Pages

Sunday, September 19, 2010

Road trip to Hot Spring Poring, Kundasang

Amaran: Gambar-gambar yang akan dipaparkan maybe agak sexy. Kalau tak tahan, tak dapat kawal...harap jangan lah tengok ok. hehe

Salam & Mabuhay kepada semua pembaca2 my little bloggie ni.

Sempena cuti umum Hari Malaysia pada 16 September 2010, aku dan kengkawan semua (Ajam, Leon, Piji, Fed & Dan) buat road trip ke Hot Spring Poring di Kundasang. Memandangkan lepas je cuti raya ni, semua dah busy dengan kerjaya masing-masing.

Konon nya nak gerak pukul 6.30 am tapi lambat lah pula sebab si Lemoon lambat gerak dari Papar. Haish..hehe... Tapi takpe lah tunggu je la sebab dia driver aku. haha.

Dekat dalam pukul 7 lebih camtu baru lah dia sampai rumah aku ni. After that pergi lah ambil kawan si Lemoon "orang malaysia" (gelaran diberi oleh mr.L) huhu. Lambat pula tu. si mr.L suda marah sebab member-member lain suda tunggu di Tamparuli. :-)


Bersama driver ku, Pijie a.k.a Lemoon. Thanks Piji sebab tolong bawa kereta aku ini. hehe


Sebelum meneruskan perjalanan ke Poring, Kami singgah sebentar kat Kinabalu Park sambil menikmati udara yang cukup segar. Tempat ni sejuk!! Dah lah aku pakai seluar pendek je ni. Nyaman sungguh!!~


Dalam perjalanan ke Poring pula, tetiba ada insan-insan teringin nak pergi tengok lembu hitam putih. hehe. So kami singgah lah ke Daily Farm Milk. Nak masuk sana pun kena bayar. Bukan PERCUMA ok. RM3 per person. Takpe lah bayar je nak tengok lembu nya pasal. hehe. Pemandangan memang ala-ala New Zealand lah juga. hehe.


Leon bersama lembu-lembu. Gigih betul dorang ni nak bergambar dengan lembu-lembu sekalian. Takpe lah kan bukan selalu. Rasa macam kat NEW ZEALAND tu..!!~


Piji bersama "anjing". Entah berapa kali dia tersasul sebut lembu ni anjing. hehe


Yeay! Sampai akhirnya kami ke Hot Spring Poring. Sampai sana pun dah dekat pukul 12 pm


Kengkawan ku yang gigih berposing berhampiran kolam 8 kaki dalam!!!~
Aku tak masuk pun kolam ni, tak berani. hehe


Kolam air panas. Panas giler air dalam kolam ni. Tapi best berendam dalam ni. hehe.
Kena slow-slow masuk. Sebab terlalu panas.


Hot tub... Sumbat je 5 orang dalam tub ni. hehe.


Jadi jahat jup...


Bye bye Poring... Balik je dari Poring aku terus demam panas. hehe. Dalam kereta duduk diam. Kepala aku pun dah macam nak meletup pastu rasa macam nak muntah lagi.
Tapi nasib baik dapat kawal. hehe.

Yeay!!! Best berpeluang road trip dengan member-member yang satu kepala, sporting & happening habis!!~ Thanks guys. Next trip kita pergi ke pulau lah pula ok!~ Hope guna satu kereta je lah, baru lah best.

3 comments:

Anonymous said...

btol la

cm kat new zealand

huhu

xde pun pic sexy

Leon Mujio @ Mc said...

hehehe... sayang ek pic "org Malaysia" teda...wakakakakaka
best o jln ngan korang... klu ko nda demam tym 2 mesti ko lebih happy kan?
apa pun, sa malas mau update blog skarg ni... nanti2 la... hehe

Fie Omar said...

mohdhaiqal: pic sexy terpaksa ditapis. haha

leon: yup pagi tu suda demam skit tapi lawan jugak sebab nak jln2. hehe..