Pages

Wednesday, March 16, 2011

Misi Baru. Projek Khas.

(otak tengah berfikir untuk mencari kelainan untuk entri-entri khas. hehe)

Salam & Hey.


Fie akan membuat satu projek khas untuk pengisian blog Fie ini. Fie nak bagi sesuatu yang berinformasi kepada pembaca-pembaca yang sudi singgah blog Fie. Misi kali ni Fie nak lari sikit dari tulis bab-bab kehidupan Fie, Fie nak lebih fokus pada memperkenalkan tokoh-tokoh atau orang-orang yang telah berjaya sama ada di dalam negara atau luar negara. Target Fie 5 orang dulu. Bila sampai target tu baru plan next target plak :) Sekarang ni nak buat research dulu tentang orang-orang ni. Kalau dah ready, Fie akan publish satu persatu entri-entri tersebut ok. Nantikan kemunculan entri-entri tersebut :)

*Terima kasih sebab sudi singgah blog Fie.

Tuesday, March 15, 2011

Lelaki Kacak VS Lelaki Tak Kacak


Lelaki Kacak VS Lelaki Tak Kacak

*Sekadar ingin berkongsi


Kalau lelaki kacak pendiam

Perempuan akan cakap: woow, cool giler…

Kalau lelaki tak kacak pendiam

Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…


Kalau lelaki kacak berbuat jahat

Perempuan akan kata: nobody’s perfect

Kalau lelaki tak kacak berbuat jahat

Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!


Kalau lelaki kacak menolong perempuan yg diganggu

Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!

Kalau lelaki tak kacak menolong perempuan yang diganggu

Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…


Kalau lelaki kacak dapat perempuan cantik

Perempuan akan kata: sepadan sangat…

Kalau lelaki tak kacak dapat perempuan cantik

Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!


Kalau lelaki kacak ditinggal kekasih

Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..

Kalau lelaki tak kacak ditinggal kekasih

Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…


Kalau lelaki kacak penyayang binatang

Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang

Kalau lelaki tak kacak penyayang binatang

Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…


Kalau lelaki kacak bawa BMW

Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam

Kalau lelaki tak kacak bawa BMW

Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…


Kalau lelaki kacak tak mau bergambar

Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar

Kalau lelaki tak kacak tak mau bergambar

Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…


Kalau lelaki kacak menuang air ke gelas perempuan

Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen

Kalau lelaki tak kacak menuang air ke gelas perempuan

Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….


Kalau lelaki kacak bersedih hati

Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on

Kalau lelaki tak kacak bersedih hati

Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


Kesimpulannya... korang pikir lah sendiri... :) Tak kira lelaki ke perempuan mesti pernah dalam situasi ni kan :) Biasalah tu lumrah kehidupan.

*jangan amek serius plak ye. Ni hanya cerita yang takde kaitan dengan sesiapa pun :)

Penghijrahan


Salam & Hey semua.

Sorry...

Fie agak lama tak update blog ni kan. Sekarang ni Fie agak busy dengan kerja Fie yang baru ni. Almost everyday kena stay back kat office sebab nak siapkan kerja. Belum siap satu kerja dah kerja lain pula yang datang. Tapi takpe lah dah lumrah dunia pekerjaan kan? Fie Happy dengan kerja baru ni sebab busy, office mate pun friendly, environment kerja pun not bad & yang paling penting meja Fie dekat je dengan Pantry! Kalau lapar senang nak gi amek makanan kat pantry tu. hehe!

Hari ini genap sebulan penghijrahan Fie ke KL ni. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Fie dapat kerja yang ok (buat masa ni) & dapat jumpa kawan-kawan / bloggers yang hanya kenal dalam dunia maya & now dapat hangout dengan dorg! Fie juga dapat jumpa dengan my bestfriends balik! Memang best!

Apa yang Fie suka tentang tempat ni adalah makanan! all the restaurants! & shopping! memang terbaik!!~ Fie rasa almost every weekend pergi try tempat makan baru! tapi sayang camera plak takde (camera tinggal kat KK) so tak dapat lah nak share2 info pasal jalan-jalan cari makan lagi. Maybe next time ok :)

Lastly, hope minggu ni dapat pergi Broga Hill with my friends (MFH, Maxie & Dan)

*kalau ada masa nanti Fie update pasal review "Hikayat Merong Mahawangsa" & "Femme Fatale"

Friday, March 4, 2011

Happy Birthday LELAKI GEEK


Salam & Hey

Fie nak ucapankan Happy 20th Birthday kepada kawan blogger Fie, tak lain tak bukan, blogger yang famous tu "Lelaki GEEK!" atau nama fb dia FIQ FIKRI. Tak pernah lagi jumpa mamat ni lagi. Just kenal dia melalui alam maya je la setakat ni. Hopefully dapat lah jumpa blogger famous ni kan! haha! Ohh Fiq nanti aku datang MELAKA belanja aku makan IKAN BAKAR OK! FuyooO Fiq dah 20 tahun pun umur ko kan! Rasa TUA tak? Belum kan! hahaha. Lain lah aku yang agak berumur ni.. hahaha!!~ Anyway aku nak ucapkan kat ko Happy 20th Birthday! Sorry la... aku just bagi ko Gambar kat atas tu yang aku "pinjam" kat fb ko! huhu.. Lastly HAPPY! HAPPY SELALU. TAK nak ar tengok wall FB ko tu emo2 yer!

Thursday, March 3, 2011

Terima Kasih Abg Man!


Salam & Hey.

Quickie update.

Semalam received message dari Abg Man dalam pukul 11:56am. Yeayyy dah dapat hadiah contest Ibu. Terima Kasih Abg Man sebab pilih my entry. Pada yang sesiapa tak tahu, Fie join contest Abg Man ni pada 21 Januari 2011. Join last-last minute tau. haha. Memang limited giler rasanya nak kumpul bahan-bahan tu semua specially gambar-gambar lama. :)

Ok ni entry yang Fie submitted untuk contest tu "Mummy Anugerah Terindah Buat Ku".
Tahniah buat Qarl sebab menang hadiah utama! Tak lupa dua blogger ni, Daniel Adie & Syazwan Fuyoo gak! Cayalah korang!!~ huhu