Pages

Saturday, January 1, 2011

Saya Blogger Sabah



Salam & Hey buat pembaca blog Fie!~
Fie blogger dari Sabah!!~ ^__^ ngee

Entry kali ini just nak memeriahkan majlis kat "blog pilihan malaysia".
Fie ingin memberi sokongan padu ke atas blog pilihan malaysia ini. Maklum lah blog ni telah men"kategori"kan blog mengikut negeri blogger masing. So reader boleh lah tahu blogger tu dari mana kan. hehe. Tapi sebelum tu kena lah jawab beberapa soalan yang telah disediakan bagi memudahkan pihak blog pilihan malaysia untuk men"kategori"kan blogger.

Ok ni soalan2x dari pihak blog pilihan malaysia berserta jawapan dari Fie :)

NAMA ANDA?
  • Fie Omar. Just call me Fie!~ ^__^
STATUS ANDA?
  • Fie single lagi. Belum kahwin2x pun lagi. hehe
CARA HUBUNGI?
DAERAH?
  • Fie berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Dah memang dari kecil dibesarkan di sini. Tapi after SPM berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menuntut ilmu :)
TEMPAT TINGGAL
  • Fie tinggal di area2x Kota Kinabalu juga. Tempat? Rahsia.. haha.
APA YANG MENARIK TENTANG ANDA?
  • Wow soalan ni agak menarik, kalau puji2x diri sendiri nanti ada pula yang meluat atau cakap angkat baldi sendiri kan. Tapi lantak lah orang nak kata apa. So Fie jawab saja lah ok. Apa yang menarik? Fie ni orang yang HANTU BERGAMBAR (camwhore) haha. Fie memang suka bergambar. Fie memang tak tahu malu kalau bab2x bergambar ni. hehe.
  • Fie SUKA MAKAN! Yup! Fie suka pergi jalan2x cari makan!
  • Nak tahu lebih pasal Fie, boleh lah tengok entry ni --> my 15 <--
Fuhhh... Dah penat jawab soalan... masa untuk berehat... ^__^ Selamat tahun baru 2011!!~


Hello 2011!!~



Salam & hey!~

Tik tok tik tok... Dah masuk tahun 2011 akhirnya! wow cepatnya masa berlalu.
First entry untuk tahun 2011!!~ ngee

Fie nak ucapkan selamat tahun baru buat semua pembaca blog Fie specially buat blogger Qarl, Fiq Fikri, Daniel Adie, Syafiq Kinderbueno & Aizul Marcello. Happy dapat kenal dengan korang semua!! Fie pun sangat2x suka baca blog korang! You guys memang the BEST! Hope dapat lah kenal dengan korang kat luar yer! Tak lupa juga kepada blogger2x yang baru. Fie lihat ramai dah budak2x blogger yang baru ni. Teruskan menulis ok! Jangan lah buat blog tu sebab nak femes ke apa tahu. Hehe. Kalau blog tu femes tu kira satu bonus lah kan. hehe

Semoga tahun 2011 ini akan lebih banyak kenangan2x indah, perjalanan hidup yang lancar, kesihatan diri terjaga, rezeki mencurah2x, persahabatan yang makin rapat & semoga blogger2x kat Malaysia ni lebih maju dari tahun2x sebelumnya. Amin~

Friday, December 31, 2010

Buhh Bye 2010!


Salam & Hey buat pembaca blog nie.

Hanya tinggal beberapa jam saja lagi tahun 2011. Mulalah kehidupan seterusnya di tahun 2011.
Tahun 2010 akan berlalu pergi. Sebelum 2010 menutup tirai, Fie nak recap beberapa perkara yang Fie ingat & meninggalkan kesan terhadap diri Fie sepanjang 2010 ni.

Bagi Fie, 2010 banyak kenangan manis, masam & pahit. Januari-Jun 2010 merupakan part yang agak menguji tahap kesabaran fizikal, rohani & mental. Julai - Disember merupakan part dimana Fie cuba bangun semula dari kisah-kisah yang memberi kesan pada hidup Fie selama ini.

Memori 2010
  1. Banyak pergaduhan berlaku di antara Fie dengan "sesorang"

  2. Banyak makan hati dengan "sesorang"

  3. Di marah oleh "sesorang" didepan khalayak ramai & depan kawan2x "sesorang" (Fie rasa malu & rasa tercabar betul dengan emosi)

  4. Bulan Mei, Fie berhenti kerja yang Fie betul2x minat & memang kena dengan apa yang Fie belajar selama ini. Dah nak dapat permenant pun tapi terpaksa juga resign atas sebab2x tertentu.

  5. Bulan Jun, Fie pulang ke tanahair Fie kat Kota Kinabalu. Fie dah tak happy duduk kat KL. Fie ambil keputusan muktamat untuk balik ke KK tanpa fikir banyak kali lagi.

  6. Julai, Fie berasa diri Fie keseorangan. Fie takde kawan2x untuk keluar, berborak. Memang masa tu rasa diri sangat2x lonely. Tapi alhamdulilah Fie dapat kenal kawan2x baru yang best. Semua kawan2x Fie yang rapat sekarang ni, Fie kenal melalui Facebook. Dorang memang the best! Happy dapat kenal dengan dorang. Dorang memang baik sangat2x. Even ada perselisihan faham antara masing2x. Tapi alhamdulilah sekarang dah ok skit. hehe.

  7. Ogos, Fie dapat kerja baru! Fie dapat kerja sebagai Fasilitator Schoolnet & ditugaskan di sebuah sekolah. Mula2x rasa tak serasi pekerjaan ni dengan jiwa Fie. Tapi akhirnya Fie suka dengan pekerjaan ni. Semua pelajar, staff & cikgu2x semua baik dengan Fie! Alhamdulilah. Fie sangat happy kat sekolah ni. Tapi kerja Fie ni hanya kontrak. :(

  8. September, Raya Sakan bersama Family & rakan2x. Memang tahun ni, Fie beraya sakan. Tak silap Fie, hampir 35 buah rumah Fie lawat sepanjang syawal tu. hehe.

  9. November, Fie dapat peluang pergi ke Annual Dinner tempat kerja Fie. Memang best la. Bergaya sakan Fie masa tu. haha. Nak menonjolkan! haha

  10. Mengembara bersama Alam Semulajadi kat Sandakan. Memang best dapat dekatkan diri dengan Alam ni. Ini merupakan salah satu hobi terbaru Fie. Tak sabar pula nak buat aktiviti seperti ini lagi.

  11. Disember, Fie organised birthday party anak buah pertama Fie, Fie sponsor semua untuk menjayakan birthday party yang pertama buat my niece Jipun. Fie cuba sedaya upaya buatkan majlis ni meriah! (ini entry pasal birthday party tu -->Birthday Jipun)

  12. Fie dapat luangkan masa dengan my besties kat KL! Terubat rindu Fie kat dorang semua. Thanks to my bff cuz sudi bawa Fie jalan2x, shopping & jalan2x cari makan! Love u guys so much!~ (entry tu inshaAllah Fie akan publish awal januari 2011)

  13. Dan yang terakhir, Fie dapat meluangkan masa sepenuhnya untuk my family, her & her family. Maklumlah tak perlu lagi nak naik2x flight balik sabah kan. hehe. Happy sebab dekat dengan family!~
Tahun 2010 banyak mengajar Fie erti kehidupan & mengajar Fie mematangkan lagi diri Fie.

Wednesday, December 29, 2010

Yeay! Dapat HADIAH!!!~


Salam & Hey semua

Hari ni Fie terima hadiah dari seorang blogger! Happy rasanya! hehe. Actually ingat nak jumpa blogger ni ambil hadiah tu. Tetapi memandangkan tiada rezeki nak jumpa & masing2x ada plan weekend tu, so blogger ni sent lah guna pos laju kan. :-) Blogger yang dimaksudkan adalah tak lain tak bukan Mr. Qarl. Sape lah tak kenal dengan blogger ni kan... hehe

Actually Fie ikut contest yang dianjurkan oleh Qarl dalam blog dia. Alhamdulilah menang lah tempat yang ke-4. Entry ni lah yang buat Fie menang tu -:> my 15 <:-

Tepat saja pukul 5pm, Fie cepat2x balik ke rumah maklum lah tak sabar nak tahu hadiah dah sampai ke belum. Buka je pintu rumah nampak dh sampul pos laju. Macam pernah nampak dalam blog seseorang, bungkusan ni. hehe. Before buka tu, snap lah dulu bungkusan tu. Pastu buka lah, banyak lah pula lapisan newpapers Qarl ni bungkus. Penat nak membukanya tapi puas hati CD tu sampai dalam keadaan yang elok walaupun ada sedikit pecah casing cover dia.

Anyway thanks Qarl cuz bagi hadiah kat Fie.
Happy oOOhhh!!~ Bila plak nak belanja Fie makan pula? huhu
Boleh lah layan lagu Tomok ni! :)

Thursday, December 16, 2010

Wow!

Salam & Hey!~

Lunch time hari ni, Fie ambil keputusan untuk pergi ke 1 Borneo. Saja nak jalan2x, bosan lah pula kat sekolah saja. So tepat pukul 1 Fie drive lah sorang2x pergi 1 Borneo. Bagi yang tak tahu, 1 Borneo merupakan shopping mall yang terbesar kat Kota Kinabalu ni. Besar mall ni lebih kurang Pavilion or besar skit dari tu.

So masa kat sana Fie just nak window shopping, tengok apa2x yang menarik yang boleh dibeli nanti. Fie sempat masuk Esprit & Padini Concept saja. Smart lah pula jeans kat Esprit tu! Macam nak beli lah plak. Eh ni dah lari topik ni! huhu

Then tetiba rasa nak pergi tengok dvd, kot2x lah dvd Eclipse dah release kan so pergi lah singgah kedai Speedy Video. Tapi hampeh, belum keluar lagi dvd tu. Just nampak dvd New Moon special edition. So masa dalam kedai tu, dorang tengah pasang lagu dari one female singer tu. Fie tetiba terpikat dengar suara singer tu. Voice dia Fie tak familiar sangat tapi dia ada tone yang sedap la! Terbuai2x jup. haha. So Fie pergi lah kaunter tanya siapa penyanyi yang dorang tengah pasang cd tu kat Kakak jaga kaunter. So kakak tu pun tunjuk lah cd penyanyi tu. Tanpa fikir banyak kali Fie terus beli! Wow lamanya tak beli cd! hehe.

Penyanyi yang dimaksudkan adalah Sabrina. Sabrina adalah penyanyi kelahiran Filipina. Sabrina sangat famous kat Filipina, Indonesia & Thailand. Album2x dia memang top of the chart lah! Album yang Fie beli ni album dia yang ke-3 (i love acoustic). Antara lagu2x yang ada dalam album ni adalah Baby, Telephone, Pyramid, Billionaire & byk lagi (16songs). Semua album dia berkonsep Acoustic & Cover songs yang tengah hangat kat radio.

*Kalau nak tahu lebih pasal Sabrina, boleh lah baca artikel ini "Sabrina strikes gold"