Pages

Tuesday, March 15, 2011

Penghijrahan


Salam & Hey semua.

Sorry...

Fie agak lama tak update blog ni kan. Sekarang ni Fie agak busy dengan kerja Fie yang baru ni. Almost everyday kena stay back kat office sebab nak siapkan kerja. Belum siap satu kerja dah kerja lain pula yang datang. Tapi takpe lah dah lumrah dunia pekerjaan kan? Fie Happy dengan kerja baru ni sebab busy, office mate pun friendly, environment kerja pun not bad & yang paling penting meja Fie dekat je dengan Pantry! Kalau lapar senang nak gi amek makanan kat pantry tu. hehe!

Hari ini genap sebulan penghijrahan Fie ke KL ni. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Fie dapat kerja yang ok (buat masa ni) & dapat jumpa kawan-kawan / bloggers yang hanya kenal dalam dunia maya & now dapat hangout dengan dorg! Fie juga dapat jumpa dengan my bestfriends balik! Memang best!

Apa yang Fie suka tentang tempat ni adalah makanan! all the restaurants! & shopping! memang terbaik!!~ Fie rasa almost every weekend pergi try tempat makan baru! tapi sayang camera plak takde (camera tinggal kat KK) so tak dapat lah nak share2 info pasal jalan-jalan cari makan lagi. Maybe next time ok :)

Lastly, hope minggu ni dapat pergi Broga Hill with my friends (MFH, Maxie & Dan)

*kalau ada masa nanti Fie update pasal review "Hikayat Merong Mahawangsa" & "Femme Fatale"

Friday, March 4, 2011

Happy Birthday LELAKI GEEK


Salam & Hey

Fie nak ucapankan Happy 20th Birthday kepada kawan blogger Fie, tak lain tak bukan, blogger yang famous tu "Lelaki GEEK!" atau nama fb dia FIQ FIKRI. Tak pernah lagi jumpa mamat ni lagi. Just kenal dia melalui alam maya je la setakat ni. Hopefully dapat lah jumpa blogger famous ni kan! haha! Ohh Fiq nanti aku datang MELAKA belanja aku makan IKAN BAKAR OK! FuyooO Fiq dah 20 tahun pun umur ko kan! Rasa TUA tak? Belum kan! hahaha. Lain lah aku yang agak berumur ni.. hahaha!!~ Anyway aku nak ucapkan kat ko Happy 20th Birthday! Sorry la... aku just bagi ko Gambar kat atas tu yang aku "pinjam" kat fb ko! huhu.. Lastly HAPPY! HAPPY SELALU. TAK nak ar tengok wall FB ko tu emo2 yer!

Thursday, March 3, 2011

Terima Kasih Abg Man!


Salam & Hey.

Quickie update.

Semalam received message dari Abg Man dalam pukul 11:56am. Yeayyy dah dapat hadiah contest Ibu. Terima Kasih Abg Man sebab pilih my entry. Pada yang sesiapa tak tahu, Fie join contest Abg Man ni pada 21 Januari 2011. Join last-last minute tau. haha. Memang limited giler rasanya nak kumpul bahan-bahan tu semua specially gambar-gambar lama. :)

Ok ni entry yang Fie submitted untuk contest tu "Mummy Anugerah Terindah Buat Ku".
Tahniah buat Qarl sebab menang hadiah utama! Tak lupa dua blogger ni, Daniel Adie & Syazwan Fuyoo gak! Cayalah korang!!~ huhu

Saturday, February 26, 2011

i'm in love...



(source: google)

Salam & Hey...

26 Februari 2011...

Hari ini akhirnya Fie dapat juga Fie tengok filem "Burlesque" ni. Dah lama rasanya Fie nak tengok filem ni since last year kot tapi malangnya tayangan kat Malaysia ni lambat!! So terpaksalah tunggu sampai bulan Februari. hurm.. Memandangkan hari ini agak kebosanan kat rumah so Fie ajak lah kawan Fie seorang tu teman Fie tengok cerita ni even sebenarnya dia dah tengok! (Tak aci betul) Before watch the movie we when to "The Spaghetti Farm". My friend cakap Spaghetti kat sana sedap so pergi saja lah tempat tu. Lagipun memang dah niat nak cuba makan tempat baru hari ini. Spaghetti kat sana ok not bad, sedap lah juga tapi Fie suka tomato soup dia! sedap! Y'all should try ok!

BURLESQUE

(source: google) Scene ni Christina tak pakai apa2 ok! tutup dengan bebulu ni je!

Filem ini jalan cerita dia simple je & senang nak faham. Kiranya takde lah berat sangat nak berfikirkan. For me cerita ini sangat BEST!!! oh my!! kagum tengok & dengar vocal Christina Aguilera sangat mantap! i wish i could go to one of her concert one day! Lakonan Christina Aguilera pun best! Tak kurang hebat juga Cher, walaupun dah berumur still suara sedap.

Pemilihan lagu-lagu dalam filem ni pun best! catchy! Tarian sangat sexy ok! Mesti ada penonton-penonton terliur tengok dorang menari, mana tak nye outfit dorang sexy ok ala-ala Victoria Secret & La Senza! The outfits are just WOW. Christina Aguilera is look so yummy! hahaha...

Filem ini Fie rasa budak-budak tak boleh tengok maklum lah aksi-aksi tarian agak menghairahkan. huhu. Wow lenggok body dorang sangat lembut dah macam takde tulang plak. Ada juga scene yang menampakkan anggota-anggota seksi para pelakon! huhuhu...

Moral of the story:

Fie perasan cerita ini menitikberatkan tentang erti pendirian & semangat tidak mudah putus asa. Jika kita ada sesuatu impian yang ingin dicapai, kita patut berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak. Jangan mudah berputus asa kerana peluang pasti ada. Kita je yang perlu mencari peluang itu dan rebut peluang yang ada. Dan sekiranya kita dalam kesusahan atau dalam situasi yang merumitkan, jangan sesekali kita berputus asa kerana setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaian. Kita hanya perlu bersabar & berusaha! :)

Jom layan 3 lagu dalam cerita Burlesque Fie paling suka dengar!

Christina Aguilera - Tough Lover



Cher - You Haven't Seen The Last Of Me



Christina Aguilera - Bound to You

5 STAR!!!~

I'm in LOVE with CHRISTINA AGUILERA!!~







Kerja... Kerja... Life sekarang

Salam & Hey semua.

Dah lama rasanya Fie tak update blog ni. Dah seminggu rasanya. Maklumlah sekarang ni busy sangat dengan kerja. Hampir setiap hari balik lambat sebab nak siapkan kerja. Tak habis lagi kerja, datanglah pula yang lain.. Perh... tapi takpe lah kan dah lumrah dunia pekerjaan.

Buat masa ni Fie tengah bekerja untuk satu projek, Fie ditugaskan untuk mencari info-info tentang orang-orang yang berjaya kat Malaysia ni. Perhhh susah beb nak cari info-info mereka ni terpaksalah call universiti-universiti kat Malaysia ni. Alhamdulilah bila call Universiti-universiti ni respon dorang sangat baik. Ceria je angkat call Fie, just Fie penat sikit nak intro balik-balik pasal projek tu. Ulang benda sama setiap kali.. hehe.

Fie HAPPY dengan kerja sekarang sebab busy. Fie suka suasana kerja yang busy so takde lah rasa macam masa tu bergerak dengan perlahan sangat kan! Oh ya gambar kat atas tu saja je, bila time bosan atau takde idea, apa lagi klik lah "photo booth" kat mac tu then photogedik jup. huhu. Ohya siapa yang tak kenal Fie, tahun ni Fie dah nak masuk "26"! (kedengaran: "motif nak bgtau?) Wah dah nak 26 tu. (kedengaran sekali lagi: "bila nak kahwin?") Huhu.. Kahwin? Tunggu dah stabil baru lah fikir nak kahwin. Kalau takde duit, camne lah nak bagi isteri & anak-anak makan kan. So buat masa ni fokus untuk kerjaya dulu. Nak buat terbaik untuk diri sendiri & keluarga tercinta.