Pages

Monday, April 9, 2012

Kembara Alam: Zoo Negara

Kembara Januari: Kembara Alam di Zoo Negara.


Assalamualaikum Bloggie,

Dah lama rasa nya aku tidak menulis di sini, bukan tiada masa tapi aku tiada mood nak menulis. 

Korang semua sihat? * macam lah ada orang baca lagi blog aku ni kan. hehe

By the way aku nak update sikit lah pasal my journey aku dari bulan Januari sampai April. Mood nak menulis tengah membuak-buak setakat ni. 


15 Januari 2012: 

Hari ini aku cuba untuk mengubah rutin mingguan aku, jadi aku rancangan dengan sahabat aku Faizal untuk pergi ke Zoo Negara since masing-masing pun sudah bosan sebab asyik jalan-jalan area KL melawat shopping mall saja jadi kenapa tidak kami tukar sedikit program kebiasaan kami kan? Kami buat keputusan untuk melawat haiwan-haiwan kat Zoo Negara, lari dari daripada golongan-golongan manusia yang mengejar keseronokan dan kebendaan di Kota Metropolitan ini.

Seawal pagi kami bergerak ke Zoo Negara, semangat katanya melawat Zoo Negara terutama sahabat aku seorang ni lah. 

*Ops Faizal aku terkutuk kau kejap. Maafkan patik ya :)

Sebelum ke Zoo Negara, kami sarapan pagi dulu di kedai mamak selepas itu baru lah gerak ke Zoo Negara. Bagi aku Zoo Negara tak banyak perubahan dari pertama aku datang sampai lah sekarang ni. Aku pun tidak tahu mengapa tiada ada sebarang perubahan. Kalau nak dibandingkan Zoo di Singapura & Indonesia, Zoo mereka jauh berbeza dengan Zoo Negara kita. Zoo kat sana maju dan CANTIK! Aku bukan nak kutuk atau mengata tapi ini hanya pendapat seorang insan yang agak kecewa dengan pihak-pihak tertentu. Aku hanya kasihan kepada haiwan-haiwan yang tinggal di dalam Zoo itu. Mereka juga perlu tempat / habitat yang selesa seperti habitat asal mereka. Apa-apa pun aku suka masuk kawasan rama-rama di dalam Zoo Negara ni kerana Rama-rama kat sini sangat suka saya! 

*Ok aku dah mula perasaan :)

Akhir kata, sekali sekala ziarahi lah mereka di Zoo Negara ni. Wang yang anda belanjakan akan disalurkan kepada haiwan-haiwan kat sini juga kan :)





Thursday, March 15, 2012

uncertain.

There time that we could all use a little help. 
When our generosity has been repaid with cruelty. 
When our behavior has fills us with regret.
And when our future has become terribly uncertain.
But then there those, who pass the point of hell. 
But when they wake, they live nothing but destruction.

Friday, February 17, 2012

Sahabat



Assalamualaikum

* sambil dengar lagu Najwa Latif - Sahabat. (^__^)v

Sahabat bagaikan permata yang hadir dalam diri seseorang. Sahabat yang baik sentiasa berada dalam setiap situasi yang kita tempuhi, tak kira situasi itu manis ataupun pahit. Sahabat juga seorang yang boleh kita berkongsi masalah dan apa-apa sahaja yang perlu dikongsi. 

Aku bersyukur kerana aku dikurniakan sahabat yang sentiasa berada di sisi aku setiap kali aku memerlukan sahabat. Sahabat tempat aku meluahkan setiap apa yang terbuku di hati ini yang aku tak dapat kongsi dengan orang lain. Setiap tangisan & gelak tawa ku, sahabat lah menemani aku. Terima kasih sahabat. 

* Untuk mu sahabat, marilah kita dengar sama-sama lagu ini. Lagu ini untuk sahabat!



P/s: Jadilah sahabat ku, kamu pasti dapat selami hati ku. :)


Friday, February 3, 2012

Hati & Mata

Hati mengetahui apa yang kita rasa.
Mata mengekspresikan apa yang terbuku di Hati.

Hati mula berkata-kata.
Mata mula mencari-cari.

Mampukah hati ini bertahan.
Mampukah mata ini menahan airmata.

Kenapa Hati mula bersedih?
Kenapa Mata mula mengeluarkan airmata?

Hanya Hati & Mata yang tahu.

Sunday, September 4, 2011

Salam Aidilfitri.

Assalamualaikum w.b.t

Raya tahun ni berbeza dengan raya-raya sebelum ini sebab tahun ini aku beraya kat KL & Pahang. Jauh dari semua ahli keluarga ku yang berada kat Sabah tu. Walaubagaimanapun aku tidak beraya seorang diri, alhamdulilah tahun ini aku beraya dengan keluarga angkat aku. 

Disini aku hanya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada insan-insan yang aku sayang & yang pernah hadir dalam hidup aku. Ampun maaf dipinta kalau aku ada buat salah silap sepanjang perkenalan aku dengan korang semua. Halal kan makan minum aku. 

Aku juga maafkan segala kesalahan korang & kepada yang suka buat cerita pasal aku / stalker, aku juga maafkan segala perbuatan korang yang lepas-lepas itu, so kalau buat lagi lepas ini aku serah kan segalanya kepada Allah untuk menghukum korang :)