Pages

Tuesday, December 14, 2010

Doctor L.O.V.E

(harap maaf, Fie tak reti melukis ni)

Salam & Hey.


Dr. CINTA? Haha.
Entry kali ni nak berangan jup nak jadi pakar cinta kononnye lah.
So topik kita pada entry kali ini adalah pasal "5 Perkara yang boleh sabotaj hubungan dalam percintaan"

Sebelum itu, Dr. Fie (Doktor lah pula katanya ^__^) nak tanya ni, Macam mana hubungan korang dengan pasangan anda? Sempurna? Tengah dilanda musibah? atau Sempoi saja? Biasalah tu setiap percintaan ada pasang dan surut nya kan? Takpe, janji korang pandai2x menjaganya dan berusaha untuk memperbaikinya dah mencukupi.

Okey berbalik pada topik kita pada entry ni. Dr. Fie nak senaraikan 5 perkara yang boleh sabotaj korang nya relationship:-

  1. Anda selalu berasa tidak puas hati dengan pemberian yang diberikan oleh si dia.

  2. Mungkin si dia tidak memiliki citarasa seperti yang anda idamkan. Mungkin pemberian si dia anda rasa macam tak best, low class, tak berharga, dan macam2x lagi lah yang negatif. Sebaiknya anda sepatutnya bersyukur ke atas pemberian si dia. Ini disebabkan si dia kerana si dia ada usaha untuk nak beli hadiah untuk anda juga kan! Terimalah dia seadanya. Kalau anda rasa dia tu low taste ke apa, apa kata anda cari orang lain pula.


  3. Fokus anda lebih ke arah kesalahan atau keburukan si dia

  4. Bahkan Mr. Right pun ada buat kesalahan. Mr. Right bukan lah perfect sangat pun. Janganlah terlalu fokus kepada keburukan si dia. Jikalau si dia membuat kesilapan, anda tegurlah si dia dengan cara baik, tak perlu lah menengking si dia. Tetapi jangan lah asyik mencari kesalahan si dia saja. Nanti boleh buat si dia rimas!


  5. Korang terlalu bersedia atau berubah secara drastik dalam rutin anda untuk si dia

  6. Rutin anda berubah secara drastik! Kalau dulu rutin seharian anda asyik berkepit saja dengan si dia, tetapi sekarang anda berubah secara drastik contohnya anda keluar dengan kawan2x anda setiap minggu dan langsung tidak mempedulikan si dia. Kalau pun nak ubah rutin tu, biarlah slow2x bagi si dia biasa dengan rutin tu juga. Beritahu si dia dengan cara baik apa yang anda nak lakukan.


  7. Anda dah tak bergaya masa keluar bersama si dia (tak macam dulu2x, masa mula2x kenal)

  8. Masa awal2x percintaan anda, bukan main lagi anda melaram hingga tak ingat dunia kan! Nak bersiap untuk keluar dating pun nak ambil masa yang lama, sampai si dia tertunggu2x tapi lama kelamaan anda dah mula berubah, dah malas dah nak pakai cantik2x, hanya pakai baju selekeh2x je bila keluar date. Kalau iya pun tak bergaya sakan, cukuplah hanya berketerampilan kemas. Sejuk sikit mata memandangkan.


  9. Anda terlalu membincangkan tentang hubungan korang dengan si dia

  10. Tak salah kalau anda nak bercakap pasal hubungan anda tetapi jangan lah lebih2x, setiap kali jumpa ada je nak cakap pasal hubungan anda. Cuba lah borak2x pasal sesuatu yang menghiburkan, sesuatu yang boleh buat dia gembira atau ketawa! Kalau asyik cakap benda sama saja nanti si dia bosan lah pula.

4 comments:

- said...

bagi im yang penting keikhlasan dalam diri setiap pasangan harus ada..kalu rasa tak serasi..elok cakap awl2 sebelum melarat..:)

Ain Syahirah said...

ada bakat jadi motivator cinta :)

Anonymous said...

wah....apabile Fie menjadi doctor cinta..

mane dpt tip2 nie? dr pengalaman sndr ye..

Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/special-delivery-by-afiq.html

Fie Omar said...

simply me !: huhu... tak mampu tu.

DanieL AdiE: berdasarkan pengalaman & artikel2x..hehe