
Salam & Hey...
Khurafat... Bikin PANAS? (eh takde lah, just ada something yang buat Fie PANAS tengok cerita ni)
Khurafat: Perjanjian dengan syaitan merupakan cerita yang boleh memberikan kita tauladan tentang perkara-perkara yang boleh menduakan Allah. Syamsul Yusof, Liyana Jasmin Sabrina Ali dan Fauziah Nawi antara pelakon yang membintangi filem Khurafat ini. Khurafat juga diarahkan oleh Syamsul Yusof.
Sinopsis:
Johan (Syamsul Yusof) bekerja di sebuah hospital kerajaan yang mengendalikan mayat. Johan baru sahaja berkahwin dengan Aishah (Liyana Jasmin), kehidupan rumahtangga mereka sangat bahagia tetapi secara tiba-tiba kehidupan mereka berubah setelah diganggu oleh makluk halus.
Anna (Sabrina Ali) merupakan bekas kekasih Johan. Anna merupakan gadis sosial yang sangat cintakan Johan sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Johan kembali. Anna sanggup berdepan dengan Aishah untuk memberitahu yang dia masih menyintai Johan.
Nak tahu cerita selanjutnya? Korang kena lah tengok cerita ini ok. Jalan cerita filem ini sangat best! Syamsul Yusof merupakan pengarah dan pelakon yang sangat-sangat berbakat! Fie sangat suka lakonan dia dalam filem ini. To be honest sebelum ni Fie tak suka tengok lakonan Syamsul Yusof tapi dia sekarang banyak improvement! Tahniah Syamsul Yusof! Lakonan Syamsul Yusof dalam filem ini sangat-sangat berkesan!
Kepada sesiapa yang belum menonton cerita ini, cepat-cepatlah ke pawagam berhampiran anda ok! Filem ini sangat-sangat berbaloi untuk tengok! Sound effect pun best! Hantu-hantu tu pun best! hehe. 5 Stars for this film!!~
Oh ya! Yang tak best masa Fie tengok filem ini, ada lah sepasang couple ni duduk sebelah Fie, dari awal sampailah habis cerita ni mulut dorang tak pandai senyap! buat-buat sound effect hantu keluar lah, pastu dia pula macam director! boleh plak persoalkan macam-macam pasal filem tu. Eeeee BIKIN PANAS!!!~ Lepas tu ada plak suara bayi menangis dalam panggung tu! (Oh akak kalau nak tengok cerita hantu jangan lah bawa baby tu, terkejut kang!)




















