal life je, nanti ada plak yang bosan baca blog ni. hahaha. So kali ni Fie nak buat entry shopping!~

Amboi kalau bab2x shopping laju je korang ni kan. Lagi2x kalau awal bulan pastu tengah HOT SALE. Apa lagi mesti serbu semua shopping mall yang ada kan! Pastu tengah2x bulan mula lah mengadu wallet dah kosong, kena ikat perut lah, pastu mula lah calling2x parents minta duit. hahaha (berdasarkan pengalaman yang lepas. hahaha)

Wah bulan ni tengah HOT SALE ni. Semua tempat dah letak banner SALE di sana sini! Jom serbu shopping mall!!~
Eh.. Nanti...!!!~ Sebelum korang nak serbu shopping mall tu mari lah korang baca sikit pasal tip-tip belanja berhemat yang Fie nak kongsi kan ni. Mana lah tahu dapat kawal nafsu seraka shopping korang tu kan! hehe.

Tip-tip shopping / guna duit secara berhemah:-

  1. Firstly korang kenalah senaraikan apa barang keperluan yang korang nak beli. Janganlah terus pergi shopping mall then tak tahu apa nak beli. Pastu nampak je yang korang suka terus main ambil je. Bila dah nak bayar kat kaunter, terlebih budget pula kan!

  2. Second, korang kena lah plan budget korang awal2x, kalau boleh just keluarkan duit dalam bank tu cukup2x makan je, so boleh la control kan. Eh, tapi tip kedua ni tak guna juga kalau dah buat budget pastu keluarkan lagi duit kat bank tu lagi. hehe

  3. Buat penilaian harga terlebih dahulu, buat lah perbandingan harga diantara kedai2x. Jangan main beli saja, tawaf lah dulu shopping mall tu dulu! Macam tak biasa plak korang ni. Kalau dating tu boleh je kan tawaf beberapa kali. huhu

  4. Beli barang ikut keperluan. Bukan kehendak ok! Pastikan sebelum nak beli tu, tanya pada diri sendiri dulu, "aku beli barang ni sebab kehendak ke or keperluan?". Belilah yang penting sahaja dulu, yang sampingan tu kalau ada duit lebih dari budget tu baru la beli.

  5. Elak beli barangan import kalau kualiti barang tu sama dengan kualiti barang tempatan. Tapi for sure lah mesti ramai nak beli barang2x import sebab ada BRAND kan! huhu

  6. Rekodkan penggunaan wang yang membabitkan pengaliran wang masuk dan keluar! Kalau korang rajin bagus lah! Kalau orang yang malas tu, Fie tak boleh kata apa2x la kan. Hak masing2x, right? Tapi kalau korang rekod, korang boleh lah tahu harga barang yang korang beli tu, so next time bila shopping barang yang sama dapat lah korang listkan harga barang tu & boleh atur budget.

  7. Utamakan pembayaran hutang terlebih dahulu, walaupun dalam keadaan terdesak! Wah shopping nak je kan tapi bayar hutang nak lengah2x je! Kalau boleh korang bayar lah hutang tu dulu, so takde lah bertimbun2x hutang tu. Bila dah bayar, otak kan rasa ringan sikit. Nanti bila dah takde duit dah boleh la pinjam lagi kat orang tu. Betul tak? (eh, macam mengalakkan meminjam wang je ni. haha)

  8. Kurangkan penggunaan telefon bimbit & internet jika anda MAMPU lakukan! Bagi Fie kalau penggunaan telefon bimbit tu boleh kurang kan, lagi pun zaman sekarang ni lebih ke arah maya kan. So semua guna internet, just bayar internet tu sebulan sekali kepada internet service provider, kita dah boleh guna internet tu untuk chatting, call, cari info dan sebagainya tanpa keluar duit kan!

  9. Kurangkan aktiviti riadah bersama kengkawan tanpa tujuan seperti mengunjungi pusat hiburan karaoke atau melepak! Tapi kalau korang nak buat aktiviti berfaedah seperti berkhemah, bersukan, mandi pantai ke, Ok lah tu. Atleast berfaedah & berkualiti!~

  10. Simpan sedikit gaji bulanan / elaun untuk digunakan apabila memerlukan. Mana lah tahu ada masa2x kecemasan.

Jom shopping!!!!~ Tetapi secara berhemat lah okie kengkawan semua!!~

6 comments:

Anonymous said...

hahaha...x pernah wat sume tips tu...
jln2 then kalo suke terus beli...

Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/giveaway-edy-terbang-jauh-jauh.html

Fie Omar said...

Daniel: aku buat gak tip2x ni..tapi bila dh nafsu seraka menguasai abis ar..hahaha

::FAIZ:: said...

i love shopping....

nizam said...

wah...nak ikut tips rsenye x kot bile dah tgk brg yg membuatkan terperanajat..hahaha good bye la tips tuu

[maijulanazri] said...

shopping ta ajak!

Fie Omar said...

::FAIZ FARISH:: i love shopping too.!

nizam: hahaha..memang! tapi kena tgk juga tu ada duit ke tak..haha

[maizura mohd nazri]: JOM!!! hehehe..