Pages

Tuesday, December 14, 2010

Doctor L.O.V.E

(harap maaf, Fie tak reti melukis ni)

Salam & Hey.


Dr. CINTA? Haha.
Entry kali ni nak berangan jup nak jadi pakar cinta kononnye lah.
So topik kita pada entry kali ini adalah pasal "5 Perkara yang boleh sabotaj hubungan dalam percintaan"

Sebelum itu, Dr. Fie (Doktor lah pula katanya ^__^) nak tanya ni, Macam mana hubungan korang dengan pasangan anda? Sempurna? Tengah dilanda musibah? atau Sempoi saja? Biasalah tu setiap percintaan ada pasang dan surut nya kan? Takpe, janji korang pandai2x menjaganya dan berusaha untuk memperbaikinya dah mencukupi.

Okey berbalik pada topik kita pada entry ni. Dr. Fie nak senaraikan 5 perkara yang boleh sabotaj korang nya relationship:-

  1. Anda selalu berasa tidak puas hati dengan pemberian yang diberikan oleh si dia.

  2. Mungkin si dia tidak memiliki citarasa seperti yang anda idamkan. Mungkin pemberian si dia anda rasa macam tak best, low class, tak berharga, dan macam2x lagi lah yang negatif. Sebaiknya anda sepatutnya bersyukur ke atas pemberian si dia. Ini disebabkan si dia kerana si dia ada usaha untuk nak beli hadiah untuk anda juga kan! Terimalah dia seadanya. Kalau anda rasa dia tu low taste ke apa, apa kata anda cari orang lain pula.


  3. Fokus anda lebih ke arah kesalahan atau keburukan si dia

  4. Bahkan Mr. Right pun ada buat kesalahan. Mr. Right bukan lah perfect sangat pun. Janganlah terlalu fokus kepada keburukan si dia. Jikalau si dia membuat kesilapan, anda tegurlah si dia dengan cara baik, tak perlu lah menengking si dia. Tetapi jangan lah asyik mencari kesalahan si dia saja. Nanti boleh buat si dia rimas!


  5. Korang terlalu bersedia atau berubah secara drastik dalam rutin anda untuk si dia

  6. Rutin anda berubah secara drastik! Kalau dulu rutin seharian anda asyik berkepit saja dengan si dia, tetapi sekarang anda berubah secara drastik contohnya anda keluar dengan kawan2x anda setiap minggu dan langsung tidak mempedulikan si dia. Kalau pun nak ubah rutin tu, biarlah slow2x bagi si dia biasa dengan rutin tu juga. Beritahu si dia dengan cara baik apa yang anda nak lakukan.


  7. Anda dah tak bergaya masa keluar bersama si dia (tak macam dulu2x, masa mula2x kenal)

  8. Masa awal2x percintaan anda, bukan main lagi anda melaram hingga tak ingat dunia kan! Nak bersiap untuk keluar dating pun nak ambil masa yang lama, sampai si dia tertunggu2x tapi lama kelamaan anda dah mula berubah, dah malas dah nak pakai cantik2x, hanya pakai baju selekeh2x je bila keluar date. Kalau iya pun tak bergaya sakan, cukuplah hanya berketerampilan kemas. Sejuk sikit mata memandangkan.


  9. Anda terlalu membincangkan tentang hubungan korang dengan si dia

  10. Tak salah kalau anda nak bercakap pasal hubungan anda tetapi jangan lah lebih2x, setiap kali jumpa ada je nak cakap pasal hubungan anda. Cuba lah borak2x pasal sesuatu yang menghiburkan, sesuatu yang boleh buat dia gembira atau ketawa! Kalau asyik cakap benda sama saja nanti si dia bosan lah pula.

Riang Gembira bersama Pelajar


Salam & Hey kepada pembaca blog Fie!!~

Entry kali ni nak share kat korang semua dengan dunia pekerjaan Fie ini.
Bagi yang tak tahu, Fie merupakan Fasilitator di sebuah sekolah yang terletak di Kota Kinabalu. Alhamdulilah sepanjang hampir 4 bulan bekerja di sini banyak lah juga pengalaman yang Fie dapat specially bekerja kat sekitar sekolah. Best sebenarnya dikelilingi dengan student2x ni :)

FYI, Fie merupakan staff yang paling muda & masih belum berkahwin lagi (bangga sekejap). Yang lain dah kahwin. Bagi Fie topik paling popular dan sering dibincangkan kat sekolah adalah topik "perkahwinan". Tak tahu lah napa kan. Sibuk saja nak tahu bila Fie nak kahwin. hahaha. Rilek lah dulu akak2x sekalian. Fie masih muda kot! haha. Bagi mengelak dia tanya lebih Fie cakap saja dah tunang. Baru lah senyap skit dorang ni. Fuhh.. berjaya juga taktik Fie.

Fie sangat2x seronok bekerja kat sekolah ni! Memang the best lah! Dari pengetua, staff2x, guru2x semua sangat baik dengan Fie :) Tapi agak sedih sikit di sini sebab kontrak Fie akan tamat pada 31 Disember 2010 ni. Keputusan tawaran sambung kontrak belum lagi dapat kepastian. Redha saja lah keputusannya nanti. Apa2x pun Fie akan cuba beri hadiah khas buat student2x sekolah ni berbentuk informasi (nak belanja semua student tak mampu lah pula kan! Giler ramai!) So Fie akan cuba siap kan semua info2x berkaitan dengan ICT untuk dipaparkan di dalam Pusat Akses Sekolah ni.


Memori sepanjang bulan Ogos - November

Ini lah kakak & cikgu2x pusat sumber sekolah! (Kak Sabariah, Cikgu Lize & Cikgu Chew)
Insan2x yang banyak Fie tolong dari segi perkomputeran. Mereka sangat Baik!~


Ini pula kakitangan bukan mengajar. Gambar masa Annual Dinner sekolah.
Mereka ni sangat baik! (Denis, Donny, Kak Jamaiyyah, Kak Dayang)
Gonna miss them kalau dah tak keje kat sini lagi :(


Gambar ni diambil masa Majlis Perpisahan Pengawas Pusat Sumber November lepas sebelum cuti sekolah. So berseronok lah dengan student2x kat sekolah ni.


Mana satu Fasilitator ni? Semua nampak cam student kan. hahaha
Komen cikgu2x masa aku bergambar ni.
"Ko ni Fie macam budak form 5 saja bergambar!"
Respon Fie "Biasalah cikgu, bergambar ni kena lah happy2x, ceria2x & yang penting tak skema2x!" hehehe.

Rindunya Fie dengan bebudak ni.
Entah sempat ke tak jumpa dorang ni lagi masa buka sekolah tahun depan.
Apa2x pun all the best!

*Doakan tau kontrak Fie disambung. Thanks


High School Photoshoot!


Salam & Hye semua

Gambar ni dah agak lama tapi saja lah mengedik nak share kat pembaca blog ni. Asyik Fiq Fikri je dah tunjuk gambar photoshoot dia, Fie pun nak lah gak. (boleh kan? haha. Jangan marah Fiq).

Memandangkan dah lama giler tak buka flickr Fie, hari ni tergerak hati pula nak buka. Entah kenapa lah. hehe. Oh ya sape tak tau flickr tu apa, boleh lah klik link tu --> FLICKR. Actually flickr ni tempat nak simpan gambar2x & share kat orang lah.

Ok! Dah tiba masanya untuk mempaparkan gambar2x photoshoot Fie, tapi bukan gambar HIGH SCHOOL MUSICAL tau. Ni High School je takde MUSICAL! ngee ^__^. Tujuan photoshoot ni adalah mengimbau kembali detik perkenalan ktorang masa form 6 dulu. haha. (even hanya sebulan je masuk form 6). Actually dah lama nak photoshoot tema ni, yelah seronok kan jadi remaja sekolah. (maklum lah umur dh remaja dewasa! hehe). Photoshoot ni di snap masa bulan puasa tahun lepas. Fie beli 1 set outfit persekolahan tu semata2x nak buat photoshoot ni ok. Semua baru tu (semangat x fie?) hahaha.


Melompat lebih tinggi. Mengejar cita2x yang menggunung! Haha


Yer kami memang budak nakal cikgu. Haha
FYI, ktorang skrang keje kat sekolah! Jangan tak caya plak! hahaha. Seorang teacher BI, sorang lagi Fasilitator!


Ha, hambek ko! adik2x Fie pun join sekaki jadi "extra" haha.
Picture ni macam boleh buat untuk poster kempen membaca ni! ngee ^__^


Ingat orang utan je boleh panjat pokok.
Tengok manusia2x ni, pokok pun bleh jadi prop untuk bergambar kan!


Time ni adik Fie, (Farah) dah kepenatan. Tengok je la muka dia tu.
(korang boleh la reka dialog kat gambar ni ok. Tulis kat ruangan komen tau)

Orait, cukup lah tu kan 6 gambar untuk tontonan korang. Actually byk lagi tu (dah brapa banyak actually dah).. huhu.. Kalau nak tengok selebihnya ada kat Facebook Fie.

Khas buat blogger baru!!~

Salam & hey.

Entry kali ni khas buat new blogger kat luar sna.

Manalah tahu ada yang still musykil lagi tentang blog kan.
So di sini Fie nak kongsi satu video ni yang Fie dapat dari Youtube tentang pengenalan pasal blog.

Diharap lepas korang tengok video tu, korang dapat paham apa itu blog & dapat berkongsi cerita atau maklumat kepada blogger2x lain. Selamat menonton.. ^__^



Semangat2x lah ber"blogging". Nanti letak je link korang kat komen tu.
InshaAllah Fie akan melawat anda. Thanks sebab sudi singgah blog Fie. Papai...

Monday, December 13, 2010

Lelaki Vs Perempuan: Perlukah ada rasa Cemburu?

(resource: Howlong Light)

Salam & Hey semua.

Entry kali ni saja nak bagi panas2x. Haha.
Kali ni Fie nak bincangkan pasal relationship lah pula. ngee. Fie bukan lah pakar sangat dalam relationship ni. Fie just nak bagi pandangan & minta pandangan kat korang semua. (Nanti korang komen lah, nak gak tau pendapat korang ^__^)


PERLUKAH ADA RASA CEMBURU DALAM PERHUBUNGAN?
(Ha! jawab jangan tak jawab okey. hehe)

Bagi pendapat Fie lah kan, Fie rasa perlu ada rasa cemburu tu tetapi kena lah pada tempat. Jangan lah cembura tak bertempat pula. Tu bangang namanya betul tak? hehe. Contohnya tak salah kalau pasangan kita tu nak keluar dengan kawan2x lelaki/perempuan dia, janji kita kena yakin & percaya pada pasangan kita tu. Trust is no.1!~ (for me lah kan) But sebelum tu kita kena lah kenal2x dengan kengkawan dia. Sporting lah skit guys. hehe. Tak kan lah korang tak bagi pasangan korang berkawan kot. Dia pun perlu masa untuk diri dia sendiri juga, tak kan lah asyik berkepit dengan korang je kan. Tak best lah pula camtu kan. Nanti dia rasa terkongkong lah pula. Nanti ditinggalkan baru lah menyesal sampai tak suda! hehe. Apa2x pun pasangan perlulah menjaga hati masing2x. Kalau nak berkawan tu pun biar lah ada batas pergaulan. Cian lah pula kalau pasangan korang nampak korang lebih mesra dengan rakan anda tu.


SIAPA LAGI KUAT CEMBURU? LELAKI ATAU PEREMPUAN?

Ops...Fie tak nak berpihak pada sesiapa tau.. (yeke? hahaha..)
For me, rasanya lelaki & perempuan sama je. Masing2x kuat cemburu kan?
Selalunya orang yang kuat cemburu ni, dia rasa diri dia dah insecure dalam perhubungan dia! Sebab takut pasangan dia cari orang lain sebab dia tahu dia pernah buat sesuatu yang tak betul & dia rasa diri dia dah tak cukup baik untuk pasangannya itu. (ini hanya pandangan Fie je tau..)


CEMBURU ITU TANDA SAYANG?

Betul tak statement tu? Bagi Fie, betul lah tu. Sebab dengan ada nya cemburu tu kita dapat tahu tahap kita sayang kat sesorang itu. Lagi kita cemburu lagi kita sayang kat orang tu. Tapi harus Fie menekankan di sini bahawa kita boleh cemburu kat pasangan kita tu tetapi jangan lah berlebih2x sampai pasangan kita rasa rimas! Cemburu yang lite2x boleh lah. haha.


P/s: sila kan beri komen anda pasal topic ni k.