Pages

Saturday, February 19, 2011

Terima Kasih Cinta

(source: Qarl)

Assalamualaikum & Hey buat pembaca blog Fie,

Hari ini Fie berkesempatan untuk menyaksikan pementasan teater "TERIMA KASIH CINTA THE MUZIKAL" yang berlangsung di Istana Budaya. Fie nak ucapkan terima kasih kepada Qarl kerana sudi menjemput Fie untuk menyaksikan teater tersebut. Fie juga sempat jumpa beberapa blogger lain seperti Amir (ni saja Fie familiar yang lain tak. hehe), Naim, Mra, Cuna, Kal, Qaisy & Kai Best dapat jumpa korang! Even Fie tak banyak cakap tadi. hehe.

Terima Kasih Cinta mengabungkan 5 cerita cinta yang sungguh menghayat hati dan boleh memberi kesan kepada penonton yang menyaksikan pementasan ini. Terima Kasih Cinta dibintangi barisan pelakon-pelakon generasi muda dan lama. Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam pementasan teater Terima Kasih Cinta ini adalah Latip Ibrahim, Safura, Nadia, Vince, Tony Eusoff, Norish Karman, Anding, Deja Moss, Didi, Farahdhiya, Shajiry Damery & banyak lagi.

Bagi Fie pementasan teater Terima Kasih Cinta ini sangat best! Syabas buat pengarah Pat Ibrahim. Pembukaan cerita ini pun Fie dah meremang bulu bila dengar mereka menyanyi beramai-ramai tetapi penglihatan agak terganggu sedikit pada scene permulaan disebabkan oleh terlalu banyak pelakon-pelakon tambahan berada di set itu. Tidak dapat nak fokus pada kejadian yang berlaku antara pelakon-pelakon utama.

5 Kisah cinta yang terdapat dalam cerita ini adalah:-

Kisah Cinta Hariss & Airin. Hariss (Tony Eusoff) merupakan suami yang cukup setia dan sangat sayang kepada keluarganya tetapi rumahtangga beliau bersama Airin (Norish Karman) semakin runtuh apabila Airin curang bersama lelaki lain. "Mampukah Haris mempertahankan rumahtangganya?"

Kisah Cinta Adiranna & Taufiq. Adiranna (Nadia) seorang gadis berasal dari Johor yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari kekasihnya. Adiranna menghadapi kesukaran untuk mencari kekasihnya, tanpa disengajakan Adiranna terjumpa dengan seorang pemuda yang sangat pemalu bernama Taufiq (Vince). Taufik memberi pertolongan kepada Adiranna untuk mencari kekasih Adiranna. "Apakah Adiranna dapat bertemu dengan kekasihnya dan hidup bersamanya?"

Kisah Cinta Rubiah & Elyas. Rubiah (Safura) merupakan seorang wanita yang berumur serta mempunyai sebuah kedai makan di Kuala Lumpur. Pada suatu hari beliau bertemu dengan Elyas (Latif Ibrahim) seorang cikgu yang sudah bersara dan pada masa itu sedang mencari kedai jam. Elyas mempunyai masalah daya ingatan yang lemah. Beliau sering sahaja lupa ingatan.
"Apakah Rubiah dapat menerima keadaan Alyas?"

Kisah Cinta Azlan & Azura. Azlan (Shajiry Damery) merupakan seorang penerbit buku yang ternama, kaya & playboy. Pada suatu hari Azlan pergi ke kedai buku untuk melihat sendiri prestasi jualan buku dia tanpa disengajakan Azlan bertemu dengan Azura (Farahdhiya) semasa Azura sedang menyusun buku-buku. Azura merupakan seorang penjaga kedai buku itu. "Apakah akan ada cinta berputik antara Azlan & Azura?

Kisah Cinta Dian & Dhani. Dian (Deja Moss) merupakan seorang kakak kepada Dhani (Anding). Dian sangat menyayangi adiknya Dhani dan sanggup membuat apa sahaja untuk adiknya. Dhani pula merupakan seorang lepasan universiti yang hanya minat pada lukisan. Dian telah banyak kali untuk memberi nasihat kepada adiknya untuk bekerja di pejabat tetapi Dhani enggan berbuat sedemikian. Sesuatu telah terjadi kepada mereka dan ia telah menggubah segalanya. "Apakah mereka tabah menghadapi hari-hari yang mendatang?"

Dari segi pemilihan lagu pula, Fie rasa mereka berjaya memilih lagu yang sesuai untuk teater ini. Lagu-lagu yang dipilih sangat bersesuaian dengan setiap scene. Antara lagu yang Fie suka dengar mereka nyanyi adalah "Cinta" & "Belaian Jiwa". OMG! Sangat best ok! Specially BELAIAN JIWA tu!!

Dari segi set pementasan, bagi Fie ia simple tetapi KREATIF! Set tu macam ada 6 kiub pastu ada tangga-tangga besi & lampu di sekeliling kiub tu. Manakala dari segi pemilihan pakaian pula, Fie rasa sesuai dengan karektor-karektor itu dan warna pakaian mereka pun Fie suka! Very Striking tapi still nampak cantik, bukannya yang menyakitkan mata. Pelakon-pelakon utama menggunakan warna-warna cerah seperti oren, merah jambu, kuning dan pelakon tambahan pula mengenakan warna hitam & putih.

Dari segi kareografer pula, tarian-tarian yang disajikan itu sangat best & mantap! Tahniah buat penari-penari itu! Mereka menari dengan penuh keunggulan dan ada Umph! Fie suka sangat tengok mereka menari.

(Dapat gak jumpa Kak Red Mummy)

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT PENGARAH PAT IBRAHIM SERTA PRODUKSI TEATER TERIMA KASIH CINTA KERANA BERJAYA MEMBUAT PEMENTASAN YANG BERJAYA!

4 bintang untuk Terima Kasih Cinta The Musical!~

7 comments:

Mra Mastura said...

mra suke gak mase belaian jiwa dgn kau ilhamku! ahh senang cerita semua lagu suke suke suke!

nice meeting u! XD

mra share link n3 ni dlm n3 mra tau..

http://amiramastura.blogspot.com/2011/02/terima-kasih-cinta-terima-kasih-qarl.html

FaraCuna said...

suke gak belaian jiwa tu :))

wink wink :))

Amir Hisham Albakri said...

Glad you enjoyed it. Yesterday's show is considered a full tech-run for the production but it went well, albeit a few hitches.

Appreciate the write-up and your ongoing support for the local theatre scene. *thumbs up*

Anonymous said...

Ruginye...xde rezeki nak tgk..

Qarl said...

sama-sama

Anonymous said...

aisehhhh..kamu dating dgn blogger lain erk? best arr dpt tgk teater muzikal tu hu hu

emieysandra said...

berminat sgt nk tgk teater tapi selalu ade halangan, ade mber ajk tgk citer ni, tp xleh g sb ade hal time tu..uwaa..dari gaya fiq, citer tu cm best :D