Pages

Monday, July 26, 2010

Happy Birthday Munky.

Happy! Happy! Happy! Happy! Happy! Happy!
Happy! Happy! Happy! Happy! Happy! Happy!
Happy! Happy! Happy! Happy! Happy! Happy!
Munky! Munky! Munky! Munky! Munky! Munky!
Munky! Munky! Munky! Munky! Munky! Munky!
Happy 16th Birthday My Little Bro Kevin Si Munky Gilak!~

Sorry teda present untuk mu sebab ko luki sama bro mu ni. haha. Minta kek pun ndak dibagi. haha

Saturday, July 24, 2010

Kenduri.

Ramadhan semakin hampir so ramai lah orang mulai membuat kenduri kendara bagi mengingati insan yang sudah meninggalkan kita.

22 July: Khamis lalu aku dan adik-adik aku dijemput hadir ke kenduri rumah makcik ros aku. Di sana jumpa lah sedara mara aku belah daddy aku. Aku memang agak rapat dengan ahli keluarga sebelah daddy aku daripada belah mummy aku. huhu. Memang meriah lah kenduri belah daddy aku, ramai sedara mara datang. Budak-budak ramai. hehe. Best layan budak-budak ni. Kan best kalau dah ada anak sendiri. huhu. Macam mana mahu ada anak sendiri kalau tak kahwin lagi kan? haha. Tunggu lah jodoh dan rezeki ada baru lah fikir perkara tu.

24 July: Sabtu ni aku dijemput menghadiri kenduri oleh ibu lippy ku. Aku pergi dengan adikku Ciden. Dalam pukul 4 pm aku sampai. Ustaz dan yang lain datang dalam pukul 4.30 pm. Dimulakan membaca yasin, doa-doa dan lepas tu makan. Macam-macam lauk ibu masak. Ada pageri nenas, rendang ayam, arca, sayuran, ikan bilis dan paru. Sedap semua makanan ni. 2 round aku makan. hehe. Pageri nenas agak pedas, berpeluh-peluh aku makan. hehe. Ibu cakap dia masukkan "lada keriting" aku pun tidak tahu lada jenis apa tu. hehe. Aku makan saja sebab sedapkan. hehe. Lama juga tidak nampak Apiz (abg) sihat saja aku tengok dia ni. hehe. Ibu cakap dia makin gelap. Mungkin sebab cuaca di sana yang agak panas. Gf abg (Ima) pun ada tadi. Rajin betul di dapur. hehe. Sweet orangnya ayu-ayu. hehe. Si Apiz ni asyik makan saja, the gf dia bersuara "Dia ni makan saja selagi belum tidur" hehe. Dalam pukul 7 pm baru lah kami balik. Memang senak perut aku dibuatnya. Kenyang berabis. Makan nasi dengan lauk pauk pastu makan kek lagi. Fuhh... Alhamdulilah...~

Semoga roh-roh insan yang telah pergi dicucuri rahmat. Amin.
Al-Fatihah.

Sezairi Sezali.

Sezairi Sezali? Mesti ada yang tertanya-tanya siapa dia ni kan? Actually dia adalah juara Singapore Idol musim ketiga. Actually aku pun tidak tahu sebenarnya siapa dia ni. One day tu aku tengok MTV channel [Asian Take Over] macam tu lah rasanya tu show. Then tetiba aku dengar lagu ni. Terus aku suka walaupun sempat tengok videoklip dan dengar sekejap lagu ni. Lepas tu aku search lah lagu ni di Youtube, jumpa lah videoclip yang aku tengok tadi di MTV channel tu. Wah aku jatuh cinta dengan lagu ni. Bagi aku suara Sezairi ni sedap! Entah berapa ratus kali sudah aku dengar lagu "Broken" ni. Ada lagi satu lagu Sezairi yang aku suka iaitu "Touched by an Angel". Jom dengar lagu-lagu ni.


Bosan. Bored. Jiluhan. Taikutsu. Aburrido


Beberapa hari ni aku rasa bosan, sunyi, sedih, kurang fun sedikit hidup aku ni. Entah lah kenapa kan. Hehe. Maybe terlampau banyak masa terluang kali. Hehe. Cepat-cepat lah bah aku dapat kerja ni. Haish. Kalau mau baca buku, Aku belum ada mood lagi mau baca buku. Mau tengok tv, bosan pula teda cerita yang best. Mau main fb pun bosan juga. Mau keluar pun bosan lah sebab jalan sorang-sorang kan. hehe. Tunggu lah cuzzie or lippy balik kk baru aku keluar hiburkan hati. Sekarang ni terasa hati mau pergi jalan-jalan di beach pula. Tapi petang mesti hujan. Hehe. Pergi malam lah. Best juga tu tengok bulan dan bintang sambil menikmati jus avocado kegemaranku. Malam ni lah kalau aku rajin, aku pergi beach. hehe. Boleh lah aku pergi skodeng-skodeng. haha. Argghhh I'm so DAMN bored. Minggu depan rasa mau tengok SALT pula lah. Macam best ja tengok Angelina Jolie tu. Hot mama! ngee. Ok lah sampai sini ja update ni. Nanti aku update lagi blog ni.

Bye-bye blog ku. Thanks sudi baca blog ni.

Wednesday, July 21, 2010

Sedih.


Salam semua, tetiba malam ni aku rasa sedih dan sayu pula. Entah lah kenapa kan.
Aku just nak luahkan dalam blog ini. Buat masa ni aku rasa life aku tak mencabar sangat lagi. Aku rasa macam tiada life. Rasa aku tiada kawan di sini. Kalau aku nak keluar pun mesti lupakan hasrat aku untuk keluar. Nak keluar pun bukan ada kawan-kawan nak teman pun. Jalan sorang-sorang pun bosan. Aku hanya akan keluar jika perlu macam pergi jumpa adik aku, jumpa mummy aku, jumpa anak buah aku & beli barang-barang. Kekadang rasa hidup aku sunyi. Sunyi sangat-sangat. Aku banyak luahkan masa aku di rumah. Maklum lah kerja pun belum dapat lagi. So duduk rumah je la, layan facebook, youtube, blogger, twitter dll. Tu je la rutin seharian aku buat masa ni. Boring kan.

Kalau lippy aku balik kk baru lah rasa hidup ni bahagia, ada teman nak keluar makan, keluar pergi tengok movie. Barulah ceria sikit hidup aku ni. hehe. Tapi nak buat macam mana lippy ku kan jauh. Takpe lah lagipun dia berkhidmat untuk negara dan bangsa juga tu. Ok lah tu. hehe. Miss u so much lippy. Bila nak balik ni? Tak tertanggung rindu suda ni. [zue mesti cakap "Poyo nya mamat ni!] huhu.

Aku rindu dengan kawan-kawan ku yang nun jauh kat semenanjung tu. Aku sangat-sangat rindu korang. Entah bila lagi kan kita dapat jumpa. Jalan-jalan semua tu. Argghh sedih pula aku.. sob sob. Takpe lah aku boleh juga hadapi hidup ini tanpa kawan-kawan disisi ku. Korang jangan lupa aku tau. Aku sayang korang sangat-sangat.