Ramadhan akan meninggalkan kita hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Syawal pula akan muncul. Minggu akhir bulan ramadhan ni aku berbuka di luar, maklum lah orang tersayang balik KK so nak spend time bersama dia lagipun bukan selalu dapat jumpa dia. hehe.
Beberapa hari lagi nak raya, jalanraya di town memang sesak nak mampus. Memang boleh sakit hati dibuatnya drive time traffic jam ni. Dah lah aku drive kereta manual sejak akhir-akhir ini. Memandangkan adik aku balik bercuti so kena lah aku pakai kereta manual itu. haha. Memang boleh fit betis kaki ku ni. huhu
Ramadhan kali ni, aku tak banyak shopping, entah lah kenapa maybe tiada yang berkenan di hati. Boleh dikatakan aku langsung tidak beli apa-apa untuk raya ni. Baju melayu pun aku dah beli siap-siap masa aku pergi KL pada bulan jun lepas. Baju raya tahun ni colour Orange. huhu. Ikut colour baju my sayang. hehe. Tahun ni aku akan beraya lagi di kampung sayang ku buat kali ke-2. Hehe. Tak sabar nak beraya dengan family sayang ku. Memang best beraya di kampung sayang ku. Cerita raya nanti aku tulis ok. Sabar-sabar dulu. hehe
Sekarang masanya untuk aku cerita pasal berbuka puasa aku dengan sayang ku.

Selasa (7/09/2010) aku memang plan nak berbuka puasa di luar hari ni. Memangkan sayang ku akan balik ke kampung pada keesokkan harinya. So aku survey lah di satu blog ni, blog memang story pasal tempat-tempat makan menarik di KK. Mula-mula aku nak makan di Atmosphera tapi sayang ku pakai casual hari ini sebab tempat tu kena pakai formal. So reject la, then aku tertarik tengok The Square, Novotel 1 Borneo. Aku tengok tempat makan dia macam menarik dan makanan macam sedap. hehe. So aku suruh lah sayang ku buat reservation. Lepas habis kerja terus aku pergi ambil sayang ku then baru pergi sana.

Kami sampai sana dalam pukul 6pm.
Tempat memang cantik lah.
Puas hati juga aku tengok environment restaurant ni. hehe.
Nampaknya belum ramai orang lagi masa kami tiba di sana.

Aku nak try buat kelainan buat peace tu.
Jari kena bengkok sikit bak kata sayang ku. Peace korean style la kononnya. haha.

Ha! Apa pandang-pandang aku lapar ni. Haha.
Sementara tunggu nak ambil makanan.

Sayang ku bergambar ala-ala cute konon. Haha.
Ops sorry sayang. Memang cute bha! hehe

Ini antara makanan-makanan yang terdapat dalam restaurant tu.
Ni tempat letakkannya bermacam-macam jenis salad.

Coconut pudding! Not bad lah sedap juga.
Ada dua pudding, satu coconut dan satu lagi honeydew.

Masa untuk ambil juadah berbuka puasa. Rambang mata si sayang ni. Semua mahu diambil. Nanti aku juga yang kena habis kan. hehe.

Ni antara picture aku paling suka. Entah lah kenapa. Nampak handsome kot. Hahaha. [Prasan? haha.. biarlah!]

Hampir semua makanan diambil. Penuh betul meja ni. Tapi orang sebelah kami lagi banyak dorang ambil. Perhh gila!~

Uiks buat-buat terkesima kah si sayang ni? huhu.
Secara keseluruhannya, aku rasa ok saja makan di sini. Just fine tidak lah sedap mana pun but ok lah kan. hehe. The price pun ok juga. Not so expensive :-)
Foods: 3/5
Services: 4/5
Place: 4/5
1 comments:
baju raya mana???
mau tgk...
hehe
Post a Comment