Pages

Tuesday, January 25, 2011

GIVEAWAY DANIEL ADIE: Diary Motivation 2011

Salam & Hey

Kali ini Fie terpanggil untuk join contest yang dianjurkan oleh one of my blogger friends Daniel Adie. Bila lagi nak support kawan-kawan nye contest kan. Bagi Fie, Adie ni baik orangnya. Sangat-sangat caring terhadap rakan-rakan dia. Bertuah siapa dapat kawan dengan dia ni. (ops macam dah lari topik plak ni. Eh tapi tu salah satu sumber "inspirasi" yang boleh memotivasikan diri jadi seperti beliau kan?)

Wah sangat thoughtful betul kan Adie ni nak share diary motivation kat pembaca blogger yang bertuah kan! Permulaan tahun 2011 Fie takde lah seberapa baik seperti yang disangkakan. Dah macam seperti roda yang berputar-putar dengan laju yang terlanggar pembagi jalan lepas tu dah jadi tak tentu arah. Sekarang ni berasa di bawah. Terasa down sangat-sangat. I just want to be motivated again. I want my good friends to be around me. Maybe dapat diary motivation ni serba sedikit dapat membantu life Fie yang kucar sikit kan... Menang atau kalah Fie itu semua tak penting, kalau menang Alhamdulilah, kalau tak pun boleh lagi cuba lagi kan. Janji Fie ikhlas join contest ni because of Adie! (Korang mampu ke? huhu)

Fie nak tag 3 blogger
1. Nabil Aizat
2. Rashid
3. Zoey Zau Yah

P/s: Kepada yang belum join tu, boleh lah join contest ni cepat-cepat tau! Contest ni tamat 27 Jan 2011 ni!

Mampukah aku?

Mampukah aku menghadapi hari mendatang tanpa kamu?
Mampukah aku mengubati hati aku sekiranya kau pergi tinggalkan ku?
Mampukah aku bahagia lagi selepas ini?
Mampukah........?

Jangan kau cuba sakiti aku
Jangan lupakanku
Jangan tinggalkanku
Percayalah cintaku hanya untukmu

Friday, January 21, 2011

Mummy Anugerah Terindah Buat Ku

Salam & Hey semua.

Kali ini Fie tergerak hati nak ikut kontes yang dianjurkan oleh En.Sudirman. Kontes ini agak istimewa sebab perlu buat entri pasal ibu.

Fie nak tulis entri tentang insan yang Fie paling sayang di muka bumi ini.
Fie panggil ibu Fie dengan panggilan "Mummy"

Nama beliau adalah Nornifah Binti Suffian Koroh. Dilahirkan pada tanggal 12 Disember 1965 dan dilahirkan di Kinarut, Sabah. Beliau merupakan anak ke-7 daripada 9 orang adik beradik. Nama panggilan beliau semasa kecil adalah Momo tetapi mummy Fie tidak suka dengan nama timangan itu. Tidak silap Fie, mummy dapat nama timangan sebab arwah nenek Fie tengok kartun "Momo & Trusang". Kartun jepun masa zaman 70an. Beliau mendapat pendidikan daripada Sekolah Menengah St.Francis Convent iaitu merupakan salah satu sekolah perempuan yang agak terkenal di negeri Sabah ini. Beliau hanya dapat menuntut ilmu sehingga SRP atau lebih dikenali sebagai PMR pada masa kini. Beliau juga sempat mengikuti kursus bahasa inggeris semasa tinggal bersama kakak beliau di United Kingdom untuk beberapa bulan sebelum balik ke Malaysia. Beliau menamatkan zaman bujang beliau bersama ayah Fie, Hj. Omar Bin Hj Latip pada 4 April 1984 ketika itu beliau berumur 20 tahun . Pengenalan beliau dengan ayah Fie bermula ketika berada di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Masa itu ayah Fie bekerja dengan Malaysia Airlines.

(Fie bersama mummy & adik Fie)


(Keluarga Fie: Shafi, Nadia, Efie, anak buah Fie, Aishah Nurkasih)

Fie pernah tengok video perkahwinan mummy dan daddy Fie, perkahwinan mereka sangat-sangat meriah. Ramai tetamu terhormat datang menghadiri majlis perkahwinan mereka. Sepanjang perkahwinan mereka, mereka dianugerahkan 4 orang cahaya mata yang comel-comel belaka terdiri daripada 3 orang lelaki dan seorang perempuan. Fie merupakan anak pertama. Fie dilahirkan pada 19 Jun 1985.

(Fie bersama Mummy dan Daddy Fie. Masa ini mummy mengandung anak kedua)

Amat menyedihkan buat kami adik beradik apabila perkahwinan ibubapa kami tidak kekal lama. Fie masih ingat lagi masa itu Fie baru berumur 5 tahun tapi nak buat macam mana sudah tiada jodoh antara mereka. Mungkin perpisahan cara terbaik, hanya mereka yang tahu. Fie bersyukur sebab Fie dapat menerimanya dengan baik. Dari saat itu, mummy jadi ibu tunggal. Fie dan adik perempuan Fie ikut tinggal dengan mummy, manakala 2 orang adik lelaki Fie ikut dengan daddy Fie. Mummy lah menjaga kami dua beradik dalam keadaan susah dan senang. Mummy banyak berkorban untuk kami. Mummy sentiasa berada disamping kami di saat kami memerlukan. Mummy sentiasa hadir ke mana-mana majlis kami sertai. Mummy juga mengajar kami erti berdikari. Sejak dari kecil lagi, kami telah diajar untuk mengemas rumah, basuh baju sendiri serta memasak. Kehidupan kami tidaklah semewah yang disangkakan oleh rakan-rakan Fie. Mummy Fie memang anak orang berada tapi mummy Fie lebih suka tinggal di rumah sendiri dan buat hal sendiri tanpa mengganggu orang lain. Ada ketika itu, kami memang tak cukup makanan tetapi mummy sanggup bagi makanan dia kepada kami supaya kami tidak kelaparan.

(Mummy dengan arwah nenek. Rindu sangat-sangat dengan arwah nenek)

Perkara yang paling nakal Fie pernah buat masa Fie kecil dulu ialah Fie suka bermain di kawasan rumah nenek Fie sebab luas sangat-sangat. Kawasan rumah nenek Fie itu juga ada dusun buah-buahan. Cakap sahaja nak buah apa, semua buah-buahan tempatan ada di dusun itu. Fie selalu bermain-main dengan anak pekebun nenek Fie di kawasan dusun itu, keadaan dusun tu agak curam maklumlah kawasan berbukit lepas itu banyak pula binatang-binatang liar di situ seperti ular! Fie juga pernah pergi ke rumah kosong di sebelah rumah nenek Fie. Rumah itu baru siap, belum ada penghuni lagi. Fie dan kawan-kawan Fie tadi memanjat pagar rumah kosong itu lalu keluar masuk dalam rumah itu. Sempat lagi kami bermain-main dalam rumah itu. Bila ada orang datang kami cepat-cepat lari dan panjat pagar balik ke kawasan rumah nenek.
Masa Fie kecil juga Fie pernah masuk hospital disebabkan ada penyakit Apendiks, masa itu mummy Fie sangat-sangat risau dan sedih. Fie hampir nak dibuat pembedahan tetapi syukur alhamdulilah keadaan Apendiks Fie tidak seteruk mana. Sejak dari itu kalau Fie sakit, Fie tidak akan beritahu mummy Fie sebab Fie tidak mahu mummy Fie berasa risau dan sedih. Biarlah Fie sahaja yang tahu.

(Fie dengan mummy)

(Fie dengan mummy. Masa ini berada di Thailand)

Fie berasa bertuah kerana Fie mempunyai seorang mummy yang sangat penyayang, bertanggungjawab serta menjaga kami dengan baik. Pengorbanan beliau memang tiada nilainya. Fie berazam untuk membawa mummy ke mana sahaja Fie berada, Fie akan menjaga mummy selagi hayat Fie masih ada. Fie hanya nak yang terbaik buat beliau. Alhamdulilah Fie sudah memberi sedikit hadiah buat mummy Fie dengan pencapaian akademik Fie yang cemerlang. Semoga Fie dapat menjalankan tugas Fie sebagai anak dengan baik. Amin.

Sampai disini sahaja entri khas buat mummy tercinta!
Fie sangat-sangat menyayangi mummy!
Fie nak minta maaf sekiranya ada sakiti hati mummy.
Mummy merupakan ibu yang terbaik di muka bumi ini buat Fie!

ibu, ibu...
engkau la ratu hatiku
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu...


Situasi di Kedai Gambar

Salam & Hey semua.
Just nak kongsi behind the scene gambar kat atas tu :)

Situasi kat kedai gambar tadi antara Fie dengan Perempuan yang jaga kedai...
Masa: 4pm-430pm

Penjaga kedai: Lengchai2..mau apa? (senyum dgn riang)

Fie: (dalam hati berkata.."Eh muka aku cm cina ke?") Nak ambil gambar passport lor(senyum2)

Penjaga kedai: gambar ini utk apa?

Fie: (blurr jup...x tau ckp apa)..hrmmm....

Penjaga kedai: untuk sekolah?

Fie: (dalam hati berkata..."Eh muka ku macam budak sekolah lagi ke?")

Penjaga kedai: gambar ini untuk apa?

Fie: Untuk kerja bah!~

Penjaga kedai: ...ooohh (senyum2 lagi) ..ok duduk di sana...

Fie: (pelik..ambil tempat & start give my best pose! hahaha)

Penjaga kedai: ok dalam 30 minit gambar akan siap.

Fie: orait...(beredar dari kedai tu & menuju ke supermarket beli apa yang patut)

Selepas 20 minit..

Fie: siap dah gambar saya?

Penjaga kedai: Belum! Esok baru siap!

Fie: ha? (dalam hati berkata..."Eeee! Esok aku nak pakai gambar tu untuk interview lah!)

Penjaga kedai: Sudah bah..Kalau tak siap nanti ko nangis pula.

Fie: (senyum2 lagi..amboi2x nak kena kan aku yer..)

Penjaga kedai: mana resit..?

Fie: (buat muka seperti kehilangan resit..baru korang tau..nak main2x lagi dengan aku..)... ni bah!!~ hihihi..

Penjaga kedai: isk ko ni kan..(senyum2 lagi)

Fie: (senyum balik...ceria sungguh pekerja2x kedai tu nampak aku ni..pelik!)

Fie puas hati dengan gambar tadi...kacak n cute (cute ke?...ahhh biarlah)..hihi


P/s: Daniel Adie... Cukup skema tak gambar tu? Tak pacak kan rambut Fie... huhu..

Wednesday, January 19, 2011

Aku Bukan Teruna


Salam & Hey semua.

Wah tajuk nak gempak je kan!
(tajuk tu takde kena mengena dengan entri yang cuba nak disampaikan di sini yer.. hihi..propa je tu)

Actually tadi Fie layan cerita "Aku Masih Dara", dah adik Fie pasang so layan je la kan. (Alamak ketinggalan zaman betul Fie ni kan sebab baru nak tengok filem ni) Mula-mula tak nak tengok sebab Farid Kamil ada dalam cerita tu! Opss sorry Fie tak suka Farid Kamil ok. Tak tahu lah kenapa. Tapi memang tak suka tengok cerita yang ada dia berlakon!~ :)

Masa keluar kat panggung takde lah pula Fie rasa nak tengok sebab tajuk filem tu macam mengarut je tapi bila tengok dvd cerita ni, wow.... jalan cerita sangat2x menarik ok!~ Even pelakon2x wanita dia berpakaian seksi dan ada aksi agak keterlaluan sedikit tapi ada "sesuatu" yang buat Fie tertarik untuk tengok cerita ini. Fie sangat2x suka lakonan Ashraf Muslim & Raja Farah dalam cerita ni. Sangat2x berkesan lakonan dorang!~ Terkesan seyh tengok cerita ini. Rasa sedih, rasa sayu, rasa nak menangis pun ada! Filem ni kira berjayalah juga beri kesedaran pada Fie. Alhamdulilah, tetiba rasa bersyukur. Rasa belum terlambat lagi untuk memperbaiki diri Fie ni.

Sesiapa yang belum tengok cerita ni, jemputlah tengok ok. Manalah tahu dapat melahirkan kesedaran pada diri anda juga :) Fie bagi 4 BINTANG untuk cerita ni. Nak bagi 5 sebenarnya tapi iyerlah ada FARID KAMIL kan so tolak 1 bintang. haha